Powered By Blogger

Khamis, 8 Mac 2012

PERHIMPUNAN PERKHIDMATAN AWAM DI PICC

Punyala excited nye aku dan kawan-kawan opis aku dengar apa yang Perdana Menteri ucap hari ni. Apa-apa pun, keputusan tu tetap menggembirakan juga dan aku sangat bersyukur pada Allah. Antara pengumuman yang diumumkan PM pagi ni adalah:

1)   SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari 2012 DIBATALKAN. SSM akan ditambah baik (Pada aku okla juga sebab at least junior aku takla sama gaji dengan aku. Heheh...)

2)   Suruhanjaya Khas akan ditubuhkan  dan sebarang  cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Khas ini akan dipertimbangkan berdasarkan kewangan kerajaan.

3)    Pelarasan gaji adalah berdasarkan Jadual Gaji Mendatar (JGM) iaitu kenaikan sebanyak :

  • 13% - Gred 1 hingga 54
  • 9% - Gred Utama A, B, C
  • 8% - Turus III dan II
  • 7% - Turus I / KSN
4)   Kenaikan gaji tahunan (KGT)  bagi Gred 1 hingga 54 adalah RM80 hingga RM320

5)   Kadar bantuan sara hidup (COLA), RM300 kekal, bagi COLA di kawasan B yang RM200 dinaikkan ke RM250 dan COLA di Kawasan C yang RM100 dapat sebelum ni dinaikkan RM150 (aku la tu - Alhamdulillah)

Ada lagi, tapi tu je la antaranya. Aku tulis yang ada kaitan dengan aku je. Yang lain ada lagi untuk cikgu dan org2 yang keje di Pedalaman ni. Kebanyakan elaun2 yang diterima dikekalkan.

Last sekali keluar slogan kat TV "Menuju Masa Depan Cemerlang"....:)



      

SETEM UPIN DAN IPIN

Comelkan setem Upin dan Ipin ni? Saya suka, saya suka...!!

Jumaat, 2 Mac 2012

SEMBAHYANG ITU TIANG AGAMA

Artikel ini dipetik dari Akhbar Metro (An-Nur) yang bertarikh 10 Mei 2009(Ahad) Untuk Renungan Bersama dan diambil iktibar supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.............:)


Dalam ajaran Islam, solat adalah ibu ibadat dan jika dijaga dengan betul, akan melahirkan kebaikan.  Sebagai satu daripada Rukun Islam, ia juga tiang seri kepada agama. Jika roboh ia, robohlah agama kita.

Sabda Rasulullah SAW: "Sembahyang itu tiang agama.  Barang siapa mendirikan sembahyang bererti mendirikan agama dan barang siapa meninggalkan sembahyang bererti dia meruntuhkan agamanya."

Seluruh amalan individu yang meninggalkan ibadat utama itu akan tertolak dan di akhirat nanti, perkara pertama ditanya ialah solat manakala ibadat lain seperti jihad, puasa, zakat dan haji diperiksa kemudian.

Diwajibkan solat 5 waktu bagi mengingatkan manusia kepada Pencipta.  Tanpa peringatan, manusia tidak segan silu melakukan kemungkaran serta keganasan.

Firman Allah SWT: "Dan dirinkanlah sembahyang kerana sesungguhnya sembahyang itu mencegah kemungkaran."(Al-Ankabut : 45)

Dalam masa sama, solat mampu membantu kita melawan sikap yang merosakkan kehidupan seperti bongkak, fitnah, dengki dan pelbagai lagi.

Seseorang yang solatnya gagal mencetuskan rasa kehambaan dalam hatinya, mustahil mampu menjadi insan bersifat kehambaan. Akibatnya mereka termasuk dalam golongan yang mempunyai sikap 'mazmumah' seperti gila kuasa, mengadu domba dan banyak lagi.

Sebagai tiang seri agama, dan ibu segala ibadat, solat dengan sendiri diperakui sebagai satu ibadat agung.  Ia semakin terserlah apabila Allah SWT menyampaikan perintah solat lima waktu kepada Rasulullah SAW di tempat tertinggi dan mulia iaitu 'Arasy', dan bukan daripada malaikat Jibril AS yang biasanya menjadi perantara menyampaikan wahyu kepada baginda.

Hanya perintah solat diterima baginda secara berdepan dengan Allah SWT, manakala perintah lain diterima di bumi melalui wahyu disampaikan Jibril AS

Ternyata kedudukan solat sebagai ibadat teragung dinyatakan dengan tegas oleh Rasulullah SAW yang mengingatkan, sesiapa yang meninggalkannya boleh jatuh kafir. Ia menunjukkan betapa beratnya perintah bersolat kepada umat Islam.

Sabda Nabi Muhammad SAW: " Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka kafirlah ia dengan nyata." 
 Satu lagi sabda baginda; " Perbezaan antara orang mukmin dan kafir adalah meninggalkan sembahyang."

Seluruh jiwa raga dilakukan bersama ketika kita mengerjakan solat, tubuh kita termasuk tangan dan kaki perlu bergerak, lidah melafaz bacaan, akal memahami bacaan manakala hati menjiwai apa yang difahami.

Semoga apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua.. InsyaAllah, dengan izinNya jua.



BILA TELINGA BERDENGUNG, BERSIN, DAN MENGUAP

Saya kongsikan satu email yang saya terima dari seorang kawan di opis  lama... Semoga bermanfaat buat semua ya...:)


Bacaan bila telinga berdengung

Rasulullah s.a.w bersabda, ”Apabila berdengung telinga seorang kamu, maka hendaklah ia mengingati Allah dan berselawat kepadaKu. Setelah itu hendaklah ia ucapkan pula: “Dzakarallahu man dzakaranii bi khair” (Allah akan mengingati seseorang yang mengingati Rasul secara baik) [Hadith Riwayat Ibnu Sunny]

Bacaan ketika bersin

Selepas bersin hendaklah mengucapkan “alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah”(semoga Allah merahmati kamu) sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu, serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.(Semoga allah rahmati kita semua dan diberi hidayah olehnya)

Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema.

Islam suka bersin, tak suka menguap
Bersin adalah cetusan dari kecergasan akal manakala menguap adalah cetusan dari kemalasan.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. ” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya

Adab ketika menguap

.”Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Hadith Riwayat Imam Muslim.

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi
 

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 6)

Ok kawan-kawan, ni siri 6 dan siri yang terakhir bagi cerita Percutianku di Tasik Kenyir. Jom layan....:)


Keesokan pagi, bangun nak kena fikir menu apa lak yang aku nak kena masak pagi ni. Hmmm....so dapat idea...Nasi goreng antaranya sbb lebih nasi smlm tu kan. Goreng ala kadar jela ye...janji boleh mengenyangkan perut. Orang kata apa? Jangan banyak songeh. heheheh....


Sarapan hari terakhir kitorang kat sini. Bezanya cuma ada nasi goreng je skit. Yang lain sama je macam semalam...:)


Lepas sarapan, kitorang jalan2 jap kat sekitar Pulau Sah Kecil, amik2 gambar dan seterusnya bersiap2 untuk pulang. Maklumlah perjalanan nak balik ke Perak nun jauh amat lagi. Kami dah decide tak nak lagi melalui jalan yang mula2 kami tempuh untuk sampai ke sini. Ngeri sangat so kami lalu ikur Kelantan,Gerik. Memang jauh tapi rasanya ia lebih berbaloi dari melalui jalan yang bahaya gitukan. 


 ni dekat balkoni banglo Penarahan



 Depan rumah banglo sebelum turun ke jeti. Tengok beg yang banyak tu. hoho...



 Ni pondok kat tangga nak turun ke jeti



di jeti rekreasi air. Tengah tunggu bot sampai ni...:)



Seperti datang, perjalanan pulang pun memerlukan kami untuk naik bot yang sama dan kembali ke jeti. Lebih kurang 20 minit gitu, sampailah kami ke jeti. So, masuk2 barang dalam kereta dan lepas tu terus bergerak pulang...:)




 Suamiku menikmati udara dan pemandangan sebelum meninggalkan Tasik Kenyir



Alamak...Tudung bawal dah tak seindah rupa.hehehe....




Dah sampai dah kat jeti Tasik Kenyir



 Bergambar jap kat papan peta Tasik Kenyir ni




Tunggu kereta suami aku ni...Bye bye Tasik Kenyir


Dalam perjalanan tu  sempatla aku borong keropok lekor bagai. hehehe...Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki. Kalau balik ikut jalan yang aku datang tu, memang tak merasa la aku nak beli kopok lekor ni. Dahla aku hantu kopok lekor. Sedapnya.....Hmm....



Cantik kan masjid ni especially kat kubah tu?



Dalam perjalanan balik, singgah dulu di Bukit Bunga dan tengokla apa yang aku tengah makan tu? hehehehe...buah durian. Sedapnye...nyam nyam...



Ni aku tak tahu nak kata dekat mana. Kira kawasan tinggi jugak di sini dan sejuk sangat. Dah macam ala-ala di Cameron Highlands. Dah masuk kawasan Negeri Kelantan ni. Banyak jugak kereta berhenti kat sini.


 
Aku sampai Kampar dah malam...Esoknya aku bertolak balik ke Tanjong Malim. Percutian yang sangat meletihkan tapi jujur, aku menikmatinya. Memang BEST la TASIK KENYIR ni. Tapi untuk aku datang balik kali kedua, aku kurang pasti. Mungkin atau tidak..Wallahu'alam...:)


Panjang betol aku bercerita tentang Tasik Kenyir kali ni...Hmmmm..........Sape yang nak try pegi Tasik Kenyir, bolehla pegi. Tapi..................sangatla jauh kalau dari tempat akula, sangat tidak sesuai bawa kanak2, macam agak bahaya.Ok, itu saje untuk kali ni...:)





BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 5)

Aku sambung lagi untuk siri yang seterusnya iaitu siri yang ke 5 tentang percutian aku ke Tasik Kenyir ni...:)


 Dah sampai kat challet kami, apa lagi, aku dengan adik ipar aku beroperasi kat dapur. Sonok jugak masak2 gini. Sangat mencabar sbb masak dengan tak cukup bahannya, faham2 jela ye. Nasib ada kedai runcit yang bukaannya dalam 10x10 kaki je tu, dapatlah beli garam. Kalau tak, sardin aku masak, tawar hebior....hadooiiii...pening.




So, menu lunch kitorang untuk hari tu cumalah sekadar nasi putih dan sardin. Tapi sedap jugak...licinn....sehingga menjilat jari.


Petang tu, kitorang menikmati keindahan hutan. Syok jugak. Nyaman..sedut udara yang bersih dan menyegarkan. Aku baru first time kan sampai sini, brother yang jaga challet tu memang ada kata yang kami boleh pegi tempat ikan kelah banyak tu tapi kena bayar skitla untuk naik bot. Sorang kena bayar berapa ntah ... Aku lupa. Dalam RM30 ke untuk sampai ke tempat ikan kelah yang banyak gile tu, yang kita boleh main2 dengan dia.


Tapi.................. aku tak pegi. Terasalah sangat rugi sebab aku tak pegi masa tu. Nyesal pulak. eeee...nyesalnya. Kalau nak pegi lagi, rasanya macam tak la kot sbb jauh gile...Ngeri memikirkannya. Dan kerana pada aku bayarannya agak mahal, so kami dahla 4 orang, banyak jugak pakai duit dengan nak travel balik lagi nanti, so terpaksalah aku berjimat cermat.


Untuk mengisi masa yang lapang pada petang tu, abang tu ada bagi cadangan untuk kami mandi air terjun. Katanya betapa bersihnya air dari gunung tu, memang kita boleh minum terus. Hmmm...menarik ye...So aku pun setuju. Kebetulan bayarannya pun cumalah RM5. Hehehe...Kalau Rm5, aku idakle keberatan untuk sponsor kan. 4 orang baru je RM20. So kitorang layan air terjun. Sekali lagi, kami naik bot. Kira-kira 15 minit macam tu, sampailah kami ke Air Terjun Saok. Nak mandi tempat best, kena naik lagi anak2 tangga yang disediakan. Letihnya.....Hmm....Cantik tempatnya tapi jujur aku seramla skit sebab dalam hutan kan. Aku tak lepaskan peluang untuk mandi manda dan merasai air yang segar dari gunung ni. BEST.....:)



Naik bot lagi untuk pegi ke Air Terjun Saok




Atas bot, nak dekat sampai dah ni. Pakai baju untuk mandi air terjun siap2...:)




Yeayyyyy............dah sampai dah ke destinasi yang dituju. Jom kita mandi manda...Sebelum tu daki anak tangga dulu



Ni air terjun. Aku tak banyak amik gambo kat air terjun ni sebab teruja sangat nak mandi kan...:)




Sejuk gile air terjun ni. Rasa sampai ke tulang2 aku nih...



Dah puas mandi manda, aku try nak call brother yang hantar kitorang naik bot tu, tapi coverage memang hampehla. Aku rasa nak nangis dah. Buatnya abang tu tak datang amik, matilah aku nak kena bermalam kat dalam hutan ni. Serius aku takut. Puas kami berdoa pada Allah agar permudahkan jalan bagi kami. Tetiba, aku turun kat bawah skit dekat jeti Air Terjun Saok tu, adalah satu bar. Aku pun terus sms Brother tu dan lama jugakla dia baru datang amik kami. Boleh jadi  sms tu sampai lambat kat dia.Tak kirala apa pun, yang penting dia datang amik kami. Fuh..........lega..Kalau tak, menangis air mata darahla aku dalam hutan tu. Hmm...Syukur Alhamdulillah.



Balik challet, solat, dan makan biskut2 je gitu, bancuh air kopi sedap2, tido dengan nyenyaknya sebab penat sangat.


Sampai sini je citer untuk aktiviti petang tuh. Nanti episod seterusnya akan kuceritakan lagi dalam siri yang seterusnya iaitu siri yang ke 6. Ok, jumpa lagi nanti....:)

Khamis, 1 Mac 2012

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 4)

Now, sambungan untuk siri yang ke 4......Layan cerita untuk aktiviti seterusnya. Semoga terhibur...:)


 
Aktiviti lain masa  di Tasik Kenyir ni adalah berkaraoke...Tapi janganla over2 sangat dalam hutan ni ye. Bahaya...so nyanyi pun ala2 kadar saje. hehehe....tapi syok, nyanyi free. Cuma atas ihsan kitorang, aku bagilah duit kat abang tu skit sebab dah susah payah teman kitorang nyanyi kan? heheheh...bagi Rm10 je pun sbb kami nyanyi banyak lagu jugak. Kalau nyanyi kat Pusat Karaoke, mau dah berpuluh tu sebab satu lagu kan RM1. Ni kami nyanyi lebih 15 lagu rasanya...:)



Hubby aku yang suke sangat nyanyi karaoke..Tapi okla sebab suaranya sedap kalau nak dibandingkan dengan suara aku ni kan. Hehehe....Aku paling suka kalau laki aku nyanyi lagu "DARI SINAR MATA"


Banyak lagi aktiviti lain yang boleh buat, antaranya dah tentulah memancing. Abang ipar aku memang sangat minat memancing tapi aku idakle pulak minat sangat memancing ni. So malam pertama tu, suami aku pegi memancing dengan abang ipar aku. Susah skit nak dapat ikan kat pulau yang kami duduk tu sebab kata abang tu, tak banyak sangat. Ada satu pulau lain yang ada banyak ikan dan aku lupa dah apa nama pulaunya. Sorry ek..:) Gambo masa memancing takdela pulak sebab memang aku tak ikut diorang kan...:)


Lepas habis memancing, tengok TV dan tido jela..apa nak buat lagikan. Malam tu aku tak boleh tido la pulak. Maklumlah tempat baru bagi aku. Lupa nak bagitahu, banglo yang aku duduk ni lengkap ye. Dengan kerusi sofanya, meja makan, set TV, radio, dapur (fully kitchen cabinet), peti sejuk, bilik ada 2 je. Bilik ada aircond. so okla kan. Serious memang bestla banglo tu. Macam umah banglo dolu-dolu yang dibuat daripada kayu berkualiti mahal dan terletak dalam utan pulak. Memang kenala... heheheh....


Dah pueh tido, esok paginya, kami bangun dan bersarapan macam biasa. Cuba tengok apa yang kami makan untuk sarapan pagi tu? amacam ok tak?  Yang canggih2 skit tu aku bawak dari rumah ok. kalau harap kat sana, aku minum air jela dengan nasi putih kosong. huh....rugi tak beli ayam ke udang ke hape ke, boleh jugak masak kat umah banglo ni. Best...:) Kat sini boleh kalau nak masak-masak, nak buat BBQ pun boleh...:)



 Antara menu sarapan pagi yang sempat aku siapkan...Okla, boleh alas perut...:)



Lepas sarapan pagi, kami teruskan dengan aktiviti yang agak menarik iaitu jungle trekking. Aku tak boleh katakan yang aku tak suka aktiviti lasak sbb aku sebenarnya suka jugak. Hehehe....:) Teringat masa camping zaman2 sekolah dulu di Pulau Langkawi. Best tu. Masa tu aku baru Form 2 taw. 5 hari 4 malam. Lama jugak kan... Macam2 aktiviti. Jungle trekking, rock climbing, abseilling, flying fox, rafting...huhu..macam2 lagila. Best. Aku minat jugakla. So bila ada aktiviti jungle trekking tu memangla aku sangat best. Siap berpakaian lengkap dengan kasut dan beg yang berisi air untuk trekking ni ok...



Memulakan perjalanan ke Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir



Ni kat atas jambatan untuk melintasi tasik. Bergambar kejap.




Tengok pokok kaktus belakang tu...cantik kan?




One word...BEST!!!


Kami pun mulakan perjalanan. Perghh...penat jugak. peluh meleleh2 la kot. Maklumla, stamina kureng kan. Hehehe...:) Kami lalu jambatan dari Pulau Sah Kecil nak ke Pulau Sah Besar. Di sini ditanam macam2 pokok herba such as Misai Kucing, Kacip Fatimah, Tongkat Ali dan lain-lain yang aku pun dah tak ingat namanya. Dan bila sampai ke Pulau Sah Besar ni, kami dibawa oleh seorang pakcik ni yang memang dia keje kat sini. Katanya dia keje kat sini almost 20 years. Lama tu. huhu...dia dok Kuala Terengganu. Hari2 ulang alik, naik bot , kemudian naik keta lak. Kalau aku, idakle kot. Letih kome...


Nila pakcik yang aku kata tu. Aku betol2 lupa namanya. Dia segan skit bila aku nak amik gambonye.


Pakcik ni yang bawak kitorang jalan2 kat dalam hutan herba ni. Aku suka sangat tengok pokok2 yang menghijau. Sejuk je dok dalam hutan tu. Mmg best la. Dan yang lagi best sebab kami diberi peluang untuk menikmati air tongkat ali dan kacip fatimah segar dari ladang secara FOC. Tentulah best kan? Ingat senang nak dapatkan tongkat ali dan kacip fatimah dari dalam hutan yang asli dan fresh lagi tu.


Dan aku berpeluang memasak sendiri air tongkat ali dan kacip fatimah. Keistimewaan dan kelebihan herba2 ni memang tiada tolok bandingnya. Rasanya satu dunia dah tahu. Pakcik tu kata lagi orang putih pun selalu datang sini. Buktinya aku tengok sendiri kat Buku Pelawat yang pakcik tu sediakan.



Ni aku pujuk dia suruh tengok kamera, barulah dia tengok. Baik orgnya dan sangat peramah...:)



Daun Kacip Fatimah yang telah kering



Serpihan Pokok Tongkat Ali




Air herba tongkat ali dan kacip fatimah baru je masak 



Aku baru je lepas masak air herba tongkat ali dan kacip fatimah. Fuh, merah muka. Panehh kome..



Taraaaa...tibalah masanya untuk minum air kacip fatimah dan tongkat ali. Pakcik tu kata lagi, orang perempuan boleh minum tongkat ali tapi orang lelaki tak boleh minum kacip fatimah. Hehehe...Faham2 jelah ye....



Lepas dah minum air tongkat ali dan kacip fatimah, kami jalan2 je tengok pokok2 herba yang macam2 tu, amik gambo, sign buku pelawat (penting tu sebab bukti kami pernah sampai sini), jalan2 kat taman yang didekorasi dengan sangat cantik. Lepas dah penat2 pusing kat Pulau Sah Besar tu, kitorang pun balik ke Banglo kami sebab lepas ni nak masak untuk menikmati makan tengah hari. hehe...dalam perjalanan tu jumpa daun limau purut, cili padi, kutip. bolehla rasa pedas2 skit kan...:) memangla sangat mencabar.



Jemput minum air kacip fatimah semua. Sedap taw minum fresh2 gini...I like!



Cheers.....hehehe...Mari nikmati kesegaran air tongkat ali dan kacip fatimah


Pondok Harmoni (pondok tempat aku masak air kacip fatimah dan tongkat ali dan tempat kami minum2)


B
Sebelum keluar dari Pondok Harmoni, aku tulis dulu nama di Buku Pelawat, sign and komen skitla tentang Taman Herba ni kan...:)



Sampai sini je dulu untuk aktiviti kami bagi siri ke 4. Nanti aku sambung lagi dengan siri ke 5 pulak ye...:)