Khamis, 23 Februari 2012

HIJRAH MARSHANDA

Aku terbaca berita kat Harian Metro Online dan tertarik sangat berita ni. Hmm...Hijrah Marshanda..Best. Aku suka dia ni, sangatlah comel. Paling aku minat masa dia berlakon dalam cerita Solehah dengan Baim Wong. Comelnya dia. Ni dia pakai tudung lak..Lagila comel....:). Ni aku petik dari Harian Metro Online... :)

Comelkan Marshanda ni...Cutenya senyuman dia tu. Memang boleh memukau...:)

Marshanda bukanlah nama asing bagi dunia hiburan seberang, malah selebriti ini juga amat dikenali penggemar sinetron di Malaysia.

Dilahirkan di Jakarta, bintang muda ini telah memulakan kerjayanya pada 1997 apabila terpilih membintangi iklan komersial semasa menemani ibu saudaranya juga model terkenal,Chintya Rustam menjalani penggambaran.

Menurut Marshanda, setelah berkecimpung dalam bidang komersial, secara tidak langsung dia juga diberi peluang mencuba bidang lakonan.

Ternyata, bakat lakonannya berhasil apabila sinetron pertamanya, Bidadariku mengangkat nama dan karier seninya untuk terus berkembang di seberang.

“Dalam sinetron ini saya membawa watak sebagai Lala. Saya juga turut digandingkan bersama pelakon Nia Ramadhani, Ayu Azhari, Mecelino Lefrandt dan ramai lagi.

“Ini adalah antara pengalaman berharga buat saya ketika baru menceburkan diri dalam dunia lakonan dan sehingga kini saya akan melakukan yang terbaik supaya dapat memberi kepuasan kepada penonton dengan lakonan saya,” katanya.

Namanya semakin bersinar apabila lakonannya menerusi beberapa sinetron seperti Putri Yang Terbuang, Aqso Dan Madina dan Benci Bilang Cinta mendapat tempat di hati penggemar sinetron di Malaysia.

“Saya tidak sangka diterima oleh penonton dari Malaysia, saya anggap ini adalah bonus buat saya dan akan terus berusaha supaya tidak menghampakan peminat di sini,” katanya.

Hijab tak halang karier

Pada suatu ketika dahulu, penyanyi dan pelakon yang lebih mesra dipanggil Caca ini sering kali dikaitkan dengan imej seksinya yang sentiasa menjadi perbualan hangat pelbagai pihak.

Berbeza dengan imej sebelumnya, kini Marshanda tampil lebih sopan dan ayu apabila membuat keputusan bertudung, Julai lalu.

Menurut pelakon jelita ini, keputusan­ itu datang daripada dirinya sendiri setelah menyedari ia adalah tuntutan sebagai wanita Muslim.

“Alhamdulillah, walaupun saya sudah bertudung, tuah dalam bidang lakonan sentiasa menyebelahi saya apabila sentiasa­ mendapat tawaran daripada pengarah dan penerbit sinetron.
“Selagi watak dan peranan yang diberikan dalam drama sinetron bersesuaian dengan imej bertudung, saya akan terima,” katanya.

Terbaru, pelakon jelita ini membintangi drama sinetron Dari Sujud Ke Sujud, yang disiarkan di saluran Astro IndoPek, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang. Diarahkan Chaerul Umam, sinetron ini turut dibintangi Dude Harlino, Asmirandah dan Meyda.

Selain lakonan, Marshanda juga berbakat dalam seni suara. Menurut artis berbintang Leo ini, dia mula terlibat dengan nyanyian­ sejak kecil lagi, yakni sebelum bergelar pelakon.

“Semasa kecil, saya amat gemarkan nyanyian Christina Aguilera, Britney Spears dan M2M sekali gus berhasrat untuk menjadi penyanyi seperti mereka. Disebabkan minat yang mendalam terhadap nyanyian, saya mula mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi bakat yang ada,” katanya.

Jelas Masrhanda, impiannya menjadi penyanyi tercapai apabila komposer lagu kanak-kanak, Papa T Bob, berminat dengan bakatnya. Selesa bergelar penyanyi, terbaru, Marshanda tampil dengan single Beri Aku Cinta hasil ciptaan pemuzik, Bebi Romeo.

“Lagu ini memerlukan penghayatan mendalam dan saya bersyukur tidak mengambil masa yang lama untuk melakukannya.

“Beri Aku Cinta sedikit sebanyak menceritakan tentang bagaimana mahu menjaga perhubungan untuk terus berkekalan­ yang disesuaikan dengan kehidupan sebenar saya,” katanya.

Tunggu masa sesuai timang anak

Walaupun sibuk dengan karier seninya, Marshanda tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Melangsungkan pernikahan­nya pada April tahun lalu bersama pasangan pilihannya, Ben Kasyafani, yang juga seorang pelakon dan pengacara, Marshanda akui kehidupannya kini semakin bahagia dan teringin menimang cahaya mata.

Namun buat masa ini, dia tidak mahu terburu-buru, memandangkan masing-masing sibuk dengan karier.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)