Powered By Blogger

Jumaat, 5 Julai 2013

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG



TEKS PENGACARAAN MAJLIS
MAJLIS ANUGERAH PEKERJA BERKETRAMPILAN 2012
 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2012
INSTITUT TANAH & UKUR NEGARA
4 JULAI 2013

MC & MASA
ATURCARA
UCAPAN
8.30 am
Erni
Para tetamu mengambil tempat
Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Dipohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon atau meletakkannya dalam ‘silent mode’. Terima kasih.

9.30 am
Erni
Ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha I (Sumber Asli)
Hadirin yang dihormati sekalian,

Mengumumkan ketibaan Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor diiringi oleh  Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara, dan dif-dif kehormat. Para hadirin diminta berdiri.

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN

Erni








Faiz




Erni





Faiz




Erni


















Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Penari cilik yang comel-comel daripada Sekolah Rendah Taman Desaminium, Lestari Perdana, Seri Kembangan. Semoga semua hadirin terhibur.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Assalammualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Mencari timba si anak dara
Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu Illahi

Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiusaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
Yang Berusaha, Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor,  Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara,
Yang Dihormati dif-dif kehormat,
Yang diraikan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pekerja Berketrampilan 2012
Seterusnya, para hadirin sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh,  Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta sidang hadirin sekalian ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012.

YBhg. Dato' dan sidang hadirin sekalian,

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini, akan turut disertakan dengan penyampaian anugerah lain iaitu Anugerah Pekerja Berketrampilan 2012.

Erni







Faiz




















Faiz














Persembahan Koir :
1. Negaraku
2.Perkhidmatan    Awam
3. Lagu INSTUN (Mendahului Cabaran)

Bacaan Do’a



















Ucapan alu-aluan oleh Pengarah INSTUN














Seterusnya, hadirin diminta untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam, dan Mendahului Cabaran dengan diiringi oleh Kumpulan Koir INSTUN dan pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dipersilakan.
NYANYIAN OLEH PASUKAN KOIR INSTUN
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al fadhil Ustaz Mohd Ridhzuwan bin  Ahmad untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al fadhil Ustaz Mohd Ridhzuwan bin Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat hendaknya. Amin

Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata oleh Pengarah Institut Tanah dan Ukur Negara. Untuk itu, majlis menjemput  Yang Berusaha Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(A)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan ucapan sebentar tadi.






Erni



















Faiz



















Erni



























Faiz










Faiz



Erni









 Faiz





Erni













Faiz





Erni



















Erni













 
Faiz



















Erni
















 
Faiz




















Erni









 
Faiz
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha I,  Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar










Tayangan Montaj













Penyampaian Anugerah Pekerja Berketrampilan







































Persembahan Pertengahan (Nasyid dan deklamasi puisi daripada Kumpulan Shoutul Iman)


















Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012






























Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin dan hadhirat yang dirahmati sekalian,
Majlis seterusnya menjemput Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara 2012. Majlis mempersilakan.

(A)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Bebahagia Dato’ menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.


Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita saksikan satu Persembahan tayangan montaj Way Forward INSTUN’

PERSEMBAHAN SLAID

Itulah tadi tayangan Montaj Way Forward INSTUN. Semoga persembahan montaj tadi akan menyuntik semangat semua Warga INSTUN khususnya untuk meletakkan INSTUN bertaraf dunia.








Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya berbesar hati menjemput Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah bagi mengiringi Pengarah INSTUN, Yang Berusaha Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor bagi menyampaikan Anugerah Pekerja Berketrampilan. Majlis mempersilakan.

Seramai 10 orang pegawai telah terpilih untuk menerima Anugerah Pekerja Berketrampilan. Anugerah ini diberi sebagai menghargai jasa dan sumbangan pegawai-pegawai yang berdedikasi tetapi tidak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Untuk itu, dijemput :

1)    Encik Mohd Yusaimi bin Mat Yusop dari Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah

2)    Encik Affandi bin Kastor dari Bahagian Ukur dan Pemetaan

3)    Encik Mohd Faizal bin Abu Kaslan dari Bahagian Teknologi Maklumat

Seterusnya dijemput :

4)    Puan Haryanti binti Dahalan dari Bahagian Teknologi Maklumat

5)    Cik Fuziyah binti Sarjuni dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan akhir sekali...

6)    Encik Muhamad Akmal bin Abdul Rafar Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah INSTUN, YBrs. Tuan Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor, di atas kesudian tuan menyampaikan Anugerah.

Untuk makluman hadirin sekalian, seramai 3 orang penerima Anugerah Pekerja Berketrampilan tidak dapat bersama-sama pada hari ini kerana 2 orang pegawai tersebut iaiti En. Mohd Iqbal bin Abdul Razif dan Puan Siti Zaharah binti Saad dari Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sedang mengikuti Kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Jabatan Perkhidmatan Awam. Manakala seorang lagi penerima Anugerah iaitu Encik Ahmad Rostam bin Hamzah dari Bahagian Ukur dan Pemetaan bertugas di luar kawasan.

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah Pekerja Berketrampilan. Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua pegawai  INSTUN yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Pergi Ke Kuala Menaiki Sampan,
Mesyusur Sungai Perlahan-lahan,
Berehat Sebentar Untuk Hiburan,
Dendangan Nasyid Buat Santapan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Ayuh kita rehatkan minda seketika. Kami tampilkan kepada anda Persembahan Puisi dan Nasyid daripada Kumpulan Shoutul Iman dengan 2 buah lagu mereka iaitu Damai dan Nasib Bangsaku. Dipersilakan.

(A)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Shoutul Iman dengan persembahan yang sungguh menyentuh perasaan sebentar tadi.Semoga semua terhibur.


Anugerah Pekerja  Berketrampilan
Semoga terus gemilang
Inilah saat yang dinanti-nantikan,
Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Sidang hadirin sekalian,
Bagi tahun 2012, seramai 13 orang pegawai INSTUN akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah ini diberi sebagai menghargai komitmen, jasa dan sumbangan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang akan menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Malaysia bernilai RM1000, Plak Institut Tanah dan Ukur Negara berserta Sijil Penghargaan.


Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya sekali lagi menjemput Pengarah INSTUN bagi mengiringi Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor untuk upacara penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara 2012. Majlis mempersilakan.

Burung serindit riang berpacaran,
Petang menyusur terbang pulang,
Terbit di hati siapa gerangan,
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?
 


Diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi 

BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN TANAH
Dijemput :

1)    Encik Mohd Sabli bin Bakri

Seterusnya dijemput :
2)    Encik Jalil bin Sabudin
En. Jalil bin Sabudin kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tanah Gred NT32.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:
BAHAGIAN UKUR DAN PEMETAAN:

Dijemput :
1)    Encik Roslan bin Abd Ghani
Encik Roslan bin Abd Ghani  kini menjawat jawatan sebagai Juruukur Gred J48.

Seterusnya dijemput:
2)    Encik Mohd Imam Ma’arof bin Soa’ib
Encik Mohd Imam Ma’arof bin Soa’ib kini menjawat jawatan sebagai Penolong Juruukur, Gred J36.
                                                                                                Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dijemput :
1)    Puan Syazwana binti Ahmad Basir.
Puan Syazwana binti Ahmad Basir kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 di Unit Multimedia, Seksyen Pembangunan, Sistem dan Multimedia.
Seterusnya, dijemput:
2)    Encik Adzrizal bin Adnan.
Encik Adzrizal bin Adnan kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 di Unit Sistem Sokongan, Seksyen Pembangunan, Sistem dan Multimedia.

Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN:
Dijemput :
1)    Puan Norhaidah binti Riboet
Puan Norhaidah binti Riboet kini menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Program, Gred M48.
 
Seterusnya diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara tahun 2012 bagi:
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN:
Dijemput :
1)    Cik Caroline binti Boni
Cik Caroline binti Boni kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pendaftar, Gred M41 di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred M44 dan akan bertukar ke Kementerian Kesihatan, Wilayah Persekutuan Labuan. Tahniah diucapkan.




Faiz









Erni









Faiz
















Erni



















Faiz



 Erni
















Faiz









 Erni












































 Erni





Faiz


Erni

Faiz & Erni
















































































































Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seterusnya, dijemput :
2)    Puan Saripah binti Ramli.
Puan Saripah binti Ramli kini telah pun bersara wajib pada 15 Mei 2013. Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir (pengkeranian/operasi) Gred N22 di Seksyen Kewangan.

Seterusnya. Dijemput :
3)    Puan Shahrina Hasnieza binti Abd Halim
Puan Shahrina Hasnieza binti Abd Halim kini menjawat jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi), Gred N17 di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia.

Seterusnya, dijemput,
4)    Encik Hairol Supfian bin Sarabani
Encik Hairol Supfian bin Sarabain kini menjawat jawatan sebagai Pekerja Rendah Awan Gred R1 di Seksyen Pentadbiran.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seterusnya, dijemput :
5)    Encik Mohamad Ikhfa bin Mohamad Ikram
Encik Mohamad Ikhfa bin Mohamad Ikram kini menjawat jawatan sebagai Pembantu Am Pejabat Gred N1 di Bahagian Ukur dan Pemetaan.
 
Akhir sekali, dijemput :
6)    Encik Mohd Azani bin Mohd Yutam
Encik Mohd Azani bin Mohd Yutam kini menjawat jawatan sebagai Pekerja Rendah Awam Gred R1.
Dipohon Y.Bhg. Dato’ untuk terus berada di atas pentas bagi sesi fotografi. Untuk itu, dijemput  penerima-penerima anugerah perkhidmatan cemerlang dan penerima anugerah Pekerja Berketrampilan 2012, ahli keluarga penerima APC serta dif-dif kehormat untuk naik ke atas pentas bagi sesi fotografi. Majlis mempersilakan.
(A)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor  di atas kesudian Dato’ menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 sebentar tadi.


Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2012. Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada semua pegawai  INSTUN yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian anugerah selesai sudah
Persembahan penutup menyusul pula

Hadirin sekalian,
Acara kita sudah sampai ke kemuncaknya. Tanpa melengahkan masa, kita tampilkan sekali lagi Kumpulan Penari cilik yang comel-comel daripada Sekolah Rendah Taman Desaminium, Lestari Perdana, Seri Kembangan  dan diikuti dengan persembahan daripada Pasukan Koir Institut Tanah dan Ukur Negara diiringi oleh pelajar-pelajar Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan persembahan lagu mereka Ku Ada Kamu. Majlis mempersilakan.
(A)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas persembahan yang sungguh hebat dan menarik sebentar tadi.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Sayang selasih bunganya wangi,
Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.


Alhamdulillah, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Tanah dan Ukur Negara 2012 tamatlah sudah. Kami selaku pihak urusetia majlis memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.

YBhg. Dato’ dan dif-dif jemputan, majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kerana sudi bersama-sama kami di dalam majlis pada hari ini.
Di kesempatan ini juga majlis merakamkan penghargaan kepada semua urus setia yang telah menjayakan majlis ini.
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Bahagian Ukur dan Pemetaan,
Bahagian Teknologi Maklumat,
Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah,
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan,
Petugas-petugas teknikal,
Kumpulan Koir INSTUN,
Kumpulan Nasyid Shoutul Iman
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Kuala Lumpur atas sumbangan bahan percetakan
Pelajar-pelajar daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kumpulan Penari daripada Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium, Lestari Perdana, Seri Kembangan
Serta Semua yang terlibat dalam penganjuran majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung.
Sebelum kita bersurai dipohon tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian untuk terus berada di dalam dewam Auditorium ini bagi sesi bergambar beramai-ramai

Seterusnya, dijemput Y.Bhg Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha 1,Pengarah INSTUN, dif-dif kehormat dan  semua para hadirin sekalian untuk menikmati Jamuan yang telah disediakan di khemah selepas sesi fotografi ini

Sehingga itu sahaja daripada kami,
Saya Azfaizan Ahmad Sarkawi
Dan Saya Erni Safura Awang
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum WBT.



8 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    saya mohon izin jadikan contoh teks ucapan ini sebagai rujukan dalam pengajian saya. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Saya mohon izin untuk jadikan rujukan bagi menyediakan teks pengacara majlis bagi APC yang akan dijalankan

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.. minta izin untuk buat rujukan.. terima kasih

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, mohon izin untuk buat rujukan..terima kasih banyak.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum, mohon izin untuk buat rujukan. Terima kasih

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum..mohon izin untuk jadi rujukan..terima kasih..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...mohon izin untuk jadikan rujukan...terima kasih sebarkan ilmu bermanfaat

    BalasPadam
  8. assalamualaikum, mohon izin untuk digunakan bagi majlis APC

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda semua...:)