Powered By Blogger

Jumaat, 21 September 2012

BERITA GEMBIRA YANG DITUNGGU-TUNGGU SABAN TAHUN...

Dah lama sangat nak buat entry ni tapi masa yang memang takde ataupun sebenarnya memang aku malas. ..:p. Sebenarnya, dilahirkan menjadi aku bukanlah sesuatu yang terlalu banyak kegembiraannya kerana adakala duka juga datang menerjah. Tapi aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana aku dilahirkan menjadi aku...Erni Safura Binti Awang. Satu nama yang jarang sekali kedengaran....

Hidup ini terlalu banyak pancaroba sehingga adakalanya aku terasa seperti tidak kuat untuk melaluinya tapi siapalah aku untuk menidakkan ketentuan yang telah Allah aturkan buatku. Tanpa aku sedari, ketentuan itu sebenarnya memang yang terindah dan terbaik sekali buatku. Maka aku harus terima dengan keikhlasan hati yang tak berbelah bahagi dan aku redha segalanya.

Perkahwinan dengan suamiku yang tersayang, Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin adalah sebuah ikatan pernikahan yang suci dan tulus dan memang dengan kerelaan hatiku kerana aku yang memilih dia... Padaku dia adalah pilihan yang terindah dan terbaik yang pernah aku jumpa. Dia terlalu istimewa. Tak terungkap dengan kata-kata betapa istimewanya dia di mataku sehingga bila terkenangkan segala kesilapanku kepadanya, aku akan menangis kerana terkadang seperti menyesal melukai hatinya. Di mana lagi dapatku cari suami sepertinya yang sangat bersabar dengan kerenahku, yang sangat sayang, kasih dan cintakan aku sepenuh hatinya. Terlalu mulia hatinya sehingga meletakkan aku di sisinya untuk dibelai dan dimanja selayaknya sebagai seorang isteri.  Makan minum, pakai dan tempat tinggalku dijaga sebaiknya. Rajin dia menolong aku membuat kerja rumah dan tidak sedikit pun merungut di kala dia keletihan. Ohhhh............dia terlalu istimewa selayaknya seorang suami yang soleh dan budiman. Jauh di sudut hatiku, rasa kecintaanku padanya bukan sedikit malah memenuhi ruang hati ini.

Perkahwinan kami diuji saban tahun bila mana aku tidak pernah memberikan dia berita gembira. Semua orang tertanya-tanya soalan yang sama. Bagaimana aku harus menjawab persoalan mereka?? Dia tidak sekali menyakitkan hatiku di kala semua orang telah membuatkan hatiku bernanah, berdarah.....Dia terus-terus memujuk dan menenangkan aku. Soalan yang sering diajukan "Bila nak ada anak ni?".  Adakah mereka mengetahui bahawa urusan anak itu bukan urusanku kerana aku hanya mampu berusaha tapi yang menentukan segalanya adalah Allah SWT jua? Terkadang mereka mungkin suka bertanya begitu tanpa sedikit pun memikir perasaanku atau mereka sebenarnya terlalu mengambil berat tentangku? Ntahla...Tapi aku tetap rasa sakit hati bila aku rasa aku dipersenda dengan soalan itu. 

Sehinggalah hampir ke tahun 5 usia perkahwinan kami, akhirnya mungkin doaku dan juga suamiku telah dimakbulkan Allah jua. Aku akhirnya disahkan mengandung!!!!!! Kupanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah dengan berita gembira ini. Syukur Alhamdulillah. Itulah berita yang kami nanti-nantikan saban tahun. Perit, terlalu perit menantinya tapi hari ini, aku mampu tersenyum dan bersyukur sangat pada Allah.

Berita gembira ini mungkin menjadi kemusyhkilan kawan-kawanku, saudara mara dan lain-lain. Persoalan lain pulak yang timbul............."Macam mana Erni boleh mengandung????"..............Ya Allah, masih belum berhenti rupanya persoalan ini.  Tapi tidak mengapa, aku rela berkongsi. Kalian, aku bukanlah penentu bagi membolehkan aku mengandung zuriat suamiku ini tapi semua ini adalah ketentuan Allah jua. Jika DIA menghendaki terjadinya sesuatu, maka terjadilah. Aku tidak tahu usaha mana satu yang menyebabkan aku berjaya hamil.

Kalau ditanya usaha, sudah pasti, aku berusaha tanpa kenal erti putus asa. Aku berusaha dengan hospital pakar kerajaan daripada tahun 2009 dan usaha memakan clomid untuk membesarkan saiz telurku nyata belum cukup kuat untuk membuatkanku berjaya hamil. Aku usaha lagi.......ke klinik pakar swasta, Dr. Hamid Arshat. Jangan tanya berapa banyak wang yang telah aku belanjakan kerana kedua-dua usaha yang aku buat tu dah tentulah dengan duit yang banyak. Beribu-ribu habisnya, dengan ulang alik ke hospital, duit minyak kereta, bayaran ubat dan sebagainya. Tapi, Allah belum nak bagi rupanya. Aku usaha lagi dan akhirnya doctor mencadangkan agar aku membuat IUI, satu proses untuk memasukkan sperma ke dalam rahimku. Masa tu, aku terlalu sedih sehingga tak tahu  nak cakap macam mana lagi. Susah rupanya untuk memiliki seorang zuriat sekalipun. Aku menangis semahunya dan bertanya kepada Allah, kenapa aku yang diuji begitu? Di mana keimananku ketika itu, aku kurang pasti. Suamiku tenang, dia terus memujukku dan terus menyabarkan aku. Katanya, ini semua ujian Allah untuk kita. Bersabarlah sayang.......aku masih terus menangis...

Kusangkakan proses untuk membuat IUI itu mudah, tapi tidak rupanya...Aku perlu juga makan clomid untuk memastikan saiz telur aku besar dan barulah sperma boleh disuntik bagi membolehkannya bersenyawa dengan telurku. Allah uji aku lagi bila mana , saiz telur tidak ada yang besar. Lagila aku menangis. Aku dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Nyata, ia bukanlah mudah. Sukar, terlalu sukar.

Aku hampir berputus asa tapi masih mencuba dengan pelbagai usaha. Aku layari macam-macam cara di internet untuk mengetahui petua mudah hamil, kubeli e-book petua mudah hamil dan senang hamil juga. Di situ saja, aku menghabiskan hampir RM100. Kubeli produk biodex yang beribu harganya untuk tempoh beberapa bulan. Tanpa putus asa, aku terus mengamalkannya, kubeli susu kambing hi goat, minum setiap pagi dan malam....Aku minum air zam zam, minum air bacaan fatihah dan yaasin (suami aku yang buat) dan aku juga mengamalkan makan buah kurma, kismis dan habbatussauda (13 biji sehari untuk aku dan suami). Aku juga beli krim lumiglow dan sapu di perut, badan dan sebagainya. Aku selalu juga membaca doa Nabi Zakaria...ada 3 doa untuk dapat zuriat yang aku amalkan.Aku amalkan juga makan spirulina dan EPO. Itulah antara usaha yang aku lakukan. Walaupun kekadang mungkin tak konsisten, tapi ia berterusan.

Usaha-usaha di atas dan dengan keizinan Allah jualah yang telah memberikan aku rezeki untuk mengandung. Syukur Alhamdulillah, sehingga entry ini ditulis, kandunganku sudah hampir 7 bulan. Aku dah tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran anak pertama kami ini. 

Oh ya, sebelum terlupa, macam mana aku boleh tahu yang aku mengandung. Aku ni memang irregular menses pada awalnya. Tapi selepas amalkan EPO, alhamdulillah, period dah makin ok. Kemudian, lama jugak aku tak period tetiba je, aku pun pelik. Suami aku suruh aku buat UPT, tapi aku tak nak sebab aku fikir mesti negatif. Lagi pulak, dia pelik tengok muka aku banyak jerawat, so dia suruh jugak buat. Aku tak nak jugak. Sehinggalah satu petang, aku balik keje, siap makan trifle topping nanas yang aku buat sendiri. Sedap sangat melayan trifle tu, sehingga akhirnya aku tersedar. Terdetik persoalan di benakku, macam mana kalau aku mengandung??? Aku boleh keguguran kalau makan nanas ni..... Aku pun terus bergegas ke bilik dan ambil set urine test yang memang ada satu je lagi. Aku masuk toilet dan terus buat urine test. Menggigil aku pegang urine test tu bila keputusannya POSITIF!!!!!!!!. Ya Allah, POSITIF!!!!!!!!! Memang ada 2 line kat situ. Aku sebak sangat dan terus menangis. Tidakku sangka tapi aku masih was-was seperti tak percaya. Aku terus telefon suamiku, dan aku khabarkan berita gembira itu.....Dia sangat happy dan mengucap "Syukur Alhamdulillah". Terus sujud syukur kami kepada Allah. Tak terkata gembiranya hati kami ya Allah....

Nilah keputusan urine test tu. Positif...Ntah kan urine test yang keberapa sepanjang usia perkahwinan yang hampir menjengah 5 tahun ini.

Suami aku tak putus-putus sms aku dan menyatakan kegembiraannya. Terseyum je dia kat tempat kerja. Balik pada kerja tu, kami terus solat Maghrib berjemaah dan terus bersiap keluar. Kami terus ke Klinik Nabila (Klinik panel Proton). Doctor scan dan akhirnya kata Doctor " YES, YOU ARE PREGNANT!!!" Sekali lagi mengalir air mata aku ..Doktor tu pun terharu dan bergenang juga air matanya. Dia pun tahu dah saban tahun kami datang jumpa dia (dok sangka pregnant sebelum ni tapi tak penah pun) sbb tu dia tahu history aku dan suami...

Hasil scan menunjukkan yang aku sememangnya hamil. Masa tu kandungan aku baru nak masuk 5 minggu.

Balik dari scan tu, kami singgah kedai makan. Kerana terlalu gembira, aku sampai tak berselera nak makan....huhu....Nilah berita yang kunanti-nantikan selama ini........Syukur padaMu Ya Allah.............:) Berita yang sangat menggembirakan. Syukur Alhamdulillah............:)


Aku simpan baik-baik kedua-dua keputusan ini sebagai kenangan yang terindah dalam hidupku dan suamiku....:)



58 ulasan:

  1. Jika Allah sudah berkata 'KUN FAYAKUN', maka jadilah.. tahniah lagi sekali Erni... Alhamdulillah.. berkat usaha doa dan tawakal pada Allah.. take care ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak K... dengar kata k pun dah pregnant anak kedua kan? Tahniah erni ucapkan ye k. Semoga k dapat baby girl pulak lepas ni. Amin...:)

      Padam
  2. Ya Allah... terharu baca ... syukur alhamdulillah erni ...tahniah ... jg dr elok tau ..pelbagai kemungkinan akan terjadi jgn lalai & lupa kira pergerakkan baby tau .....ingat ...


    Panel proton laki mu proton shah alam ke proton edar ni .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manja...suami erni keje kat Proton Tanjung Malim..Sorry lambat reply..lama sungguh tak buka blog ni...:)

      Padam
  3. assalam dik, kak zue ni:D...alhamdulillah..akk tumpang bahagia, gembira smpi menitis air mata akk ni..akk doakan smga sgala2nya dipermudahkan..jaga diri baik2 ye..akk dah xsbr nak tgk erni junior ni:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam kak zue...terima kasih banyak2 atas doa kak zue utk erni. Alhamdulillah erni junior dah keluar akhirnya. Doa utk kak zue pulak dipertemukan jodoh dengan lelaki yang baik...:)

      Padam
  4. sebak baca entry erni kali ni..btw, tahniah..semoga slamat semuanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak...lambat erni balas... akhirnya erni dah selamat...dan happy sangat sebab erni dah ada baby skg ni...:)

      Padam
  5. Syukur alhamdulillah.semoga akak selamat melahirkan anak..
    sya pun masih menunggu 'rezeki ' dari NYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bella Amanda.... Alhamdulillah, anak akak skg ni dah 8 bulan. Doa untuk awak jugak. Semoga ada rezeki dariNya...Jangan putus asa ye..:)

      Padam
  6. wei, berair mata aku baca nukilan ko ni.. jaga diri elok2 yer erni, aku tumbang gembira dengan berita bahagia ko ni.. dah tak lama dah kan.. betul ckp manja tu, jgn lupa kira gerakan baby ok. take care yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak Bunga.. Akhirnya erni dah ada anak dah skg ni. Happy tak terkata..Syukur sangat pada Allah...:)

      Padam
  7. Alhamdulillah....tahniah erni...ALLAH tu takkan uji hambaNya melebihi kemampuan kita. Jangan kita terlalu kecewa kerana stp yang berlaku ada hikmahnya..mmbe as kat sini pun ada yg 12 thn kawin baru dikurniakan cahaya mata....ALLAH MAHA KAYA...Dia sentiasa mendengar segala doa-doa kita...As tmpg epi..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Terima kasih banyak2 As...betul cakap As. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.. Semoga As juga akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik. Erni doakan...:)

      Padam
  8. ya allah , saya menangis lepas baca ni, saya pun 5 tahun berkahwin, period saya dah lewat untuk seminggu, saya fobia nak cek, saya takut kalau negatif... Ya Allah, takutnya..tp lepas baca blog ni, membuatkan hati saya kuat utk cek upt balik ni.. saya tak pernah tak datang period.. saya pening2 dan tak tahan dengan sesetengah bau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana Umiera? Adakah positif? Syukur Alhamdulillah...saya dah ada baby girl skg ni. Allah makbulkan doa saya dan suami. Semoga Allah makbulkan doa awak pula. Amin...:)

      Padam
  9. Nak menanges zue membacanya erni.. skrg erni dah ada cahaya mata kan.. SYUKUR sgt2..

    selalu update pasal durr awatif ye erni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah Zue....Allah dengar doa erni.akhirnya erni dah ada anak skg ni...Durr Awatif binti Abd Aziz Marsyidi. In sya Allah, erni akan update nanti.. So far, Awatif pun dah 8 bulan. Busy sangat erni tak sempat nak update blog ni...

      Padam
  10. doakan saya mendapat zuriat ...saya dah 5 tahun kahwin, ni dah kali ke berapa dah makan clomid dengan perawatan dr doktor...laproskopoy mmg dah buat sblum ni 2 tahn lepas sebab ada cyct...masa laproskopi tu, doktor bagitau sebelah tiub block..pastu setahun lepas, tiub yang tak block ada endrotomesis pulak, pcos mmg saya ada jugak...mkn metformin dr tahun lepas lagi utk mengurangkan pcos...

    kalau tanya tentang perasaan saya sekarang ni mmg sedih sebab..hari ni saya tiba2 period lepas hari 32...like usual, saya mgharapkan ...... tapi saya period...sedih sgt sampai sakarang saya tak dapat tidur walaupun nak dekat pukul 2 pagi...saya baca blog dira daripada dira meluahkan perasaan keinginan utk zuriat sehinggalah memiliki zuriat...tahniah dira....doakan saya boleh x.....air mata mengalir keluar masa menaip ni...sedihhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. menangis sy baca kisah dira ni..akhirnye tahniah dira!!sy jgk yg masih menantikan saat2 tu dh mencecah 5thn usia kami tanpa zuriat..
      Ya Allah semoga kami dikurniaan zuriat Ya Allah..sy redha

      Padam
    2. Ida dan Azie...jangan sesekali berputus asa kerana putus asa itu akan menghilangkan rahmat Allah. Yakinlah bahawa Allah pasti akan memberi zuriat buat kita andai mmg itu takdirnya. Saya fahama macam mana perasaan Ida dan azie kerana saya juga pernah berada di tempat kalian.

      Berusaha dan terus berusaha kerana Allah melihat hasil usaha kita. DIA tak bagi sekarang kerana mungkin belum masanya. Ada sebab.. Percayalah. Mungkin suatu hari nanti, Allah pasti bagi. Berdoa jangan pernah berhenti...Ok. Yakin dengan janji Allah...:)

      Padam
  11. Salam akak, tumpang tanya. Nama saya Rabiatul Adawiyah. sy tgh berusaha mencari biji hbbatus sauda tp xjumpa. boleh akak kongsi kat mana akak beli biji habbatus sauda tuh n berapa harganya...? tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Nur Alfalah.... Mungkin boleh try search kat internet sbb akak pun dapat biji habatussauda tu daripada kawan baik akak.. Maknya yang kasi.Tak tahu jugak nak dapat daripada mana....Tapi cuba search kat google, barangkali ada yang menjualnya.

      Padam
  12. Tahniah sis...sebak membaca entry sis..saya pun dah 5 tahun kahwin...semoga tahun kelima ini memberikan khabar yang gembira dan semuanya dipermudahkan. amin amin amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin....Terima kasih Hajijah Raduan. Masa saya menulis ni pun, saya berada dalam keadaan yang sebak sangat. Dengan berita gembira dan mengenang kembali apa yang telah saya lalui. Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah. Yakinlah yang Allah akan bagi andai mmg itu rezeki kita. Berusaha jangan pernah putus asa. Berdoa dan terus berdoa, jangan pernah berhenti...:)

      Padam
  13. Kun Fayakun.. Ya Allah.. Syukur dan tahniah mm to be.. Xsabar juga mau dpt double line tu... Doakan sya juga ya.. Sesungguhnya kita mlalui pkra yg hmpir sma... Alhamdulillah..tmakbul doa puan dn suami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Eiesha... Alhamdulillah, saya dah ada anak...Saya dah selamat melahirkan baby girl pada 11 Disember 2012.. In sya Allah pada 11/12/13 ni, genaplah setahun usia anak saya. Skg ni dia dah 8 bulan...:) Saya doakan Eiesha jugak akan dapat zuriat nanti...Amin...:)

      Padam
  14. As salam dan salam perkenalan,
    Nak try tak set kesuburan SHAKLEE..Alhamdulilah ramai yang dah berjaya dapat zuriat dengn izinNya..

    untuk info lanjut layari :
    http://rinnran.blogspot.com/2013/06/set-kesuburan-shaklee.html

    jangan putus asa ya..berusaha dan terus berusaha In Sha Allah satu hari nanti Allah akan makbulkan..amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...Thanks dan Salam Perkenalan...

      Alhamdaulillah, saya dah ada anak selepas 5 tahun kawin. Dah 8 bulan dah anak saya dan saya memang makan Shaklee masa dalam pantang...:)

      Padam
  15. Lamanya kak.. Saya pun tengah berusaha untuk dapatkan zuriat. Walaupun baru 9 bulan perkahwinan kami tapi terasa tergugat dengan member2 dan sepupu yang kahwin lambat dari kami tapi dah pun mengandung. lagi pun saya punya period memang tak tetap. So, amat berharap akan ada berita gembira. Bangga dengan akak yang tunggu selama 5 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Effa Eddy... adik, akak yang tunggu 5 tahun ni idakle lama sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan akak yang lagi lama tunggu... ada yang 8, 9, dan 10 tahun...bayangkan? tapi mereka akhirnya dikurniakan zuriat juga. Allah mendengar doa kita dik. jangan pernah berhenti berdoa k? tapi usaha pun jangan berhenti...Insya Allah, Allah akn bagi nanti. Akk faham apa yang awak rasa sbb akak pun penah rasa perasaan yang sama...:)

      Padam
  16. Terjumpa blog dan entri ini.. Terharu bila baca kesungguhan Erni untuk dapatkan zuriat.. Nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan Tahniah.. Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh&solehah..

    https://www.momsavenue.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak dzu hisham atas doa tu....Anak saya sekarang ni dah 11 bulan. Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan ini...:)

      Padam
  17. saya terjumpa blog ni bila gugel pcos yg berjaya hamil. alhamdulillah akhirnya.. stlh 5 tahun penantian. tahniah. btl apa yg akak ckp tu, semuanya ada hikmah. allah tu tau bila masa yg sesuai utk bg kita zuriat. setiap org rezeki lain2. saya dah setahun lbh kawin, nak masuk 2 tahun bln 2 nxt year, pun masih blm ada apa2. Doc sahkan sy penghidap PCOS dr sy bujang lg. skrg pon period dah 4 bln x dtg. tp mmg menangis n sebak baca blog akak ni.. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nuruz, masa akak menulis entry ni pun, akak sendiri sebak dan menangis mengenangkan perjalanan akak yang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tak kenal erti putus asa untuk dapatkan zuriat. Kalau Nuruz sendiri ada masalah macam akak, yakinlah pasti ada rezeki one day. Jangan putus asa dan teruskan usaha. Merayu dan berdoalah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pada Allah. Allah pasti bagi sbb Allah itu Maha Pemurah......:)

      Padam
  18. Maaf ya kak..mintak tumpang iklan..

    PROMOSI TAHUN BARU 2014!! Harga LumiGlow 50g murah hanya RM168/botol termasuk postage. Harga pasaran RM198 dan anda mendapat diskaun 15%!!Risalah penggunaan akan dibekalkan bersama dan tarikh luput produk ialah Oktober 2015. Beli 3 botol LumiGlow pada harga RM470 termasuk postage dan percuma 1 botol Blackmore Evening Primrose Oil 1000mg 100 capsules. Harga boleh runding.Jika berminat,sila SMS 0179807952 atau emel don.syed@gmail.com atau pm facebook
    “Azuria-freebies Blogspot” (klik https://www.facebook.com/messages/azuria.freebies )

    BalasPadam
  19. as -salam
    salam kenal.
    alhamdulillah. tahniah dear.
    saya dh 6 tahun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...salam kenal... terima kasih ...
      insyaAllah, akan ada rezeki nanti....:)
      banyakkan berdoa pada Allah...:)

      Padam
  20. Salam.. Dekat blog saya www.nakhamil.com ada jual buah zuriat. tapi bukan dlm bentuk raw. tak payah belah n rebus dan sebagainya. buah zuriat kami ialah 'Kapsul Buah Zuriat Rezeki Ilahi', dlm bentuk kapsul, sng nak makan n amal bersama suami :) selain tu sesiapa yg tengah usaha nak hamil boleh amalkan bersama serbuk debunga kurma, pati delima, zinc (pekatkan air mani suami, tambah sperma), b complex (sbg asid folik) ovulation test kit (check waktu subur) n pregnancy test kit. Sesiapa yang tengah cuba untuk hamil boleh sms/wasup sy 013-3699505 (Puan Ila) :)

    Anak adalah rezeki Allah.. buah zuriat ni hanyalah salah satu ikhtiar kita. Alhamdulillah mmg ramai yg berjaya hamil selepas amalkan buah zuriat bersama suami isteri. mmg bagus amalkan buah zuriat ni bersama debunga kurma, pati delima.. Apa yang penting jgn putus asa, sentiasa berusaha, bykkan berdoa dgn doa-doa mohon zuriat dan bertawakkal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...teriam kasih. mungkin saya boleh cuba utk dapatkan anak kedua nanti ke kan..siapa taw...serbuk debunga kurma tu pun saya ada makan jugak dulu masa try usaha utk mengandung tu...:)

      Padam
  21. Salam Kak, terharu saya baca entry akk ni..kuatnye semangat akk n suami..saya pun sekarang tengah berusaha untuk dptkn second baby dh setahun mencuba..tp blm ada rezeki lg...tahniah akk..sy doakan akk selamat melahirkan baby nnt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.....terima kasih sudi baca blog akak....kita memang kena kuat semangat dik.. Namun adakalanya kita pun akan tertumbang kerana selaku manusia biasa, kita jugak punya kelemahan..Alhamdulillah, akak dah ada sorang anak perempuan sekarang ni...:)

      Padam
  22. Salam Kak, tumpang tanya. EPO jenama apa yang akak makan? Sehari makan brapa mg? Ada orang kata kena makan time CD1 hingga 15 sahaja, betul ke? sebab saya makan tiap2 hari. Saya pun nak cecah 5 tahun dah. Masih tiada rezeki. IUI buat sekali tapi gagal. Saya redha. Allah Maha Mengetahui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...sebut tentang EPO ni, akak sampai menangis masa mencari EPO jenama HOVID...sedeyh sangat cari di KL dan Rawang, Bukit Beruntung semua takde..Ipoh pun takde..alih2 akak jumpa di Tanjung Malim...Makan EPO jenama HOVID. akak makan hari2....:)

      Padam
    2. Salam...akak...menitik air mata saya bila baca blog akak ni...sebak hati saya...tahniah ye kak...alhamdulillah Allah makbulkan doa akak slepas 5 tahun penantian...saya bharap saya akan kuat mcm akak...

      Padam
    3. Wsalam Nurul Asyikin... Terima kasih sudi baca blog akak.. Dah lama akak tak masuk blog ni. Jarang2 sekali... Yer, selepas 5 tahun penantian, akhirnya Allah makbulkan. Hidup kita ni jangan pernah ada erti putus asa biar kita menangis air mata darah sekalipun kerana terlalu berharap sesuatu. Yakin dan percayalah yang Allah pasti bagi kalau memang itu yang terbaik buat kita. Usaha, usaha, usaha, berdoa dan tawakallah kepada Allah...:)

      Padam
  23. Ya Allah.. terharu rasa hati dan sebak x terhingga shinggakan airmata mnetes.. sya jgk mngalami ujian spt akk wlupun usia perkhwinan bru stahun.. tp soalan orang kampung dan kwn2 membuatkan sya terasa hati sampaikan sya xmau kluar rumah mhupun balik kampung.. Mujurla suami sya jgk spt akk yg slalu bg smngat . Harap thun ne dpt brita bhagia mcm akk sblum raya.. sbb mmg payah nak brdepan saudara mara yg smemangnya akan membanding2kan sya dgn anak2 diorang yg bru berkhwin dh mngndung lbh dulu drpd sya.. memandangkan sya adalah ank sulung.. sya mmg ckup ksihan melihat mak dn abh di tnya soalan yg sama bertubi2.. sdgkan kmi sdh pn berusaha tp hnya Allah Yg pnentu sgalanya.. Doakan sya akn brjya hamil ya.. Apapn tahniah akk2 yg sdh brjaya hamil..����☺

    BalasPadam
  24. Sebak bacasebab sy juga rasa hal yang sama, operation smpai 2kali iui tak berjaya, malahan dengan clomid dah tak boleh membesar telor. Akak masa tu jadi iui ke, atau mengandu g natural proses hanya ambik suplument? Sekarang dah pandai berlari lah ye anak akak...

    BalasPadam
  25. assalammualaikum....sebak puan sebak la kami semua....kita semua melaluinya..cuma mungkin belum sampai giliran saya...hampir 10 tahun saya dan suami menanti...macam2 kami lalui..apapun tetap berusaha dan berdoa..Engkau yang memakbulkannya...Insyaallah..bersyukur suami amat memahami..Ya Tuhan ..lindungilah kami..makbulkan doa kami....

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.saya 15 tahun baru nk lekat.hanya Allah tahu bagaimana usaha saya bt..tapi tu la kin rezeki di masa saya x mengamalkn dan dh terima hakikat..Allah berikn saya nikmat ini.mmg x trsangka..rasa bermimpi.setelah 15 tahun.kini saya hamil 5 bulan 1 minggu.doakn saya semoga baik2 dan baby juga.pd sume byk kn bersabar dan tawakal.Insyallah

      Padam
  26. Assalamulaikum kak.. Sy baru je baca post akak ni,, terharu + sedih + gembira.... Tahniah kak :)

    BalasPadam
  27. Assalam.. Saya pn dh 5 tahun kahwin.. Blom ade rezeki.. TP tidak penah putus berdoa dan berusaha.. Nak Tanye spirulina jenama apr yang Erni makan..?

    BalasPadam
  28. menangis sy baca...maybe sbb sy fhm perasaan awk sbb saya pun dah lama menanti kehadiran cahayamata...tapi penantian sy dah 7tahun..skrg ni sy tengah tggu utk buat proses iui...tengah tggu telur besar je...cuma sy tkt proses iui xberjaya...sbb ada sy baca 1 entry ni dia dah 3x cuba iui tp xberjaya....saya berharap sgt sy dapat merasai pengalaman mcm sis....harap Allah beri sy peluang...sbb sy pun selalu menangis...

    BalasPadam
  29. akk..sedihnye baca..terharu sgt..Allah bg rezeki buat akk..doakan sy pula ye..masuk tahun ke-4.mungkin usaha belum banyak lg mcm akk..huhuhu 😔

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda semua...:)