Isnin, 26 Mac 2012

PUTRAJAYA

Asalnya ke Kajang sebab suami aku nak tukar kereta tapi bila tengok kereta tu tak menepati citarasa la pulak. So, kami pun terus jalan-jalan. Jalan-jalan main bowling dulu di Metro Kajang. Makan-makan di Restoran Nasi Ayam Penyet, minum-minum di Chicken Rice Corner...:)

Masa di Chicken Rice Corner ni, minum2 je. Aku dan suami minum Ice Blended Tirasmisu...Hmm..sedap jugak. Lupa nak amik gambo.

Lepas jalan-jalan dan main bowling sekali dengan kawan abang nama Yatim, kitorang gi makan pulak. Main bowling masa ni aku kalah ye. Hoho...Yatim yang menang tapi takla beza mana sangat dengan aku dan abang. Abang no 2. huhu....


Lupa dah nama coffee yang abang minum ni tapi sedapla.....Aku suka! 



 Ice Lemon Tea ni dah tentula aku yang punya kan...:)


 Kitorang makan set Ayam Penyet je...:)


Ni den punya...Drumstick semestinya...:)


Selepas selesai makan, abang hantar Yatim ke rumahnya dan kami??? Merendek ke Putrajaya. Waaa...makin cantik Putrajaya sekarang ni. Walaupun aku sebenarnya selalu je ke Putrajaya tapi jarang-jarang sekali jalan-jalan di sekitar Putrajaya. Selalunya ke Ibu Pejabat je iaitu di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kira kali ni, jalan-jalanla, makan-makan, pegi shopping di Alamanda. Itu je...:) Hihi..Actually, masa tak cukup sebab dah rugi separuh hari di Kajang...:)

Ni di Jambatan Anaconda yang aku suka sangat. Tempat ni sungguh cantik dan tempat dating yang paling best dulu...Dapat tengok tasik yang cantik...:) 



Kenapa aku panggil Anaconda? Tengok lekuk2 belakang yang wane hitam dan bercorak batik tu? Besar macam anaconda. Tak tahu apa nama jambatan ni tapi aku memang panggil "Jambatan Anaconda"


Husband aku cakap pokok ni cantik...:) 



Aku lak suka sangat susunan pokok2 ni. Lawa kan?


Kulihat kamu dan kamu lihat ke lain....hehehe...Break a way...:)


 Puanyala gamble masa ni. Kamera pun takde bawak. Ni ambik gambo guna hp nokia aku yang cabuk tu je. Jadilah...:)


Suka tempat ni. Cantik. Pengantin pun selalu je datang amik gambo kat sini....:)


 Suka sangat tengok pokok atas tu....


aku pun nak bergambar jugak dengan pokok ni


 Kami...:)


 Di atas Jambatan Anaconda


Jeling-jeling, pandang-pandang...hehehe


 Lawa pulak grill bawah jambatan ni


 Aku pun nak jugak...hehehe



Ukiran ni lawala...:)


Dia pun nak jugak bergambo kat sini...hehehe...:)


 Scenery di atas jambatan yan cantik ni...:)


 Bangunan Kementerian Pelancongan yang unik...maksud aku tang ukiran2 di tepi2 bangunan...Lawa. Unik.


Macam-macam rupa bentuk bangunan di Putrajaya. Cantik dan indah belaka...:)





KEK COKLAT BASAH

Lama sangat dah tak buka ini belog kerana kesibukan yang membuatkan aku tak sempat nak bernafas. Apatah lagi nak menaip di sini. Takpe, ni aku luangkan masa kejap sebelum pegi ke Latihan Simfoni Seni jap lagi.

Semalam aku dah berkesempatan buat kek coklat untuk kawan-kawan opisku. Saje je suke2. Aku beli tepung kek coklat ni daripada sepupu aku. Just tambah skit-skit je bahan lain.

Bahan-bahan Kek Coklat
Tepung Kek Coklat
Telur 2 biji
Susu Cair Secawan
Minyak Masak secawan (aku guna minyak jagung)
Air panas secawan

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan kecik-kecik dan kukus sehingga masak. Mudah je kan...:)

So, itulah serba ringkas macam mana nak buat kek coklat basah yang aku beli tepung daripada sepupu aku ni. Mey layan gambar-gambar kek coklat yang aku buat pulak k...:p


Ni hasil bancuhan kek coklat basah...Meratah camtu je pun sodap 



 ni aku tak tahu nak panggil apa tapi aku alaskan untuk letak dalam cup2 kertas tu sbb kalau letak cup kertas je, mau lembik bila dikukus nanti kan?




 Aku taruk cup2 kertas dalam tu...



 Dan aku tuangkan bancuhan kek coklat basah tu ke dalam cup2 kertas



 Bancuhan tadi dikukus hingga merekah begini...dan siap dimasak.



Yang ni dah taruk dalam tupperware nak bawak untuk kawan2 pejabat aku. Cubalah, dan rasanya memang best. Lembut dan sedap.



~SELAMAT MENCUBA~



Khamis, 15 Mac 2012

MUTIARA KATA HARI INI (SIRI 5)


1.       Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

2.       Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa.

3.       Masa itu pedang. Jika masa tidak memotong, kita akan dipotong – Petua Arab Lama

4.       Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul.

5.       Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti.

Rabu, 14 Mac 2012

MENU SIMPLE YANG PALING SAYA SUKA DALAM DUNIA

Cuba korang teka apa menu tu??? Taraaaaaaaa....................:)



























































 Ni suami saya punya. Takde udang....:)












Dan ini..........................






Yang saya punya...ada taruk udang...Sodap!!!





Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera dengan menu simple yang paling best dalam dunia ni.Rasanya tak payah citer resipi ni pun mesti korang taw cane nak buatkan??? hehehehe...............:)







Isnin, 12 Mac 2012

JUS STRAWBERRY AIS KRIM

Saya pernah makan jus strawberry ais krim masa di Cameron Highlands. Bila dah balik ke rumah saya, saya teringin nak buat sendiri sebab saya rasa senang je buat dia. So saya cuba-cuba, dan inilah hasilnya. sedap...Cuma saya serve dalam mangkuk je sbb lebih senang nak makan. Heheheheh......:)


Jus Strawberry Ais Krim untuk saya dan suami saya...:)

Bahan-bahannya:
Buah Strawberry 10 biji
Ais Batu
Madu
Ais Krim ikut citarasa

Cara Membuatnya:
Strawberry tu hendaklah di blend bersama ais batu. Kemudian tuangkan dalam mangkuk dan campur madu ikut citarasa. Kemudian, tarukla aiskrim beberapa sudu di atasnya. At last, nikmatilah ia...:) hihi..

Ok, selamat mencuba ye resipi Jus Strawberry Ais Krim ini...:) Sedap taw...Ada masam, ada manis...:)


SERONOKNYA PASAR MINGGU KAMUNTING

Saya pegi umah makcik suami saya pada 3 Mac 2012 dan saya telah berkesempatan jalan-jalan ke Pasar Minggu Kamunting. Seronoknya jalan-jalan dan beli barang2 kat sini. Dahla banyak pilihan dan harganya sangat-sangat murah. Macam-macam jugak yang saya beli tapi saya tak banyak amik gambo sbb sibuk beli itu ini...:)

Mey kita layan keseronokan pasar minggu Kamunting. Mungkin ada nama lain, tapi saya lupala apa yang makcik saya tu cakap. Tak hingat dah...:)


 Ddekat sini, banyak sangat orang jual pakaian dan tudung2 ni taw. Saya dah tentula beli tudung sehelai dua kan...Sebab harganya yang murah...:) Saya suka....:)


Ni salah satu tudung yang saya beli kat sini. Murah je taw...Baru Rm18. Kalau kat tempat lain, tudung ni masih mahal harganya. Kebetulan saya pakai hari ni ke pejabat...:)


 Ni suami saya berlatar belakangkan pasar minggu ni. Besar dan saya sampai penat nak jalan.


 Saya dengan suami saya...Kami beli banyak juga barang-barang termasuk lukisan. Saya lupa ambil gambar lukisan tu. Tapi memang cantik sangat sbb saya memang sukakan lukisan. Nanti saya nak framekan cantik-cantik dan gantung di dinding rumah saya...:)


 Ni bantal kekabu. Saya tak beli sbb takut tak muat kereta sbb balik dari Taiping keesokan hari, kami nak singgah Kuala Kangsar pulak. Nanti penuh sangat bonet kereta saya yang kecik tu. Tapi saya suka bantal kekabu. Sedap untuk jadikan bantal tido...:)


 Ahaaaaa.......ni la makanan kegemaran saya. Sata.........Sangat sedap!!! Saya suka sangat2...


 Saya tak tahu nak describe kesedapan sata ni tapi apa yang boleh saya katakan, sata ini memang memenuhi citarasa saya. Saya borong RM20....hehehehe..Tu pun saya menyesal sebab tak beli banyak lagi...Macam nak datang lagi je nanti...Hmmm...:)


 Cucur Peniram pun ada di sini?? Saya panggil telinga keling.


 Macam2 buah ada...Tu buah mangga. Salah satu buah yang saya suka jugak...:) Sedap


Ni buah Kundang. Seriously, saya tak penah makan buah ni. Masa lalu highway, saya ada singgah kat hentian sebelum keluar kamunting tu,ada jual buah ni. Sekilo RM20. Saya beli setengah kilo. Tengok2 saya datang pasar minggu ni , harganya jauh lebih murah. Sekilo cuma RM8 je...Hmmm...geram pulak rasanya. Tapi buah di hentian tu jauh lebih cantikla tp rasanya tetap sama. Manis....Saya borong banyak skit untuk bawak balik kat bapak mertua saya...Kesian dia tak ikut.


Masa datang sini, ibu mertua saya ikut sekali cuma bapak mertua saya je yang tak ikut. Masa jalan di pasar minggu ni , saya sampai terpisah dengan makcik dan ibu mertua serta opah saya. At last saya jalan berdua je dengan suami saya. Nasib baikla masa datang tu kami naik dua buah kereta. Kalau tak, jenuh mencari di mana ibu mertua saya. Hehehe....


So itulah serba sedikit tentang Pasar Minggu Kamunting ni. Banyak lagi barang2 yang best di sana. Saya juga ada borong ikan masin yang segar-segar dan memang sedap....antaranya ikan belanak kegemaran saya...Sedap tau kalau sekali sekala makan dengan nasi panas. Makan pulak dengan ulam cicah dengan sambal belacan. Memang superbbb!!!



JOM MAKAN LAKSA

Saya dan suami saya teringin sangat nak makan laksa dua minggu lepas. So apa lagi, saya pun ambil kesempatan pada minggu yang saya tak kemana-mana tu untuk memasak laksa buat kami berdua...Jom layan laksa ni...:)


Nila bahan-bahan untuk makan laksa ni ye..Kuah dalam periuk di dapur...:)Saya makan berdua je dengan suami saya. Sebab laksa tu banyak, saya bagi jiran-jiran saya sikit. Bagi diorang merasa...:)




Nila laksa untuk dihidangkan buat suami saya....Selamat menjamu selera sayang...:)


Nak buat laksa ni takla susah sangat. Mey saya share dengan korang ek...:)

Bahan-bahannya:

Bahan A(Kuah Laksa)

1) Ikan Kembung
2) Ikan Sardin
3) Bunga Kantan
4) Daun Kesum
5) Bawang Besar
6) Cabai kering yang direbus
7) Asam keping
8) Garam secukup rasa

Bahan B (Laksa)
1) Laksa Basah @ Laksa Kering
2) Daun Salad
3) Timun
4) Bawang Besar
5) Cabai Besar
6) Telur Rebus
7) Pucuk Gajus (Xde pun takpe, sbb pucuk ni payah nak cari)
8) Limau kasturi


Cara Membuatnya :

Mula-mula sekali buat kuahnya dulu. Ikan kembung dan ikan sardin direbus terlebih dahulu dan kemudian ambil isi ikan lalu blender. Kemudian blender juga cabai kering yang direbus bersama bawang besar, daun kesum skit, dan bunga kantan (yang hujung tu je skit). Dah siap blender, boleh tuang dalam periuk, tambah air dan panaskan. Bila dah menggelegak, taruk asam keping beberapa keping ye...Bagi masam2 skit. Baru sodap...:) Last sekali taruk garam. Siapla kuahnya...:)

Bahan2 untuk laksa pulak, kalau laksa basah tu, rebus sekejap je. Kemudian toskan. Kalau laksa yang kering tu, kena rendam dulu, kemudian baru rebus. Amik masa lama skit ye nak tunggu dia lembut sbb tu saya lebih suka gunakan laksa basah. Lepas tu, rebus jugak telur ayam beberapa biji. Sayur2 yang saya katakan tadi, salad, timun, cabai, bawang besar, pucuk gajus, semunya dipotong kecil untuk dimakan bersama laksa....Perah skit limau kasturi. Siap...:).

Ok semua. Selamat Mencuba Resipi Laksa ni...:)




SANDWICH ROLL

Saya nak kongsi dengan korang semua macam mana nak buat sandwich roll yang sedap ni. Saya dapat resipi ni daripada akhbar...Resipi Chef Ismail kalau tak salah cuma saya tambah skit la ikut selera saya. Hehehe... kadang-kadang kita makan lauk sardin, pastu ada lebih2 yang tak abis tu kadang2 kita tak tahu nak buat apa kan, so saya nak ajar buat resipi ni...:) Sandwich Gulung or Sandwich Roll...:)



Sandwich Roll @ Sandwich Gulung


Bahan-bahannya:
1) Roti putih
2) Sardin dalam tin (ikan je..kalau nak amik kuah sikit ok jugak)
3)Tepung Gandum + air sikit (bagi lekat cam gam tu je)
4) Serbuk Roti Putih
5) Daun Sup dan Daun Bawang
6) Mayonis
7) Bawang Besar (Dicincang dadu)
8) Telur


Cara Membuatnya:
Mula-mula sekali buat dulu inti dia tu ye...Sardin tu dilenyek2, kemudian masyukkan mayonis, bawang besar yang dicincang dadu serta daun sup dan daun bawang. Dah siap intinya....



Inti Sardin yang telah siap


Roti tu pulak, lenyek dulu dengan penggelek tu. Kalau takde tempat yang nak gelek tu, boleh guna gelas or apa2 je ye....sampai leper ye sbb kalau dah dilenyek leper, ia akan padat dan minyak takla diserap banyak...:)



Roti yang telah dilenyek


Dah siap tu, bolehla mula menggulung. Sebelum gulung, taruk dulu tepung gandum kat tepi2 roti sbb nak bagi melekat. Supaya bile goreng nanti idakle terkeluar intinya.


Lepas dah taruk tepung gandum tu, taruk inti sardin tadi dan gulung. Lepas dah siap, tekan di hujung kiri dan kanan roti dengan sudu garpu supaya nampak lebih cantik dan kemas...:) Kalau Chef Ismail punya resipi, sampai takat tu je, dah boleh goreng terus. Sedap jugak, tapi saya menambah lagi. Hehehe...:)



Dah taruk bancuhan tepung gandum dan inti sardin


Lepas tu celurkan dalam telur yang dah dipukul dan kemudian celupkan pula ke dalam serbuk roti putih dan goreng. Agak2 kuning keemasan atau garing (bagi yang suka garing skitla, kemudian angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidang pulak dengan air teh o, minum petang2 bersama family, sangatla best...:)



Telur yang dipukul rata



Dah siap dicelup dengan serbuk roti putih dan sedia untuk digoreng dengan minyak panas



 Dah siap digoreng dan inilah hasilnya...Sedap dimakan panas2...:)



So, itulah resipinya. Selamat mencuba resipi ini...!! Semoga berjaya...:)