Powered By Blogger

Jumaat, 2 Mac 2012

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 5)

Aku sambung lagi untuk siri yang seterusnya iaitu siri yang ke 5 tentang percutian aku ke Tasik Kenyir ni...:)


 Dah sampai kat challet kami, apa lagi, aku dengan adik ipar aku beroperasi kat dapur. Sonok jugak masak2 gini. Sangat mencabar sbb masak dengan tak cukup bahannya, faham2 jela ye. Nasib ada kedai runcit yang bukaannya dalam 10x10 kaki je tu, dapatlah beli garam. Kalau tak, sardin aku masak, tawar hebior....hadooiiii...pening.




So, menu lunch kitorang untuk hari tu cumalah sekadar nasi putih dan sardin. Tapi sedap jugak...licinn....sehingga menjilat jari.


Petang tu, kitorang menikmati keindahan hutan. Syok jugak. Nyaman..sedut udara yang bersih dan menyegarkan. Aku baru first time kan sampai sini, brother yang jaga challet tu memang ada kata yang kami boleh pegi tempat ikan kelah banyak tu tapi kena bayar skitla untuk naik bot. Sorang kena bayar berapa ntah ... Aku lupa. Dalam RM30 ke untuk sampai ke tempat ikan kelah yang banyak gile tu, yang kita boleh main2 dengan dia.


Tapi.................. aku tak pegi. Terasalah sangat rugi sebab aku tak pegi masa tu. Nyesal pulak. eeee...nyesalnya. Kalau nak pegi lagi, rasanya macam tak la kot sbb jauh gile...Ngeri memikirkannya. Dan kerana pada aku bayarannya agak mahal, so kami dahla 4 orang, banyak jugak pakai duit dengan nak travel balik lagi nanti, so terpaksalah aku berjimat cermat.


Untuk mengisi masa yang lapang pada petang tu, abang tu ada bagi cadangan untuk kami mandi air terjun. Katanya betapa bersihnya air dari gunung tu, memang kita boleh minum terus. Hmmm...menarik ye...So aku pun setuju. Kebetulan bayarannya pun cumalah RM5. Hehehe...Kalau Rm5, aku idakle keberatan untuk sponsor kan. 4 orang baru je RM20. So kitorang layan air terjun. Sekali lagi, kami naik bot. Kira-kira 15 minit macam tu, sampailah kami ke Air Terjun Saok. Nak mandi tempat best, kena naik lagi anak2 tangga yang disediakan. Letihnya.....Hmm....Cantik tempatnya tapi jujur aku seramla skit sebab dalam hutan kan. Aku tak lepaskan peluang untuk mandi manda dan merasai air yang segar dari gunung ni. BEST.....:)



Naik bot lagi untuk pegi ke Air Terjun Saok




Atas bot, nak dekat sampai dah ni. Pakai baju untuk mandi air terjun siap2...:)




Yeayyyyy............dah sampai dah ke destinasi yang dituju. Jom kita mandi manda...Sebelum tu daki anak tangga dulu



Ni air terjun. Aku tak banyak amik gambo kat air terjun ni sebab teruja sangat nak mandi kan...:)




Sejuk gile air terjun ni. Rasa sampai ke tulang2 aku nih...



Dah puas mandi manda, aku try nak call brother yang hantar kitorang naik bot tu, tapi coverage memang hampehla. Aku rasa nak nangis dah. Buatnya abang tu tak datang amik, matilah aku nak kena bermalam kat dalam hutan ni. Serius aku takut. Puas kami berdoa pada Allah agar permudahkan jalan bagi kami. Tetiba, aku turun kat bawah skit dekat jeti Air Terjun Saok tu, adalah satu bar. Aku pun terus sms Brother tu dan lama jugakla dia baru datang amik kami. Boleh jadi  sms tu sampai lambat kat dia.Tak kirala apa pun, yang penting dia datang amik kami. Fuh..........lega..Kalau tak, menangis air mata darahla aku dalam hutan tu. Hmm...Syukur Alhamdulillah.



Balik challet, solat, dan makan biskut2 je gitu, bancuh air kopi sedap2, tido dengan nyenyaknya sebab penat sangat.


Sampai sini je citer untuk aktiviti petang tuh. Nanti episod seterusnya akan kuceritakan lagi dalam siri yang seterusnya iaitu siri yang ke 6. Ok, jumpa lagi nanti....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)