Powered By Blogger

Khamis, 8 Mac 2012

PERHIMPUNAN PERKHIDMATAN AWAM DI PICC

Punyala excited nye aku dan kawan-kawan opis aku dengar apa yang Perdana Menteri ucap hari ni. Apa-apa pun, keputusan tu tetap menggembirakan juga dan aku sangat bersyukur pada Allah. Antara pengumuman yang diumumkan PM pagi ni adalah:

1)   SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012 DIBATALKAN. SSM akan ditambah baik (Pada aku okla juga sebab at least junior aku takla sama gaji dengan aku. Heheh...)

2)   Suruhanjaya Khas akan ditubuhkan  dan sebarang  cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan berdasarkan kewangan kerajaan.

3)    Pelarasan gaji adalah berdasarkan Jadual Gaji Mendatar (JGM) iaitu kenaikan sebanyak :

  • 13% - Gred 1 hingga 54
  • 9% - Gred Utama A, B, C
  • 8% - Turus III dan II
  • 7% - Turus I / KSN
4)   Kenaikan gaji tahunan (KGT)  bagi Gred 1 hingga 54 adalah RM80 hingga RM320

5)   Kadar bantuan sara hidup (COLA), RM300 kekal, bagi COLA di kawasan B yang RM200 dinaikkan ke RM250 dan COLA di Kawasan C yang RM100 dapat sebelum ni dinaikkan RM150 (aku la tu - Alhamdulillah)

Ada lagi, tapi tu je la antaranya. Aku tulis yang ada kaitan dengan aku je. Yang lain ada lagi untuk cikgu dan org2 yang keje di Pedalaman ni. Kebanyakan elaun2 yang diterima dikekalkan.

Last sekali keluar slogan kat TV "Menuju Masa Depan Cemerlang"....:)



      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)