Powered By Blogger

Isnin, 26 Mac 2012

KEK COKLAT BASAH

Lama sangat dah tak buka ini belog kerana kesibukan yang membuatkan aku tak sempat nak bernafas. Apatah lagi nak menaip di sini. Takpe, ni aku luangkan masa kejap sebelum pegi ke Latihan Simfoni Seni jap lagi.

Semalam aku dah berkesempatan buat kek coklat untuk kawan-kawan opisku. Saje je suke2. Aku beli tepung kek coklat ni daripada sepupu aku. Just tambah skit-skit je bahan lain.

Bahan-bahan Kek Coklat
Tepung Kek Coklat
Telur 2 biji
Susu Cair Secawan
Minyak Masak secawan (aku guna minyak jagung)
Air panas secawan

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan kecik-kecik dan kukus sehingga masak. Mudah je kan...:)

So, itulah serba ringkas macam mana nak buat kek coklat basah yang aku beli tepung daripada sepupu aku ni. Mey layan gambar-gambar kek coklat yang aku buat pulak k...:p


Ni hasil bancuhan kek coklat basah...Meratah camtu je pun sodap 



 ni aku tak tahu nak panggil apa tapi aku alaskan untuk letak dalam cup2 kertas tu sbb kalau letak cup kertas je, mau lembik bila dikukus nanti kan?




 Aku taruk cup2 kertas dalam tu...



 Dan aku tuangkan bancuhan kek coklat basah tu ke dalam cup2 kertas



 Bancuhan tadi dikukus hingga merekah begini...dan siap dimasak.



Yang ni dah taruk dalam tupperware nak bawak untuk kawan2 pejabat aku. Cubalah, dan rasanya memang best. Lembut dan sedap.



~SELAMAT MENCUBA~



2 ulasan:

  1. nampak sangattt sedap!!!
    tepung kek coklat nan ado.. mana nak cari erni??? hiiiihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu erni pun tak tahu. hehehe...sebab erni pun beli kat sepupu erni. mana2 tepung kek coklat boleh pakai kot. hihhi....belasah jela..try2...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)