Powered By Blogger

Selasa, 24 April 2012

FENOMENA AIR LAUT BERWARNA MERAH

Info yang saya dapat daripada seorang kawan...:)


Memula tengok laut merah ni, rasa seram je..Rasa macam laut ni berdarah. Tapi bila baca, barulah faham kenapa begini...:)


Masa berlakunya Red Tied/Laut Merah ni, ada satu surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah mengenai fenomena ini.



Surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah


Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.

Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan
Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.

walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.

Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.

- Nak tahu lebih lanjut berkenaan Fenomena Air Laut Merah ni, boleh baca di
Wikipedia - Red tide

Credit to Sumber Rujukan:
Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah | Anastasyea Blog


SUCCESS

Aku nak sharing apa yang Kak Ummie emailkan pada email Institut Tanah dan Ukur Negara ni. Aku memang tertarik sangat dengan gambarnye tu.. hehe...




Credit to: Kak Ummie....Thanks akak...:)

Isnin, 16 April 2012

MOTIVASI DARIPADA DATUK DR. FADZILAH KAMSAH

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.
 
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan. InsyaAllah... (Datuk Dr. Fadzilah Kamsah)
 
 
 Jadi renungilah :-
 

  • Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

  • Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'

  • Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY. 

  • Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN. 

  • Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

  • Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

  • Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
 
 
 
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
 
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
 
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
 
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 13 April 2012

MUTIARA KATA HARI INI (SIRI 6)

1)   Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran

2)   Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa

3)   Ketahuilah tidak ada jalan singkat untuk berjaya, melainkan dengan berusaha mengikut cara yang betul

4)   Orang yang berhenti tidak akan menang dan orang yang menang tidak akan berhenti

5)   Kita tidak berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal – Tun Dr. Mahathir

BILA ADA.....

Bila ada yang SAYANG, jangan lukai hatinya...
Bila ada yang CINTA, jangan kamu titiskan air matanya...
Bila ada yang MENANTI, pastikan kamu kembali...
Bila ada yang SETIA, lakukan perkara yang sama...
Bila dia PERGI, kejarilah selagi merasa dia bererti... ;)

♥ ♥ ♥


Selasa, 10 April 2012

ROTI JOHN DAN BUAH-BUAHAN

Rasa bosan plak nak makan nasi. Kebetulan aku ada beli roti, so aku buat roti john dan potong buah je istimewa untuk dimakan bersama suamiku yang tersayang...Okaykan sayang? sedap jugak kan makan cenggini je.

So inilah roti john yang aku buat untuk aku dan suamiku. Menu makan malam kami yang simple tapi mengenyangkan.

 Roti John Abang Sayang...just nice!


 Roti John Anje Sayang...Hangit skit!!


Buah-buahan untuk hidangan makan malam kami berdua...:)

Isnin, 9 April 2012

MESYUARAT AGONG PUSPANITA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

Mesyuarat, mesyuarat dan mesyuarat. huhu...aku sebenarnya malas sangat nak pegi mesyuarat ni tapi memandangkan aku ni Setiausaha PUSPANITA opis aku, maka aku kenala jugak pegi sebab Datin Pengerusi minta semua AJK untuk mewajibkan diri menghadiri ke mesyuarat ini. Maka aku kena redha.


Yang tragisnya, kitorang kena pegi ke mesyuarat ni naik bas. Yang pegi meeting memangla lebih kurang 10 orang. Tu pun idakle ramai beno kan. Kalau ikutkan naik kenderaan yang kecik skit pun takpe tapi dek kerana tiada kenderaan lain (rosak) so terpaksalah naik bas. Nak tahu tak , dalam bas tu cuma ada 5 orang sahaja.


Ini semua memandangkan ramai yang pegi naik kenderaan sendiri. Sebab ada yang lepas tu terus nak balik kampungla, nak pegi tempat lain la, maka aku tidak boleh la menghalang mereka daripada menaiki kenderaan sendiri.

Aku pun sebenarnya lepas meeting tu nak balik rumah ibu bapaku. Apa-apa pun, meeting agung ni tetap sesuatu yang membosankan. Yang tak bosan pun sbb dapat makan2 dan dapat doorgift je and lagi satu dapat jumpa kawan2. Okla kan....:) Mey layan gambar masa kami pegi meeting ni...:)

 Aku dengan AJK2 PUSPANITA INSTUN


 Yang kanan sekali tula Pengerusi PUSPANITA INSTUN


 Ni aku sebelum mula mesyuarat


 kawan-kawan AJK


Ni lagu PUSPANITA yang aku tak penah pandai2 nyanyikannya.


 Masa ni tengah nyanyi Lagu PUSPANITA la ni


 Inilah puluk kuning untuk Perasmian Sesi Bual Bicara dan Mesyuarat Agong PUSPANITA NRE kali ke 9


 Ni Dato' KSU dan Datin Pengerusi PUSPANITA tengah potong pulut kuning


 Ahaaa...setiap kali Mesyuarat Agong PUSPANITA, aku mesti jumpa kawan aku Zanariah


Dengan Zana lagi. Actually Zana ni ex classmate aku masa di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang dulu. Zana skg ni keje kat Jabatan Alam Sekitar Selangor kalau tak salah. Ingat2 lupala aku.


Ni Kak Fau dengan ex officemate di INSTUN, Kak Tun Zarina (tudung purple)



Aku dengan Kak Tun...:)


Aku dengan kawan2 tengah menikmati Bihun Sup Perut. Yummy, yummy....:)


 Nila bihun sup perutnya...Sodap...Cuma sayur dah banyak abis. Tak sempat nak amik....huhu..tragis


 Ni lak antara hidangan kuih muih. Kak Fau amik banyak, at last aku yang tapau sbb kalau tak tapau, membazir kan. Aku tak suka membazir ni...hehe


 Aku tengah menikmati bihun sup


Dah habis meeting dan nak balik dah ni. On the way nak pegi ke bas


 Yeay....ni aku dengan kawan2 AJK dengan goodies bags masing2...sukala tu dapat goodies ek...:) Datang meeting pun berbaloi la skit kan.


Ni la apa yang ada dalam goodies bag tu. Mangkuk kristal...:)