Khamis, 26 April 2012

NASI KERABU

Pegi meeting PUSPANITA di Putrajaya. Aku ni teringin sangat nak sarapan di Bangi, kedai yang ada jual macam2 makanan tu tapi dek kerana kesuntukan masa, langsung aku tak sempat nak makan kat situ.Famous jugak tempat tu sbb ramai yang suka makan kat sane. Aku lupala sesangat nama kedainya.

 At last, aku kirim je pada driver untuk tolong belikan pada aku...So dia pun belikanlah untuk aku dan Kak Suza.Itu pun sebab keetulan dia nak makan kat sane. Alhamdulillah. Syukran ya Brother Zahir. Jasamu dikenang. Kalau tak, kempunanlah aku nak makan nasi kerabu ni berlauk ayam yang sedap ni... huhu...

Lepas dah habis meeting around 12 pm, gerakla kitorang balik. Tapi oleh kerana hari tu adalah hari Jumaat, Penghulu segala hari, driver pun nak singgah dulu solat Jumaat, so dia tinggalkan kami di One Utama, Damansara. Dia pun pegi solat kat masjid area situ  jugak...:)

Jalan-jalan kat One Utama cari pejabat pos dulu sbb Kak Suza kata nak amik duit. So aku temankan Kak Suza. Payah jugakla nak cari Pejabat Pos ni tp alhamdulillah, sebab tak malu bertanya, akhirnya jumpa jugak...:)

Lepas dah selesai urusan di Pejabat Pos, kami terus ke Food Court sebab nak makan. Tapi aku bukan nak makan makanan yang ada di Food Court tu ok sebab aku sangatlah telan air liur nak makan nasi kerabu yang Brother Zahir belikan tadi. Aku cuma beli air je kat sini dan aku makan nasi kerabu tu. Nyam nyam...Jemput makan semua.

Satu perkatan yang aku boleh cakap tentang nasi kerabu ni adalah "BEST". Memang two tumbs up...:) Sedap sangat dan tak rugi aku beli.....:)

 Nasi kerabu Kak Suza punya...:)


 Ni la Kak Suza dengan nasi kerabunya...:)


 Nasi kerabu teman yang punye...:)


Ni teman ngan nasi kerabu teman....:)

6 ulasan:

  1. nyum nyum.. nampak sedap... tak penah lagi jalan2 cari makan area sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga...memangla sedap. Sampai licin erni makan...hehehe...:)

      Padam
  2. zue pon mkn nasi kerabu hari ni.. sik kerabu kelantan.. superb hehe...
    mmg menarik nmpk sik kerabu erni tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya zue makan nasi kerabu. erni kat tg malim ni payah skit nak jumpa. kat pasar malam je ada....kalau kat kedai biasa mmg payah....

      Padam
  3. beli kat yatie ayam percik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pastila nama kedainya.lupa....tp mmg famous tmpt tu. org putrajaya pun sll makan kat situ. dekat dengan tepi jalan, dekat jugak dengan lampu isyarat. mmg ramai la orang...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)