Powered By Blogger

Khamis, 1 Mac 2012

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 4)

Now, sambungan untuk siri yang ke 4......Layan cerita untuk aktiviti seterusnya. Semoga terhibur...:)


 
Aktiviti lain masa  di Tasik Kenyir ni adalah berkaraoke...Tapi janganla over2 sangat dalam hutan ni ye. Bahaya...so nyanyi pun ala2 kadar saje. hehehe....tapi syok, nyanyi free. Cuma atas ihsan kitorang, aku bagilah duit kat abang tu skit sebab dah susah payah teman kitorang nyanyi kan? heheheh...bagi Rm10 je pun sbb kami nyanyi banyak lagu jugak. Kalau nyanyi kat Pusat Karaoke, mau dah berpuluh tu sebab satu lagu kan RM1. Ni kami nyanyi lebih 15 lagu rasanya...:)



Hubby aku yang suke sangat nyanyi karaoke..Tapi okla sebab suaranya sedap kalau nak dibandingkan dengan suara aku ni kan. Hehehe....Aku paling suka kalau laki aku nyanyi lagu "DARI SINAR MATA"


Banyak lagi aktiviti lain yang boleh buat, antaranya dah tentulah memancing. Abang ipar aku memang sangat minat memancing tapi aku idakle pulak minat sangat memancing ni. So malam pertama tu, suami aku pegi memancing dengan abang ipar aku. Susah skit nak dapat ikan kat pulau yang kami duduk tu sebab kata abang tu, tak banyak sangat. Ada satu pulau lain yang ada banyak ikan dan aku lupa dah apa nama pulaunya. Sorry ek..:) Gambo masa memancing takdela pulak sebab memang aku tak ikut diorang kan...:)


Lepas habis memancing, tengok TV dan tido jela..apa nak buat lagikan. Malam tu aku tak boleh tido la pulak. Maklumlah tempat baru bagi aku. Lupa nak bagitahu, banglo yang aku duduk ni lengkap ye. Dengan kerusi sofanya, meja makan, set TV, radio, dapur (fully kitchen cabinet), peti sejuk, bilik ada 2 je. Bilik ada aircond. so okla kan. Serious memang bestla banglo tu. Macam umah banglo dolu-dolu yang dibuat daripada kayu berkualiti mahal dan terletak dalam utan pulak. Memang kenala... heheheh....


Dah pueh tido, esok paginya, kami bangun dan bersarapan macam biasa. Cuba tengok apa yang kami makan untuk sarapan pagi tu? amacam ok tak?  Yang canggih2 skit tu aku bawak dari rumah ok. kalau harap kat sana, aku minum air jela dengan nasi putih kosong. huh....rugi tak beli ayam ke udang ke hape ke, boleh jugak masak kat umah banglo ni. Best...:) Kat sini boleh kalau nak masak-masak, nak buat BBQ pun boleh...:)



 Antara menu sarapan pagi yang sempat aku siapkan...Okla, boleh alas perut...:)



Lepas sarapan pagi, kami teruskan dengan aktiviti yang agak menarik iaitu jungle trekking. Aku tak boleh katakan yang aku tak suka aktiviti lasak sbb aku sebenarnya suka jugak. Hehehe....:) Teringat masa camping zaman2 sekolah dulu di Pulau Langkawi. Best tu. Masa tu aku baru Form 2 taw. 5 hari 4 malam. Lama jugak kan... Macam2 aktiviti. Jungle trekking, rock climbing, abseilling, flying fox, rafting...huhu..macam2 lagila. Best. Aku minat jugakla. So bila ada aktiviti jungle trekking tu memangla aku sangat best. Siap berpakaian lengkap dengan kasut dan beg yang berisi air untuk trekking ni ok...



Memulakan perjalanan ke Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir



Ni kat atas jambatan untuk melintasi tasik. Bergambar kejap.




Tengok pokok kaktus belakang tu...cantik kan?




One word...BEST!!!


Kami pun mulakan perjalanan. Perghh...penat jugak. peluh meleleh2 la kot. Maklumla, stamina kureng kan. Hehehe...:) Kami lalu jambatan dari Pulau Sah Kecil nak ke Pulau Sah Besar. Di sini ditanam macam2 pokok herba such as Misai Kucing, Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan lain-lain yang aku pun dah tak ingat namanya. Dan bila sampai ke Pulau Sah Besar ni, kami dibawa oleh seorang pakcik ni yang memang dia keje kat sini. Katanya dia keje kat sini almost 20 years. Lama tu. huhu...dia dok Kuala Terengganu. Hari2 ulang alik, naik bot , kemudian naik keta lak. Kalau aku, idakle kot. Letih kome...


Nila pakcik yang aku kata tu. Aku betol2 lupa namanya. Dia segan skit bila aku nak amik gambonye.


Pakcik ni yang bawak kitorang jalan2 kat dalam hutan herba ni. Aku suka sangat tengok pokok2 yang menghijau. Sejuk je dok dalam hutan tu. Mmg best la. Dan yang lagi best sebab kami diberi peluang untuk menikmati air tongkat ali dan kacip fatimah segar dari ladang secara FOC. Tentulah best kan? Ingat senang nak dapatkan tongkat ali dan kacip fatimah dari dalam hutan yang asli dan fresh lagi tu.


Dan aku berpeluang memasak sendiri air tongkat ali dan kacip fatimah. Keistimewaan dan kelebihan herba2 ni memang tiada tolok bandingnya. Rasanya satu dunia dah tahu. Pakcik tu kata lagi orang putih pun selalu datang sini. Buktinya aku tengok sendiri kat Buku Pelawat yang pakcik tu sediakan.



Ni aku pujuk dia suruh tengok kamera, barulah dia tengok. Baik orgnya dan sangat peramah...:)



Daun Kacip Fatimah yang telah kering



Serpihan Pokok Tongkat Ali




Air herba tongkat ali dan kacip fatimah baru je masak 



Aku baru je lepas masak air herba tongkat ali dan kacip fatimah. Fuh, merah muka. Panehh kome..



Taraaaa...tibalah masanya untuk minum air kacip fatimah dan tongkat ali. Pakcik tu kata lagi, orang perempuan boleh minum tongkat ali tapi orang lelaki tak boleh minum kacip fatimah. Hehehe...Faham2 jelah ye....



Lepas dah minum air tongkat ali dan kacip fatimah, kami jalan2 je tengok pokok2 herba yang macam2 tu, amik gambo, sign buku pelawat (penting tu sebab bukti kami pernah sampai sini), jalan2 kat taman yang didekorasi dengan sangat cantik. Lepas dah penat2 pusing kat Pulau Sah Besar tu, kitorang pun balik ke Banglo kami sebab lepas ni nak masak untuk menikmati makan tengah hari. hehe...dalam perjalanan tu jumpa daun limau purut, cili padi, kutip. bolehla rasa pedas2 skit kan...:) memangla sangat mencabar.



Jemput minum air kacip fatimah semua. Sedap taw minum fresh2 gini...I like!



Cheers.....hehehe...Mari nikmati kesegaran air tongkat ali dan kacip fatimah


Pondok Harmoni (pondok tempat aku masak air kacip fatimah dan tongkat ali dan tempat kami minum2)


B
Sebelum keluar dari Pondok Harmoni, aku tulis dulu nama di Buku Pelawat, sign and komen skitla tentang Taman Herba ni kan...:)



Sampai sini je dulu untuk aktiviti kami bagi siri ke 4. Nanti aku sambung lagi dengan siri ke 5 pulak ye...:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)