Jumaat, 10 Februari 2012

KELLIE'S CASTLE

Hmm...sape pernah pegi Kellie's Castle?? Yeaayyy...aku penah pegi Kellie's Castle ni. Lama jugak dah la tapi aku baru nak masukkan gambar2 ni dalam blog aku ni.. Meyh kita layan gambar-gambar di Kellies' Castle ye kawan-kawan... Terus terang aku cakap, aku memang sangat la suke pegi kellie's Castle ni. Hmmm...Apa yang menarik di Kellie's Castle. Jom kita tengok...:)

Aku dengan suami aku kat tengah2 Istana Kellie. Masa aku datang ni, aku ngan laki aku je yang ada kat sini. Ramai cakap tempat ni ada 'something' tapi berani jugak aku masuk sini. Aku yang beria-ia ajak suamiku datang sini.


Kemana pun anda pegi, jangan lupa bunga kebangsaan kita iaitu Bunga Raya. hehehe...kebetulan je bunga tu ada kat situ, pandai pulak suami aku snap gambar tu dan kabur2kan gambar aku kat belakang tu. Guna kamera murah je yang Canon punye tu. hmm....


Ni gambar kitorang kat level bawah ni. Kat bawah ni tak seram sangat tapi lebih seram kalau masuk yang kat bawah tanah tu. Dulu mmg boleh masuk tapi skg ni dah tak boleh dah. Dah ditutup kepada umum sbb dengar katanya , tempat dia agak bahaya. Maklumlah laluan bawah tanah kan.


Aku bergambar ala-ala gadis melayu terakhir...Ceiiyyyy.... ni kat tingkap Kellie's Castle ni. Aku minat pulak tengok bata2 istana ni yang pada aku sangat unik dan lagi satu mmg tahan lama la... sbb sampai skg pun masih kukuh.


Tengah-tengah Istana Kellie....:). Istana ni dibina pada tahun 1915 tapi tergendala pada tahun 1926 kerana kematian William Kellie Smith


Sempat juga aku berposing kat tengah2 Istana ni ....Aku suka sangat dengan design bangunan ni... Kat sini juga dikatakan, bangunan pertama yang ada lif dan dikatakan kalau lif siap, kemungkinan lif di Istana Kellie ni akan menjadi lif yang pertama sekali di Malaysia or Asia Tenggara (tak ingat). Aku ingat2 lupa yang aku bace kat situ tempoh hari tapi lebih kurang camtu la...:)


Masa nak balik ni, aku suruh laki aku amik gambar aku sekeping lagi kat deret2 batu di tingkat bawah ni..Unik dan menarik kan tempat ni?

Yang belakang sekali di Istana Kellie ni dikatakan kalau siap nak dibuat bahagian dapur. Kira besarla jugak dapur ni..:)


Kat sini banyak sangat bunga ni. Bunga loceng kalau tak salah aku org panggil bunga ni. sbb terlalu banyak, aku nampak cam cantikla pulak so aku pun teringinla nak bergambar kat sini...:)hehehe...layan si bunga kuning.


Ni snap pic ni masa nak balik dah. Dari jauh nampak tertulis Kellie's Castle...Aku macam nak datang lagi je nanti...Hmm...


Ni kami bergambar di level 2 istana ni. Ala-ala romantikla pulak...xde sape amik gmbr ni. Set sendiri je dengan kamera murah kami tu. hihi....kalau tak salah aku, dengar kata ada orang yang penah nampak kelibat William Kellie Smith di hujung balkoni ni. Ntahla kan sbb aku tak pernah nampak la pulak kan...:)...Eeeeee....janganlah nampak. Mau aku ngan laki aku lari tak cukup tanah kot. hehehe......


Ni aku dekat bilik kalau tak salah. Kalau siap bangunan ni, ini merupakan salah satu bilik anak2 William Kellie Smith..:)


Di tingkap lagi...hehehehe


Ahaaa.... ni suami aku bergambar dekat tempat paling atas di Istana Kellie ni. Aku gayat jugak tengok bawah. Sebenarnya struktur terbengkalai kan, jadi agak bahaya kalau bawak kanak2 ke sini.. Risau main tepi2 tu, kalau jatuh, Innalillahiwainnailaihirojiun laaa...tak pun patah kaki tangan...ngeri untuk membayangkannya. Huhu...


Antara tangga yang ada di Istana Kellie ni. Tangganya yang berpusing macam tu memang unik. Sebenarnya boleh tengok lagi tangga macam ni di Menara Condong Teluk Intan. Pening dibuatnya naik tangga ni. Makin ke atas, makin menyempit ye. Dah la aku ni gemuk jugak. hmmm...takpe, selamat jugak naik atas sbnrnya...:)


Ni la yang dikatakan antara bahagian dapur istana ni... :) Unik....:)

Ada jugak dikatakan yang William Kellie Smith ni seorang lelaki atau majikan yang baik kepada pekerja-pekerjanya. Pekerja-pekerja ladang Kellie ni kebanyakannya adalah pekerja yang beragama Hindu dan betapa prihatinnya Kellie, dia create satu kuil Hindu berhampiran dengan istananya.

Kalau tak salah jugak, yang aku baca pada frame2 sejarah di sekitar Kellie's Castle ni, William Kellie Smith sebenarnya berasal dari Scotland.

Ok, itu aje serba sedikit tentang Kellie's Castle. Sape yang datang Perak dan tak melawat Kelli's Castle ni agak rugi sebenarnya sbb tempat ni sangat la menarik terutama yang suka sangat tengok bangunan2 lama cam aku ni dan kalau korang nak tau lagi, drama bersiri NILAPURA tu banyak shooting di sekitar Kellie's Castle ni la....Mula tu aku tak perasan tapi suami aku yang perasan dan diala cite. Aku tak berapa minat sangat citer NILAPURA ni..Biasa2 je..Sekali sekala layan. Tapi rasanya dah habis kot citer tu...:)

4 ulasan:

  1. Nilapura? zue pon x layan..hehe

    cantik n unik tmpt ni erni tp xpernah dgr plak sebelum ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samala kita zue...erni pun tak layan...tak minat citer nilapura ni. kalau siri aksi ni, erni layan citer Juvana je dulu. hihi...:)

      zue, tempat ni mmg unik pun. sejarah la kat perak ni. kalau zue datang perak, bolehla jalan2 tengok sini...dia dekat batu gajah, dekat jugakla kalau nak ke pasir salak...:)

      Padam
    2. InsyaAllah, kalau erni ada masa...k rajin ye tulis blog...suke erni bace..:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)