Jumaat, 5 Julai 2013

KAKU BAGAI ANAK PATUNG. BANTULAH ANAK KECIL INI....

Ya Allah, sayunya hati ini melihat anak kecil ini yang kaku diam seribu bahasa. Ya Allah, Kau sembuhkanlah dia ya Allah....sihatkanlah tubuh badannya seperti sediakalah ya Allah. Kau kasihanilah anak kecil ini ya Allah...

Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, bolehlah bank in duit ke akaun Maybank Nik Syamsul 156114278477. Semoga dengan sedikit pertolongan kita akan meringankan beban anak kecil ini. 

Selalu dengar ceramah Ustaz Don....ingat skit-skit..tentang "Kalau kita memudahkan satu urusan mukmin yang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusanmu kelak"

Dalam satu hadis lain ada menyebut, Ibnu Umar r.a., berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat." (HR Muslim, 4677)


Diambil dari keratan Akhbar Metro bertarikh 27 Jun 2013. Sungguh menyayat hati kisah anak kecil ini.

Marilah sama-sama kita membantu keluarganya. Semoga kita dirahmati Allah jua. Amin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)