Powered By Blogger

Isnin, 12 Mac 2012

JOM MAKAN LAKSA

Saya dan suami saya teringin sangat nak makan laksa dua minggu lepas. So apa lagi, saya pun ambil kesempatan pada minggu yang saya tak kemana-mana tu untuk memasak laksa buat kami berdua...Jom layan laksa ni...:)


Nila bahan-bahan untuk makan laksa ni ye..Kuah dalam periuk di dapur...:)Saya makan berdua je dengan suami saya. Sebab laksa tu banyak, saya bagi jiran-jiran saya sikit. Bagi diorang merasa...:)




Nila laksa untuk dihidangkan buat suami saya....Selamat menjamu selera sayang...:)


Nak buat laksa ni takla susah sangat. Mey saya share dengan korang ek...:)

Bahan-bahannya:

Bahan A(Kuah Laksa)

1) Ikan Kembung
2) Ikan Sardin
3) Bunga Kantan
4) Daun Kesum
5) Bawang Besar
6) Cabai kering yang direbus
7) Asam keping
8) Garam secukup rasa

Bahan B (Laksa)
1) Laksa Basah @ Laksa Kering
2) Daun Salad
3) Timun
4) Bawang Besar
5) Cabai Besar
6) Telur Rebus
7) Pucuk Gajus (Xde pun takpe, sbb pucuk ni payah nak cari)
8) Limau kasturi


Cara Membuatnya :

Mula-mula sekali buat kuahnya dulu. Ikan kembung dan ikan sardin direbus terlebih dahulu dan kemudian ambil isi ikan lalu blender. Kemudian blender juga cabai kering yang direbus bersama bawang besar, daun kesum skit, dan bunga kantan (yang hujung tu je skit). Dah siap blender, boleh tuang dalam periuk, tambah air dan panaskan. Bila dah menggelegak, taruk asam keping beberapa keping ye...Bagi masam2 skit. Baru sodap...:) Last sekali taruk garam. Siapla kuahnya...:)

Bahan2 untuk laksa pulak, kalau laksa basah tu, rebus sekejap je. Kemudian toskan. Kalau laksa yang kering tu, kena rendam dulu, kemudian baru rebus. Amik masa lama skit ye nak tunggu dia lembut sbb tu saya lebih suka gunakan laksa basah. Lepas tu, rebus jugak telur ayam beberapa biji. Sayur2 yang saya katakan tadi, salad, timun, cabai, bawang besar, pucuk gajus, semunya dipotong kecil untuk dimakan bersama laksa....Perah skit limau kasturi. Siap...:).

Ok semua. Selamat Mencuba Resipi Laksa ni...:)




6 ulasan:

  1. rajinnye masak erni... tak penah buat laksa.. sebab macam susah je, tapi tengok resepi erni cam senang je.. tgu mood rajin datang la baru cuba ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erni takla rajin sangat Bunga tapi sesekali teringin, erni tryla...Bunga bolehla cuba masak nanti. Bunga mesti lagi terror masak....:)

      Bunga, kenapa erni tak boleh bukak blog bunga ek? Teringin nak tengok, tak boleh tengok pun.....Hmmm...:)

      Padam
    2. eh tak boleh buka ke? kenapa erk? tak tau la plak.. biasa boleh je. 1st time orang komen tak leh buka ni... http://lieroseqiemi.blogspot.com...

      mmg tak leh buka ke?

      Padam
    3. Bunga, erni dah boleh buka dah bunga...hehehhee...baru boleh taw bunga. baru la boleh bace apa bunga tulis....:)

      Padam
  2. Balasan
    1. Sedappp...kalau nak rasa, meyla datang jalan ke rumah erni...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)