Jumaat, 13 Jun 2014

#THROWBACK ARABIAN NIGHT

Kelab INSTUN ada buat dinner dan tema majlis makan malam ni adalah Arabian Night.... So kita layan gambar jela ek...Tak tahu nak cite apa dalam ni...:)

 Ni aku dengan Azleen, yang memenangi Queen of the night..Tahniah Lin..



 Bersama barisan pelakon melodrama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan INSTUN.. Kami Juara okay..Best sangat!!


 Ni pulak King Of The Night..Azahar Reza..Tahniah Azhar...:)


 Ni Atierah...Pakaiannya pun cantik malam ni dan mengikut tema..Tapi takde rezeki nak dapat Queen of the night...Maybe sebab takde mahkota cam Lim..Sama macam aku..Takde mahkota..:)


 Ni aku dan en iqbal tengah bercerita dalam kami punye persembahan melodrama yang dinobatkan sebagai juara...kau adooo? heheheh...


 ni kami punye banner dinner sempena arabian nights..amacam? cantik tak?



 ni aku punya mata..al konon ala2 arab tapi sebab tabiat suka menggosok mata, akhirnya celak di bawah mata aku hilang...huhu...


 bersama dengan gang2 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bersama hadiah kemenangan dan piala pusingan kejuaraan.



 Hadiah cabutan bertuah yang dimenangi oleh aku....dapat jugak cabutan bertuah..kira bertuah jugakla aku kan walaupun tak dapat grand prize


 Si kecik yang memenangi ratu kecil ni..sangat comel anak da'e Kak Sarina Mohd Sairi dan mohd Faizal Abu Kaslan ni...:)


 Dengan siapa lagi kalau bukan bestfriend kesayangan aku..Kak Nor Fazlina dan anak da'e dia ..si Qurratu 'Ain...:)... comel la si kecik ni... Masa ni aku belum ada Awatif lagi...Sedey....:(


ni aku bersama Dato' Haji Mohd Shafie bin Ariffin dan Datin Hajjah Zaharah binti Mohd Salleh...Dato' ni ex boss aku..Sekarang Dato' dah pindah ke JKPTG dan naik pangkat as Timbalan Ketua Pengarah. Tahniah ye Dato'...:)


Kenangan bersama Kak Pah @ Kak Saripah Ramli yang telah pun bersara ...Sayang Kak Pah..Nanti kita jumpa ek...

Itu jela serba sedikit post aku pasal Arabian Nights ni...Secara tuntasnya, dinner ni best...

Oppssss... sebelum terlupa, takkan tak post gambar aku dengan darling aku kan? heheheh....here it is... aku dan si darling aku yang aku cinta sangat tu...taraaaa.....:)

 

THROWBACK KISAH KAU, AKU DAN DIA

Assalamualaikum semua.... Lama tak buat catatan dalam blog ni, akhirnya terbuka balik pintu hati nak menulis . heheheh.... Kisah aku dan suami ni terlalu indah untuk dikenang kembali... Namun inilah istimewanya perjalanan hidup ini.....:) (Untuk makluman, catatan ini pernah keluar dalam Majalah Mingguan Wanita namun telah diedit. Nanti aku post yang catatan aku keluar Majalah Mingguan Wanita tu ye)


    Aku merupakan salah seorang penggemar Majalah Mingguan Wanita ekoran minatku yang sangat mendalam terhadap bahan bacaan ilmiah, jadi tidak salah rasanya kalau majalah ini merupakan majalah no. 1 pilihanku. Di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca lain tentang kisah cintaku bersama suami yang sangat aku cintai.  Perkenalanku dan suami juga bermula daripada sebuah majalah yang sangat popular semasa alam persekolahanku iaitu Majalah Dewan Siswa. 
 
Aku dulu sangat gemar melanggan majalah tersebut dan aku sering berkongsi membacanya bersama kawan-kawan semasa di zaman persekolahan dahulu sehinggalah ada seorang kawanku yang mengajak aku menghantar gambar di dalam majalah tersebut.  Dialah yang terlalu beria-ia menyuruhku hantar gambar. Aku lupa tentang ruangan itu tapi pada perkiraanku, ruangannya lebih kepada mencari teman pena. Setelah menghantar gambar berukuran pasport, akhirnya pada bulan Februari 2001, gambarku telah keluar di majalah dan menjadi heboh di sekolahku. Tetapi malangnya gambar kawan kelasku tidak pula keluar di dalam majalah tersebut. 


Ekoran daripada itu, aku sering menerima surat-surat perkenalan daripada teman-teman seluruh Malaysia yang ingin menjadi sahabatku malah ada juga dari Brunei dan Singapura. Daripada beribu orang yang ingin mengenaliku, suamiku juga merupakan salah seorang daripadanya. Ibuku pernah berkata, surat-surat yang aku terima hampir setiap hari, mengalahkan artis. Mana tidaknya, setiap hari posmen ke rumahku dan peti surat di rumahkan sampai sesak dengan surat-surat sehingga ada yang bertaburan dalam longkang. Memandangkan tahun 2001 merupakan tahun untuk aku menempuhi alam peperiksaan SPM, aku tidak leka dengan surat-surat yang dikirim oleh teman penaku, malah aku sering bertukar-tukar soalan percubaan SPM dengan kawan-kawan seluruh negeri di Malaysia ini, termasuk suamiku.


Aku mempunyai banyak teman pena sehinggalah aku menempuhi alam IPTA dan juga alam pekerjaan, masih ada yang menjadi sahabat penaku tapi mungkin tidak sehebat masa aku di alam persekolahan dulu. Salah seorang yang masih setia adalah suamiku. 6 tahun menjadi sahabat pena, tetapi tidak pernah sekalipun kami bersua muka sehingga akhirnya aku telah bertunang dengan seorang lelaki (campuran cina dan melayu). Bekas tunangku merupakan kenalan yang kukenal melalui telefon. Dia mendapat nomborku kerana mencuri pandang dalam telefon bimbit rakannya yang juga merupakan sahabat penaku. Perkenalan selama 3 tahun telah mengikat kami dalam satu majlis pertunangan. Pertunangan itu hanya bertahan selama hampir 2 tahun kerana kecurangan bekas tunangku. Aku akhirnya mengambil keputusan memutuskan pertunangan itu.  Aku minta abahku menghubungi keluarganya dan memutuskan pertunangan itu. Berkali-kali juga abah tanya tentang keputusanku tetapi aku memang nekad setelah mendapat petunjuk daripada Allah SWT melalui gerak hati. Hampir setiap hari aku melakukan solat sunat istikharah memohon Allah jauhkan hatiku daripada hatinya andai dia bukan jodohku dan begitu sebaliknya. Jodoh itu memang telah ditentukan oleh Allah SWT dan hatiku semakin jauh daripadanya. Walaupun tersangat sedih dengan apa yang berlaku, namun aku redha. Semoga bekas tunangku berbahagia bersama teman barunya.


Aku dan suami masih berutus surat dan kekadang kami berhubung menggunakan telefon. Kami selalu juga berbalas-balas khidmat pesanan ringkas tapi tidaklah sekerap pasangan yang bercinta. Sekadar kawan. Memang benar, 6 tahun perkenalan, akhirnya baru aku membuat keputusan untuk berjumpa dengannya buat pertama kali di Restoran McDonalds, Puduraya, Kuala Lumpur. “Blind Date” itu, aku ditemani oleh dua orang sahabat serumahku semasa aku bekerja di Putrajaya dulu. Sikap tenang, pendiam dan penyabar suamiku telah membuatkan aku jatuh cinta padanya. Perhubungan ini tidak mengambil masa yang lama. Terlalu singkat. Keluarganya datang merisikku selepas beberapa bulan aku berjumpa keluarganya. Selepas 2 bulan majlis merisik tersebut, kami bertunang dan terus bernikah. Selepas 3 bulan, barulah majlis persandingan diadakan.  Yang uniknya, majlis persandingan kami diadakan sama dengan tarikh Pilihanraya Umum iaitu 8 Mac 2008. Kini usia perkahwinanku dan suami telah mencecah 3 tahun cuma rezeki kami agak lambat menimang zuriat namun akhirnya Allah memakbulkan jua doaku dan suami. 




 Ni masa memula jumpa di KL. Jatuh cinta pandang pertama. heheh...tapi dah lama jugak kenal..6 tahun tak pernah bersua muka.Tulis surat aje sebelum ni...

Buat suamiku Abd Aziz Marsyidi Bin Haji Zainuddin, anje sangat mencintai sayang. Abang tiada duanya di dunia ini. Terima kasih kerana telah hadir di saat anje sangat memerlukan seseorang untuk memberi ketenangan di dalam hidup anje. Semoga mahligai indah yang kita bina bersama, akan kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga sayang tidak lupa dengan villa kita Dira Salju kerana di dalamnya ada  Erni Safura dan Durr Awatif.

 Kami sekeluarga masa family day di Melaka.