Powered By Blogger

Isnin, 12 Mac 2012

SANDWICH ROLL

Saya nak kongsi dengan korang semua macam mana nak buat sandwich roll yang sedap ni. Saya dapat resipi ni daripada akhbar...Resipi Chef Ismail kalau tak salah cuma saya tambah skit la ikut selera saya. Hehehe... kadang-kadang kita makan lauk sardin, pastu ada lebih2 yang tak abis tu kadang2 kita tak tahu nak buat apa kan, so saya nak ajar buat resipi ni...:) Sandwich Gulung or Sandwich Roll...:)



Sandwich Roll @ Sandwich Gulung


Bahan-bahannya:
1) Roti putih
2) Sardin dalam tin (ikan je..kalau nak amik kuah sikit ok jugak)
3)Tepung Gandum + air sikit (bagi lekat cam gam tu je)
4) Serbuk Roti Putih
5) Daun Sup dan Daun Bawang
6) Mayonis
7) Bawang Besar (Dicincang dadu)
8) Telur


Cara Membuatnya:
Mula-mula sekali buat dulu inti dia tu ye...Sardin tu dilenyek2, kemudian masyukkan mayonis, bawang besar yang dicincang dadu serta daun sup dan daun bawang. Dah siap intinya....



Inti Sardin yang telah siap


Roti tu pulak, lenyek dulu dengan penggelek tu. Kalau takde tempat yang nak gelek tu, boleh guna gelas or apa2 je ye....sampai leper ye sbb kalau dah dilenyek leper, ia akan padat dan minyak takla diserap banyak...:)



Roti yang telah dilenyek


Dah siap tu, bolehla mula menggulung. Sebelum gulung, taruk dulu tepung gandum kat tepi2 roti sbb nak bagi melekat. Supaya bile goreng nanti idakle terkeluar intinya.


Lepas dah taruk tepung gandum tu, taruk inti sardin tadi dan gulung. Lepas dah siap, tekan di hujung kiri dan kanan roti dengan sudu garpu supaya nampak lebih cantik dan kemas...:) Kalau Chef Ismail punya resipi, sampai takat tu je, dah boleh goreng terus. Sedap jugak, tapi saya menambah lagi. Hehehe...:)



Dah taruk bancuhan tepung gandum dan inti sardin


Lepas tu celurkan dalam telur yang dah dipukul dan kemudian celupkan pula ke dalam serbuk roti putih dan goreng. Agak2 kuning keemasan atau garing (bagi yang suka garing skitla, kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidang pulak dengan air teh o, minum petang2 bersama family, sangatla best...:)



Telur yang dipukul rata



Dah siap dicelup dengan serbuk roti putih dan sedia untuk digoreng dengan minyak panas



 Dah siap digoreng dan inilah hasilnya...Sedap dimakan panas2...:)



So, itulah resipinya. Selamat mencuba resipi ini...!! Semoga berjaya...:)




2 ulasan:

  1. selalu gak buat, tapi sampai takat telur je.. tak penah salut dgn serbuk roti lagi.. len kali nak beli serbuk roti la.. ihihhi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe..tryla buat dengan serbuk roti juga..lebih crunchy...:) ada kawan erni guna serbuk roto wane oren tu...sedap jugak katanya...Tryla...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)