Powered By Blogger

Jumaat, 2 Mac 2012

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 6)

Ok kawan-kawan, ni siri 6 dan siri yang terakhir bagi cerita Percutianku di Tasik Kenyir. Jom layan....:)


Keesokan pagi, bangun nak kena fikir menu apa lak yang aku nak kena masak pagi ni. Hmmm....so dapat idea...Nasi goreng antaranya sbb lebih nasi smlm tu kan. Goreng ala kadar jela ye...janji boleh mengenyangkan perut. Orang kata apa? Jangan banyak songeh. heheheh....


Sarapan hari terakhir kitorang kat sini. Bezanya cuma ada nasi goreng je skit. Yang lain sama je macam semalam...:)


Lepas sarapan, kitorang jalan2 jap kat sekitar Pulau Sah Kecil, amik2 gambar dan seterusnya bersiap2 untuk pulang. Maklumlah perjalanan nak balik ke Perak nun jauh amat lagi. Kami dah decide tak nak lagi melalui jalan yang mula2 kami tempuh untuk sampai ke sini. Ngeri sangat so kami lalu ikur Kelantan,Gerik. Memang jauh tapi rasanya ia lebih berbaloi dari melalui jalan yang bahaya gitukan. 


 ni dekat balkoni banglo Penarahan



 Depan rumah banglo sebelum turun ke jeti. Tengok beg yang banyak tu. hoho...



 Ni pondok kat tangga nak turun ke jeti



di jeti rekreasi air. Tengah tunggu bot sampai ni...:)



Seperti datang, perjalanan pulang pun memerlukan kami untuk naik bot yang sama dan kembali ke jeti. Lebih kurang 20 minit gitu, sampailah kami ke jeti. So, masuk2 barang dalam kereta dan lepas tu terus bergerak pulang...:)




 Suamiku menikmati udara dan pemandangan sebelum meninggalkan Tasik Kenyir



Alamak...Tudung bawal dah tak seindah rupa.hehehe....




Dah sampai dah kat jeti Tasik Kenyir



 Bergambar jap kat papan peta Tasik Kenyir ni




Tunggu kereta suami aku ni...Bye bye Tasik Kenyir


Dalam perjalanan tu  sempatla aku borong keropok lekor bagai. hehehe...Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki. Kalau balik ikut jalan yang aku datang tu, memang tak merasa la aku nak beli kopok lekor ni. Dahla aku hantu kopok lekor. Sedapnya.....Hmm....



Cantik kan masjid ni especially kat kubah tu?



Dalam perjalanan balik, singgah dulu di Bukit Bunga dan tengokla apa yang aku tengah makan tu? hehehehe...buah durian. Sedapnye...nyam nyam...



Ni aku tak tahu nak kata dekat mana. Kira kawasan tinggi jugak di sini dan sejuk sangat. Dah macam ala-ala di Cameron Highlands. Dah masuk kawasan Negeri Kelantan ni. Banyak jugak kereta berhenti kat sini.


 
Aku sampai Kampar dah malam...Esoknya aku bertolak balik ke Tanjong Malim. Percutian yang sangat meletihkan tapi jujur, aku menikmatinya. Memang BEST la TASIK KENYIR ni. Tapi untuk aku datang balik kali kedua, aku kurang pasti. Mungkin atau tidak..Wallahu'alam...:)


Panjang betol aku bercerita tentang Tasik Kenyir kali ni...Hmmmm..........Sape yang nak try pegi Tasik Kenyir, bolehla pegi. Tapi..................sangatla jauh kalau dari tempat akula, sangat tidak sesuai bawa kanak2, macam agak bahaya.Ok, itu saje untuk kali ni...:)





4 ulasan:

  1. ok dah khatam :)
    good info.. nnt kl zue nk pergi boleh buat persediaan hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. okla tu dah khatam. zue kalau nak pegi okla lagi sebab dengan tempat zue, idakle jauh macam dari tempat erni ni...hehehhee...:)

      Padam
  2. Salam.. Best bc entry pasal kenyir ni. Dok cari2 jgk info jelas ttg kaw tu. Haram nk jmpa. Last2 jmpa blog u. Tq sgt2 sbb apa yg saya nk tau sume da dapat kt 6 episod entry kenyir ni. Kebetulan saya pon bakal stay kt rpp (banglo 3 blk) nov ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.....Sama-sama. Memang best pegi Tasik Kenyir ni.. Selamat bercuti ye kat Tasik Kenyir. Semoga enjoy masa kat sana.. Jangan lupa pegi kat tempat ikan kelah yang banyak2 tu...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)