Khamis, 26 Januari 2012

MEMUJUK HATI

Kekadang kita minta kepada ALLAH setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Kita minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Kita sedih & kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan. Kekadang kita sedih, kecewa, terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu sedangkan kita tidak mengetahui. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus beriman kapadaNya."

MOTIVASI HARI INI

“Jangan bersedih kerana ditangguhkan rezeki”.

Catatan: orang yang tidak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangan tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solah berjamaah, padahal ia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam memberi salam terlebih dahulu. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.
……Segala ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya. (Surah An- Nahl : 1) ; …. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu,maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya….. (surah Yunus: 107)

(Sumber: Jangan Bersedih oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al Qarni)

PERSOALAN YANG TIMBUL DI BENAK KITA, ALLAH ADA JAWAPANNYA....

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Rabu, 25 Januari 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Aku dan suami aku ni memang suka sangat melancong @ dengan erti kata lain, mengembara. Memang minat sangatla sbb pada aku , melancong ni boleh membuatkan kita menenangkan fikiran di samping dapat melihat tempat orang. So baru-baru ni ada kesempatan pegi ke Menara Condong Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Walaupun Perak ni negeri kelahiran aku, bukanlah semua tempat kat Perak ni aku dah pegi kan? Tapi ni lah hasil jalan2 kat Teluk Intan...:)

Serba sedikit tentang Menara Condong Teluk Intan ni. Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada tahun 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.



Aku dah jadi raksasa nak angkat menara condong ni.hehehe...:)

 Suami aku di tingkat dua menara condong


Aku di pintu masuk menara condong


Aku berlatar belakangkan menara condong


Suami aku di tingkap menara condong



Di tangga utama menara condong

 
So, itulah serba sedikit mengenai menara condong Teluk Intan ni....Memang best tempat ni bagi yang sukakan sejarah macam aku....Sekali sekala datang tengok bangunan2 lama ni kan, memang seronok. Mulalah teringatkan nenek moyang dulu-dulu...:)



CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands ni adalah tempat honeymoon aku yang pertama..Seriously, aku memang suka sangat datang Cameron Highlands. Nak taw nape aku suka sangat dengan Cameron Highlands ni??? Layannn...............:)



Aku sebenarnya suka sangat kaktus dan kerana itu menjadikan Cameron Highlands ni sangat menarik bagi aku...:)


 Selain daripada tu, Cameron Highlands juga terkenal dengan kehijauan ladang tehnya yang saujana mata memandang....sangat cantik..


Ni juga antara sebab lain kenapa aku suka datang Cameron Highlands...sbb aku suka sangat makan buah strawberry. Cicah coklat ke, cicah madu ke, semuanya sedap..Lagi best makan fresh2 yang dipetik dari ladang...Sodapp....:)



Bunga-bunga pun banyak sangat kat sini. Ada macam2 jenis bunga yang fresh2 kat sini...cantik kan?



Barangan kraftangan pun banyak sangat2 kat sini...Memang cantik2 semuanya dan semuanya adalah hasil buatan tangan, bukan mesin ye...Aku dimaklumkan, beg2 yang cantik ni hasil kerja tangan orang2 asli di sini...:)



Kalau sape2 datang sini dan tak beli madu, agak rugi sebenarnya sbb madu kat sini antara yang termurah dan kualitinya sangat bagus..Aku dan suami mmg suka sangat beli madu di Cameron Highlands ni terutama madu tualang, madu asli dan madu propolis.

Ok, tu je dulu setakat ni. Nanti aku citer2 lagi pasal Cameron Highlands ek....:)