Powered By Blogger

Jumaat, 13 Jun 2014

#THROWBACK ARABIAN NIGHT

Kelab INSTUN ada buat dinner dan tema majlis makan malam ni adalah Arabian Night.... So kita layan gambar jela ek...Tak tahu nak cite apa dalam ni...:)

 Ni aku dengan Azleen, yang memenangi Queen of the night..Tahniah Lin..



 Bersama barisan pelakon melodrama Bahagian Pentadbiran dan Kewangan INSTUN.. Kami Juara okay..Best sangat!!


 Ni pulak King Of The Night..Azahar Reza..Tahniah Azhar...:)


 Ni Atierah...Pakaiannya pun cantik malam ni dan mengikut tema..Tapi takde rezeki nak dapat Queen of the night...Maybe sebab takde mahkota cam Lim..Sama macam aku..Takde mahkota..:)


 Ni aku dan en iqbal tengah bercerita dalam kami punye persembahan melodrama yang dinobatkan sebagai juara...kau adooo? heheheh...


 ni kami punye banner dinner sempena arabian nights..amacam? cantik tak?



 ni aku punya mata..al konon ala2 arab tapi sebab tabiat suka menggosok mata, akhirnya celak di bawah mata aku hilang...huhu...


 bersama dengan gang2 Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bersama hadiah kemenangan dan piala pusingan kejuaraan.



 Hadiah cabutan bertuah yang dimenangi oleh aku....dapat jugak cabutan bertuah..kira bertuah jugakla aku kan walaupun tak dapat grand prize


 Si kecik yang memenangi ratu kecil ni..sangat comel anak da'e Kak Sarina Mohd Sairi dan mohd Faizal Abu Kaslan ni...:)


 Dengan siapa lagi kalau bukan bestfriend kesayangan aku..Kak Nor Fazlina dan anak da'e dia ..si Qurratu 'Ain...:)... comel la si kecik ni... Masa ni aku belum ada Awatif lagi...Sedey....:(


ni aku bersama Dato' Haji Mohd Shafie bin Ariffin dan Datin Hajjah Zaharah binti Mohd Salleh...Dato' ni ex boss aku..Sekarang Dato' dah pindah ke JKPTG dan naik pangkat as Timbalan Ketua Pengarah. Tahniah ye Dato'...:)


Kenangan bersama Kak Pah @ Kak Saripah Ramli yang telah pun bersara ...Sayang Kak Pah..Nanti kita jumpa ek...

Itu jela serba sedikit post aku pasal Arabian Nights ni...Secara tuntasnya, dinner ni best...

Oppssss... sebelum terlupa, takkan tak post gambar aku dengan darling aku kan? heheheh....here it is... aku dan si darling aku yang aku cinta sangat tu...taraaaa.....:)

 

THROWBACK KISAH KAU, AKU DAN DIA

Assalamualaikum semua.... Lama tak buat catatan dalam blog ni, akhirnya terbuka balik pintu hati nak menulis . heheheh.... Kisah aku dan suami ni terlalu indah untuk dikenang kembali... Namun inilah istimewanya perjalanan hidup ini.....:) (Untuk makluman, catatan ini pernah keluar dalam Majalah Mingguan Wanita namun telah diedit. Nanti aku post yang catatan aku keluar Majalah Mingguan Wanita tu ye)


    Aku merupakan salah seorang penggemar Majalah Mingguan Wanita ekoran minatku yang sangat mendalam terhadap bahan bacaan ilmiah, jadi tidak salah rasanya kalau majalah ini merupakan majalah no. 1 pilihanku. Di sini aku ingin berkongsi dengan pembaca lain tentang kisah cintaku bersama suami yang sangat aku cintai.  Perkenalanku dan suami juga bermula daripada sebuah majalah yang sangat popular semasa alam persekolahanku iaitu Majalah Dewan Siswa. 
 
Aku dulu sangat gemar melanggan majalah tersebut dan aku sering berkongsi membacanya bersama kawan-kawan semasa di zaman persekolahan dahulu sehinggalah ada seorang kawanku yang mengajak aku menghantar gambar di dalam majalah tersebut.  Dialah yang terlalu beria-ia menyuruhku hantar gambar. Aku lupa tentang ruangan itu tapi pada perkiraanku, ruangannya lebih kepada mencari teman pena. Setelah menghantar gambar berukuran pasport, akhirnya pada bulan Februari 2001, gambarku telah keluar di majalah dan menjadi heboh di sekolahku. Tetapi malangnya gambar kawan kelasku tidak pula keluar di dalam majalah tersebut. 


Ekoran daripada itu, aku sering menerima surat-surat perkenalan daripada teman-teman seluruh Malaysia yang ingin menjadi sahabatku malah ada juga dari Brunei dan Singapura. Daripada beribu orang yang ingin mengenaliku, suamiku juga merupakan salah seorang daripadanya. Ibuku pernah berkata, surat-surat yang aku terima hampir setiap hari, mengalahkan artis. Mana tidaknya, setiap hari posmen ke rumahku dan peti surat di rumahkan sampai sesak dengan surat-surat sehingga ada yang bertaburan dalam longkang. Memandangkan tahun 2001 merupakan tahun untuk aku menempuhi alam peperiksaan SPM, aku tidak leka dengan surat-surat yang dikirim oleh teman penaku, malah aku sering bertukar-tukar soalan percubaan SPM dengan kawan-kawan seluruh negeri di Malaysia ini, termasuk suamiku.


Aku mempunyai banyak teman pena sehinggalah aku menempuhi alam IPTA dan juga alam pekerjaan, masih ada yang menjadi sahabat penaku tapi mungkin tidak sehebat masa aku di alam persekolahan dulu. Salah seorang yang masih setia adalah suamiku. 6 tahun menjadi sahabat pena, tetapi tidak pernah sekalipun kami bersua muka sehingga akhirnya aku telah bertunang dengan seorang lelaki (campuran cina dan melayu). Bekas tunangku merupakan kenalan yang kukenal melalui telefon. Dia mendapat nomborku kerana mencuri pandang dalam telefon bimbit rakannya yang juga merupakan sahabat penaku. Perkenalan selama 3 tahun telah mengikat kami dalam satu majlis pertunangan. Pertunangan itu hanya bertahan selama hampir 2 tahun kerana kecurangan bekas tunangku. Aku akhirnya mengambil keputusan memutuskan pertunangan itu.  Aku minta abahku menghubungi keluarganya dan memutuskan pertunangan itu. Berkali-kali juga abah tanya tentang keputusanku tetapi aku memang nekad setelah mendapat petunjuk daripada Allah SWT melalui gerak hati. Hampir setiap hari aku melakukan solat sunat istikharah memohon Allah jauhkan hatiku daripada hatinya andai dia bukan jodohku dan begitu sebaliknya. Jodoh itu memang telah ditentukan oleh Allah SWT dan hatiku semakin jauh daripadanya. Walaupun tersangat sedih dengan apa yang berlaku, namun aku redha. Semoga bekas tunangku berbahagia bersama teman barunya.


Aku dan suami masih berutus surat dan kekadang kami berhubung menggunakan telefon. Kami selalu juga berbalas-balas khidmat pesanan ringkas tapi tidaklah sekerap pasangan yang bercinta. Sekadar kawan. Memang benar, 6 tahun perkenalan, akhirnya baru aku membuat keputusan untuk berjumpa dengannya buat pertama kali di Restoran McDonalds, Puduraya, Kuala Lumpur. “Blind Date” itu, aku ditemani oleh dua orang sahabat serumahku semasa aku bekerja di Putrajaya dulu. Sikap tenang, pendiam dan penyabar suamiku telah membuatkan aku jatuh cinta padanya. Perhubungan ini tidak mengambil masa yang lama. Terlalu singkat. Keluarganya datang merisikku selepas beberapa bulan aku berjumpa keluarganya. Selepas 2 bulan majlis merisik tersebut, kami bertunang dan terus bernikah. Selepas 3 bulan, barulah majlis persandingan diadakan.  Yang uniknya, majlis persandingan kami diadakan sama dengan tarikh Pilihanraya Umum iaitu 8 Mac 2008. Kini usia perkahwinanku dan suami telah mencecah 3 tahun cuma rezeki kami agak lambat menimang zuriat namun akhirnya Allah memakbulkan jua doaku dan suami. 




 Ni masa memula jumpa di KL. Jatuh cinta pandang pertama. heheh...tapi dah lama jugak kenal..6 tahun tak pernah bersua muka.Tulis surat aje sebelum ni...

Buat suamiku Abd Aziz Marsyidi Bin Haji Zainuddin, anje sangat mencintai sayang. Abang tiada duanya di dunia ini. Terima kasih kerana telah hadir di saat anje sangat memerlukan seseorang untuk memberi ketenangan di dalam hidup anje. Semoga mahligai indah yang kita bina bersama, akan kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga sayang tidak lupa dengan villa kita Dira Salju kerana di dalamnya ada  Erni Safura dan Durr Awatif.

 Kami sekeluarga masa family day di Melaka.

Khamis, 20 Februari 2014

DURR AWATIF SUDAH SATU TAHUN 2 BULAN

 Assalamualaikum semua..

Pejam celik, pejam celik, dah besar rupanya anak dara bonda ni. Durr Awatif sudah pun 1 tahun 2 bulan. Awatif mula boleh berjalan pada 25 Disember 2013. Lebih kurang usianya 1 tahun 2 minggu. Tahniah buat anak dara bonda...

Bonda happy sangat bila  tengok Awatif dah mula boleh berjalan...tanpa pegang apa-apa....heheheh.....

 Awatif suke sangat nak main hp bonda ye? Jangan leka dengan gadget ye sayang?





Awatif tengok bonda bile bonda panggil nak ambil gambo dia. hehehe... 






Awatif pakai rantai mutiara walid beli di Seremban, Negeri Sembilan. Mesti Awatif feeling ala² datin dan Puan Sri gitu kan?alahai anak dara bonda...:)


RENUNG²KAN DAN SELAMAT BERAMAL.....(TRADEMARK SIAPA ITU?)

Assalamualaikum semua....:)

What to say?? lama dah tak update blog.  Blog ni suam² kuku je rasanya. Nak adds by nuffnang tu pun tak jadi².. Tolong bantu saya bley?..Nak jugak buat duit dengan blog. tak reti. huhu...cane ni? kawan-kawan. tolongla saya.

Oleh kerana ni permulaan bagi tahun 2014, mey saya nak kongsikan apa yang saya baca dalam buku yang ditulis oleh Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali atau lebih dikenali dengan Prof Izzi. Best sangat bukunya yang bertajuk Renung-renungkan dan Selamat Beramal. Itukan memang trademark Prof Izzi sendiri. 

Buku ni banyak sangat input yang korang ley dapat kalau dengan membacanya. Banyak yang dikongsikan oleh Prof Izzi ni. Antara salah satu yang menarik perhatianku adalah topik 55 iaitu Enam Perkara iaitu : 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Hak seorang Muslim lainnya ada enam perkara. Kalangan sahabat bertanya apakah dia, wahai Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: 

Jika bertemu dengannya, hendaklah kamu memberi salam.

Jika dia mengundangmu, hendaklah kamu penuhi undangannya.

Jika dia meminta nasihat, hendaklah kamu menasihatinyaJika dia bersin dan mengucapkan  alhamdulillah, hendaklah kamu mendoakannya.

Jika dia sakit, hendaklah kamu menjenguknya. 

Dan jika dia mati, hendaklah kamu menghantar jenazahnya ke kubur.

(Riwayat Muslim)

 So, itu ye semua. Enam perkara yang perlu diingati : 

1) Beri salam 
2) Cuba yang terbaik penuhi undangan
3) Beri nasihat jika diminta 
4) Doa jika dia bersin
5) Melawat jika dia sakit 
6) Menghantar jenazah ke kubur jika dia mati 
    (Paling kurang pun melawat kematiannya)

 Bersama-samalah kita saling ingat mengingati ye...

Renung-renungkan dan selamat beramal...:)

Rabu, 20 November 2013

PERKONGSIAN ILMU YANG BERMANFAAT


Kepada semua sahabat saya,

Syukur Alhamdulillah kerana saya telah berpeluang menghadiri Mini Konvensyen Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang telah diadakan di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 13-14 November bau-baru ni. Telah banyak ilmu yang saya perolehi semasa konvensyen ini dan antaranya adalah ini yang ingin saya kongsikan dengan semua sahabat saya. Semoga bermanfaat.

1)  Kita tidak boleh merubah sesuatu kecuali jika kita menerimanya ~ Carl Jung (1875-1961)

2)  Semua benda mesti berubah kepada sesuatu yang baru, sesuatu yang luar biasa ~ Henry 
      Wardsworth Longfellow (1807-1882)

3)  4 tanda orang akan masuk ke syurga adalah :
-          Yang suka bagi salam
-          Bila bercakap, menyenangkan hati pendengar(Cakap yang baik-baik dan tidak 
            menyakiti hati pendengar), ada sifat keibubapaan, sifat kepimpinan
-          Suka bersedekah (suka bagi orang makan) dll.
-          Suka solat malam (tahajud, hajat, taubat, witir dan sebagainya)

4)  Dikongsikan lagi oleh penceramah tersebut iaitu bermulanya permulaan kasih sayang adalah dengan menyediakan sarapan pagi (bererti bersarapan bersama pasangan di rumah adalah permulaan kasih sayang yang indah walaupun dengan hanya sekeping roti). Mungkin kita boleh amalkan selepas ni.

5)  Kalau kita memasak (kacau gulai dalam periuk), atau bancuh minuman (dalam teko or jug), kacaulah dengan senduk ikut pusingan tawaf (lawan arah jam dan sambil itu, banyakkan berzikir. Hikmahnya dengan melakukan seperti itu, Insya Allah, makanan akan lambat basi, kurangnya bakteria dan makanan atau minuman akan lebih sedap.

6)  Untuk pasangan yang inginkan zuriat lelaki, sebelum bersama pasangan, suami hendaklah meletakkan tapak tangan di pusat isteri dan membaca surah “Inna anzalna……sehingga habis. Wallahu’alam…boleh mencubanya.

7)  Sebagai umat Islam khususnya, kita seharusnya mengelakkan 3 perkara :
-          Berburuk sangka  dan mengumpat
-          Suka mengintai (macam intai jiran beli perabot baru dan lain-lain. Adalah lebih  
            molek, jika kita pergi menyapa dan bertegur secara baik)
-          Hasad dengki yang kebanyakannya ada dalam hati ramai manusia. Jauhkanlah 
           perasaan hasad dengki kerana dikhuatiri akan merosak jiwa.

8)  Antara anugerah Allah yang sangat paling berharga adalah:
-          Pendengaran
-          Penglihatan
-          Hati

9)  Antara orang terawal yang akan masuk ke syurga adalah orang yang 300 tahun wujud selepas wafatnya Rasulullah SAW.
  
10)  Ramai perempuan yang masuk ke neraka.

11)  Orang Malaysia adalah orang kedua yang paling kuat mengumpat (Melayu). Ini fakta . Nombor satu orang yang paling kuat mengumpat adalah wanita Warga Afrika.
  
12)  Jangan makan sorang-sorang sebab makan sorang2 ni adalah makan bersama syaitan.

13) Menyanyi koir tak boleh. Haram. Menyerupai nyanyian di dalam gereja. Kita jangan buat apa yang ramai orang lain buat kerana hukum tetap hukum. Hukum tidak pernah menghalalkan cara. (Lepas ni, saya sendiri selaku konduktor koir akan menarik diri daripada pasukan koir.)
  
14)  Senamrobik boleh buat tapi biarlah bebas dan sopan dengan alunan zikir yang indah kerana menggunakan tarian poco-poco misalnya dengan lagunya itu tak boleh kerana senamrobik itu menyerupai bentuk salib. Wallahu’alam.

15)  Mengikut kajian yang dibuat, 60% rakyat Malaysia adalah gemuk dan lembap disebabkan makan banyak. Kesan yang paling ketara adalah penyakit yang menyerang di usia muda. Kawan-kawan, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita agar makan dengan sedikit dan senyum dengan banyak dalam kehidupan. Senyum merupakan satu sedekah yang paling murah yang kita tak perlu keluarkan belanja walau sedikitpun. Hanya maniskan muka.

16)  Kita hanya boleh makan di luar jika kita :
-          Musafir
-          Kursus / belajar
-          Uzur
-          Hajat (Seperti menunaikan hajat seseorang yang ingin belanja kita misalnya)

17)  Masakan di rumah adalah lebih baik kerana:
-          Bersih
-          Jimat belanja (terutama untuk keluarga yang ramai)
-          Mengeratkan kasih sayang (terutama bila kita makan bersama keluarga)

18)  Makanan laut dan darat memang tak boleh bercampur kerana ion positif dan negatif yang berbeza dalam makanan tersebut akan mengaktifkan sel-sel kanser.

19)  Kalau hendak menghafaz Al-Quran, otak kita mesti bersih kerana otak yang kotor takkan bolehkan kita untuk menghafaz al-Quran

20)  Kita yang bekerja, utamakan family walau apa cara pun. Kalau kerja, tak perlu balik lambat, tak perlu overtime. Family is always come first.

21)  Tukarkan paradigma dengan rajin bangun malam untuk menunaikan solat hajat dan membaca al-Quran kerana punca berlakunya rompakan sebab kurangnya bangun malam.

22)  Orang yang ingin menuntut ilmu perlu duduk di depan sekali kerana pahalanya yang hebat:
-          Duduk di depan sekali, pahalanya seperti bersedekah seekor unta
-          Duduk di barisan kedua, pahalanya seperti bersedekah seekor kambing
-          Duduk di barisan ketiga, pahalanya seperti bersedekah seekor ayam

23)  Kerja orang-orang yang hebat dan cemerlang adalah :
-          Suka menolong orang lain
-          Menyenangkan orang lain

24)  Tanggungjawab seorang suami adalah memberi anak dan isteri makan makanan yang halal dan berkhasiat

25)  Jangan sesekali makan atau minum makanan di bawah kerana punca penyakit :
-          Kentang yang dah keluar tunas
-          Bawang yang dah keluar pucuk
-          Ayam tua
-          Teh/kopi/milo/horlicks yang ditambah susu. (Teh/kopi/milo/nescafe/horlicks dan lain-lain yang seangkatan dengannya memang tak boleh bercampur dengan susu. Ini kerana kandungan antioksidan yang terkandung dalam the/kopi…. akan dimusnahkan oleh satu kandungan yang ada dalam susu (Lupa namanya, maafkan saya). Penceramah tu minta kita amalkan yang betul kerana Rasulullah sendiri kalau minum susu, hanya susu semata dan tidak dicampur dengan teh, kopi dll.

26)  7 golongan manusia yang perlu dihormati
-          Ibu bapa /ibu bapa mertua – Kalau bersalam dengan mereka, ciumlah tangan, dahi, pipi, dagu dan hidung
-          Guru
-          Jiran
-          Orang lain
-          Orang tua
-          Tetamu
-          Pemimpin  - Lambat 500 tahun masuk ke syurga

27)  Orang yang sombong dan kedekut – kekal dalam api neraka

28)  Rajinlah membaca Suratul Mulk (Surah Al-Mulk) – Terlepas daripada seksa kubur

29)  Merokok itu HARAM kerana membunuh diri secara perlahan-lahan. Untuk satu batang rokok yang tidak diisap, sekurang-kurangnya 5 saat  nyawa dapat diselamatkan.

30)  Solat Suna Dhuha merupakan magnet rezeki . Marilah sama-sama kita mengamalkannya. Semoga rezeki kita bertambah-tambah.