Rabu, 22 Februari 2012

KETAM MASAK AIR

Lately ni aku memangla sangat malas memasak. Kerana kemalasan itu, maka aku hanya menyediakan menu yang sangat ringkas dan senang untuk dimasak tapi sangatla menyelerakan. Menunya adalah Ketam Masak Air...Sebenarnya aku tak tahu apa nama yang sesuai so aku hentam je nama menu ni. Hehehhe....


Ketam Masak Air

Bahan-bahan
Ketam 2 ekor (sebab untuk aku dan suami je)
Air (yang disuling bersih ye sebab aku jarang guna air paip terus - was-was sbb rasa macam ada banyak klorin je..Risau)
Serai sebatang
Bawang merah 2 ulas (dihiris kecil)
Halia (ketuk)
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
Bersihkan ketam, buang yang tajam2 tepi lengan ketam (kalau nak buang) tapi aku tak buang pun, malas...:) and buang tempurung ketam or kulit ketam yang keras tu(suka hati aku je.hehe....). Didihkan air dulu dalam periuk or kuali pun boleh, kemudian masukkan serai, bawang merah yang dihiris halus, dan halia. Bila dah menggelegak, masukkan ketam. Tak perlu lama sangat sbb ketam ni cepat masak. Agak2 ketam dah masak, masukkan garam secukup rasa. Kalau nak sedap skit, taruk gula skit je....Siap untuk dihidangkan dan makan dengan nasi panas2.Sodap.... :)


Ni la masak ketam air. Nampak sedap tak? hihi...:)

So itu jela antara menu kegemaran aku yang simple dan sangat menyelerakan aku. Suami aku tak minat sangat so untung sebab selalunya aku akan habiskan sekor setengah ketam. Sbb yang setengah lagi tu bahagian suami aku yang punya.hehehe...:)





4 ulasan:

  1. tukar la erni.. "singgang ketam" hehe sedap sket bunyinya.. cam ada kelas. ketam kan makanan ada kelasssss ;)

    haish bila nak kurus ni erni.. asik2 kn habiskan yg suami erni x mkn je.. tp ketam masak air ni x de kalori erni... =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zue...bagusla zue bagi nama tu. Memang betol..ada kelasssss skit nama singgang ketam ni. hehehhe..... tula zue, ntah bile erni nak kurus asyik erni je yang habiskan makanan dia... hmm....

      Padam
  2. laki aku suka ketam goreng ..ketam aku tak suka ...tak sedap kan kan ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erni ni manja, ape2 je yang berkaitan ngan ketam ni semuanya erni suka. Sedapla manja..kenapa manja tak suka? rugila...

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)