Novel ayat-ayat cinta ni adalah novel yang paling aku gemar. Hasil tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Aku sangat jatuh cinta dengan novel ni...Memang best jalan ceritanya dan filemnya pun sangat BEST!
Jumaat, 27 April 2012
PASAR MALAM TANJONG MALIM
Sesekali rasa nak jugak jalan2 ke Pasar Malam kan? Tapi aku ngan hubby ke pasar malam bukanlah nak beli apa sangat pun. Kekadang tu kami cuma cari makanan je. Macam baru-baru ni aku gi pasar malam mencari makanan je semata-mata.. Tapi best sbb aku dapat beli makanan kegemaran aku walaupun tak semua...Tapi adalah juga beberapa. hihi....:)
Aku tak pernah beli putu piring ni sebenarnya tapi dek kerana terpukau dengan kegebuannya, maka aku beli. Murah je... 3 ni cuma RM1. Saje nak try rasa. Kalau sedap ni, nanti boleh beli lagi. Tapi serius memang sedap!
Ahaaaa...nila yang aku cari2....Burung puyuh goreng kunyit. Lama dah tak makan sebab jarang ke pasar malam. So dapat jugak aku beli burung puyuh kegemaran aku dan suami ni. Memangla sedap sangat cicah dengan cili sos...:) Nyam nyam.....
Buah mangga epal dan mangga lonjong tu aku tak tahu namanya. Aku memang penggemar buah mangga...:)
Jangan terkejut sebab aku beli mangga lagi. Heheheh...tak abis-abis dengan mangga ye. Tapi mangga ni best sebab isi dalamnya kuning dan rasanya manis...Sedap!
Ni sayur yang aku dan suami aku suka iaitu Kailan. Best kalau buat kailan ikan masin atau masak kailan belacan. Taruk udang skit. Memang superb!!
Buah tembikai susu. Ni pun aku suka tapi yang manisla. Kebetulan murah sangat. Aku beli. RM2 je....Isinya sedap, manis dan menepati citarasa aku...:)
Ni lagi salah satu makanan yang wajib aku beli kalau ke pasar malam. Apa lagi kalau bukan Putu Mayam....Memang sedap hingga menjilat jari. Dulu hubby aku tak minat, skg dia pun sama naik dengan aku, suka melayan putu mayam ni...Sedap...:)
Ada lagi satu makanan yang aku beli iaitu Murtabak. Murtabak yang paling tersedap di Tanjung Malim ni tapi aku lupa amik gambo la...hehehe....Mmg best la sangat dan aku selalunya akan beli murtabak daging. Aku suka tengok suami isteri yang menjual murtabak ni. Muka diorang sentiasa tersenyum je....Pendek kata, pandai mereka melayan pelanggan dan aku selesa membeli dengan mereka.Bagus ye pakcik dan makcik...Teruskan begitu ok?...:p
Khamis, 26 April 2012
NASI KERABU
Pegi meeting PUSPANITA di Putrajaya. Aku ni teringin sangat nak sarapan di Bangi, kedai yang ada jual macam2 makanan tu tapi dek kerana kesuntukan masa, langsung aku tak sempat nak makan kat situ.Famous jugak tempat tu sbb ramai yang suka makan kat sane. Aku lupala sesangat nama kedainya.
At last, aku kirim je pada driver untuk tolong belikan pada aku...So dia pun belikanlah untuk aku dan Kak Suza.Itu pun sebab keetulan dia nak makan kat sane. Alhamdulillah. Syukran ya Brother Zahir. Jasamu dikenang. Kalau tak, kempunanlah aku nak makan nasi kerabu ni berlauk ayam yang sedap ni... huhu...
Lepas dah habis meeting around 12 pm, gerakla kitorang balik. Tapi oleh kerana hari tu adalah hari Jumaat, Penghulu segala hari, driver pun nak singgah dulu solat Jumaat, so dia tinggalkan kami di One Utama, Damansara. Dia pun pegi solat kat masjid area situ jugak...:)
Jalan-jalan kat One Utama cari pejabat pos dulu sbb Kak Suza kata nak amik duit. So aku temankan Kak Suza. Payah jugakla nak cari Pejabat Pos ni tp alhamdulillah, sebab tak malu bertanya, akhirnya jumpa jugak...:)
Lepas dah selesai urusan di Pejabat Pos, kami terus ke Food Court sebab nak makan. Tapi aku bukan nak makan makanan yang ada di Food Court tu ok sebab aku sangatlah telan air liur nak makan nasi kerabu yang Brother Zahir belikan tadi. Aku cuma beli air je kat sini dan aku makan nasi kerabu tu. Nyam nyam...Jemput makan semua.
Satu perkatan yang aku boleh cakap tentang nasi kerabu ni adalah "BEST". Memang two tumbs up...:) Sedap sangat dan tak rugi aku beli.....:)
Nasi kerabu Kak Suza punya...:)
Ni la Kak Suza dengan nasi kerabunya...:)
Nasi kerabu teman yang punye...:)
Ni teman ngan nasi kerabu teman....:)
Rabu, 25 April 2012
RINDU
Tetiba je pagi ni, perasaan rindu menerjah diriku. Keje tak banyak sangat. Actually boss aku takde sbb meeting di Putrajaya, so free la sikit. Terasa rajin nak update blog aku ni.
Aku tetiba rasa rindu kat sorang kawan baik aku ni...Mazniza Binti Muhammad namanya....Rindu sangat ngan dia. Apa khabar ko skg ni ye Maz? Bile kita boleh jumpa ni. InsyaAllah, aku nak sangat ke Penang jumpa ko bebila nanti. Tunggu aku taw, nanti aku datang kalau ada masa terluang. InsyaAllah....
Ni la kawan baik yang aku maksudkan tu...:)
Gambar ni diambil masa Maz kawin..dah lama sangat tak jumpa. Ni la last aku jumpa dengan dia.
Sekarang ni pun Maz ni dah ada anak sorang dah pun. Dah besar pun anaknya...huhu....Bile boleh jumpa ni??
Tetiba aku teringat masa di Bainun The Queen High School dulu, kami selalu lepak belakang katil di Dorm Maz. Masa nila Maz akan selalu meluahkan segala-galanya pada aku dan terkadang kami akan menangis dan ketawa bersama-sama....
Sungguh, aku sangat merindui kamu Maz................opsss...jiwang lak aku ni. Tapi tak salahkan sekali sekala aku merindui kawan baik aku ni?
Puisi ni aku tujukan buat sahabat aku Mazniza.......:)
PESANAN BUAT TEMAN
Teman
Seiringlah denganku
Jangan di depan, jangan di belakang
Kita bersatu, kita muafakat
Jangan bercerai, pastikan pincang
Lidi sebatang dipatah mudah
Lidi segenggam tak mungkin bisa
Teman
Hidup penuh pancaroba
Jangan kau melatah
Tabahlah, sabarlah
Dugaan ini banyak likunya
Tapi ia punya hikmah
Kau pasti tersenyum kelak
Teman
Jika hari ini kau tak punya siapa
Aku masih ada
Jika hari ini kau perlu bercerita
Walau hanya omongan kosong
Aku pinjamkan telingaku buatmu
Biar aku bisa mendengar
Dan kau bisa berkata
Teman
Jika mutiara jernihmu gugur
Akanku tongkatkan dagumu di bahuku
Biar kau tenang
Biar tangismu reda
Jangan khuatir
Kau masih punya aku
Nukilan : Erni Safura Awang
Sekiah Makmur,Tanjung Malim, Perak
27 Januari 2010 @ 11:56 mlm
ALHAMDULILLAH
Kita selalu mengeluh bila apa yang kita hajati, tidak Allah tunaikan. Mulalah kita merepek-repek mengatakan bahawa Allah sudah tidak sayangkan kita, Allah tidak adil dan sebagainya. Tetapi, kita terlupa atau mungkin tidak pernah mengucapkan 'Alhamdulillah' dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.
Hari ini, muhasabahlah diri kita sendiri. Bersyukurlah kepada Allah dengan apa sahaja yang telah Allah kurniakan kepada kita. Terkadang apa yang kita mahu tidak semestinya terbaik buat kita. Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui.
Kita menangis kerana tidak berkasut tapi sedarkah kita yang di luar sana masih ramai yang tidak berkaki. Kita marah kerana hari ni mata kita kabur tapi sedarkah kita di luar sana masih ramai yang teraba-raba dalam kegelapan mencari jalan menuju kehadapan. Kita tidak mahu makan kerana makanan tidak sedap dan tidak menepati citarasa kita tapi sedarkah kita di luar sana masih ramai insan yang mengharapkan sesuap nasi bagi mengalas perut? Kita mengharapkan Allah mengurniakan kita cahaya mata yang comel tapi sedarkah kita di luar sana masih ramai yang berusaha untuk mendapatkan seorang zuriat? Kita menyesal dikurniakan pasangan hidup yang begitu dan begini tapi sedarkah kita di luar sana masih ramai yang sedang mencari-cari pasangan hidup dan ada yang sehingga mati pun tidak bertemu jodoh.
Hari ini juga kita merasakan kitalah insan malang di dunia...Apa yang orang lain ada, tidak dimiliki oleh kita...Kita sedih dan sangat kecewa lalu mengharapkan apa yang dimiliki oleh orang lain turut dimiliki oleh kita tapi kita tidak sedar terkadang apa yang kita miliki lebih bernilai daripada apa yang orang lain miliki. Jangan terlalu memandang hak milik orang lain sehingga timbul rasa cemburu yang melampau sampai kita terlupa untuk mensyukuri apa yang kita ada di depan mata.
Wahai kawan, ucapkanlah "Alhamdulillah" untuk apa yang kita miliki hari ini. Sesungguhnya setiap insan ada bahagiannya masing-masing. Rahsia Allah terlalu indah untuk diterokai. Bersyukurlah dengan ucapan "Alhamdulillah" kerana bersyukur itu merupakan satu nikmat yang tak terungkap dek kata-kata...:)
BULAN
Tengah belek-belek PC aku ni then terjumpa satu gambar ni yang hubby aku snap dulu. Gambar bulan. Tetiba aku rasa macam sangat menarik je gambar bulan ni . Subhanallah, sangat indah. Teringat pulak lagu P.Ramlee dan Lagu Amy Mastura yang ada sebut tentang bulan ni...
"Engkau laksana bulan...
Tinggi di atas kayangan....
Hatiku dah kau tawan....
Hidupku tak keruan........."
(Lirik Lagu P.Ramlee)
Jom kita layan gambar bulan...Betapa kita perlu menghargai ciptaan Allah ini. Bulan yang sangat indah dipandang mata. Aku dah tentulah salah seorang yang sangat suka tengok bulan ni...
Subhanallah....Indahnya Bulan CiptaanMu ini Ya Allah....:)
Selasa, 24 April 2012
FENOMENA AIR LAUT BERWARNA MERAH
Info yang saya dapat daripada seorang kawan...:)
Memula tengok laut merah ni, rasa seram je..Rasa macam laut ni berdarah. Tapi bila baca, barulah faham kenapa begini...:)
Masa berlakunya Red Tied/Laut Merah ni, ada satu surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah mengenai fenomena ini.
Surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah
Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.
Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.
Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.
walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.
Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.
- Nak tahu lebih lanjut berkenaan Fenomena Air Laut Merah ni, boleh baca di Wikipedia - Red tide
Credit to Sumber Rujukan: Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah | Anastasyea Blog
Langgan:
Catatan (Atom)

















