Rabu, 22 Februari 2012

JOM MAKAN DURIAN!

Hi guys...aku nak cerita pasal durian pulak kali ni. Raja buah...dan sebenarnya, buah durian ini adalah buah kegemaranku. Memangla aku suka sangat makan buah durian.

 
Aku tak tahu durian jenis apa ni tapi isinya warna kuning tu seriousla sangat sedap...nyam nyam, menjilat jari


 
Pada aku, kalau orang tak suka makan buah durian ni macam satu kerugian pulak. So kat Perak ni memangla banyak buah durian. Kalau kat tempat lain dah abis, kat sini masih ada lagi skit-skit.


 
Aku memang pantang.........pantang kalau jumpa orang jual buah durian tepi jalan, aku mesti nak beli. Sedap....Meyh kita layan buah durian yang aku beli ni...:) Layan gambar je ye sbb aku dah abis makan. hihi....:)

Beli idak le banyak beno, 4 biji je.

Ater, nak makannya pun berdua je. Tu pun, aku sorang je banyak makan sbb suami aku tak suke sangat buah durian. Untung aku kan sbb apa yang aku suka, banyak yang suami aku tak suka...best...!! So aku layan sorang-sorang..


 

Ni buah durian yang isinya berwarna putih.

Kalau tengok isi wane putih ni macam tak menarik je kan tapi jangan salah sangka.. Putih bukan sebarang putih. Putih boleh buat air liur meleleh leleh. hehehehe... Teringat aku masa aku bercuti ke Cameron Highlands dengan suami aku, ada orang putih tu teringin nak makan durian tapi dia taknak yang isi kuning dan dia nak yang isi putih sebab katanya yang putih ni takde bau sangat. Hehe...lucu lak aku rasa. Yelah , orang putih ni kan memang tak tahan bau durian ni kan. hihi...:)


Ni takde kije...:)

Bila dah habis makan, mulala idea merapu datang.. hahaha...aku kadang2 tu suka ukir2 kat biji buah durian ni. Tapi nak share ngan korang ni, kalau nak semai biji tu, jangan rosakkan biji tu ye sbb nanti kalau tumbuh pokok durian tu, buahnya tak berapa cantik. Kata orang tua dolu-dolu la. Aku tak kata taw. Wallahu'alam. Aku pun tak tahu. Sbb aku pun tak penah tanam. hehe...:) Lagipun kat mana la aku nak tanam kan? Ok tu je serba sedikit tentang durian.. :)




2 ulasan:

  1. durian musang king sedap.. isi kuning.. mkn beberapa ulas je dah puas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula zue..erni tak berapa tahu sangat jenis2 buah durian ni. Tahu makan je. Kalau yang mana sedap tuh, yang tula yang erni suka.Heheheh....:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)