Powered By Blogger

Khamis, 10 Mei 2012

PERGINYA SEORANG ISTERI JUGA SEORANG IBU SRIKANDI KELUARGA

Aku sekali lagi menerima berita sedih. Isteri kepada salah seorang sahabat (Tunku Indra) juga masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, telah meninggal dunia. Isterinya telah kembali kerahmatullah setelah kritikal akibat daripada kemalangan yang berlaku di Sepang. Berita ini juga sangat menyedihkan. Dan lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa Arwah Khairina sedang hamil anak kedua. Beliau pergi bersama anak di dalam kandungannya.

Aku memang tidak kenal isteri Tunku Indra, tapi pemergiannya tetap meruntun hatiku. Sedihnya mengenangkan seorang anak kecil, Tunku Karmila yang sudah tidak beribu lagi. Sedih...terlalu sedih namun sebagai seorang Islam, kita harus redha dengan pemergiannya kerana esok lusa, mungkin masa kita pula.

Buat arwah Khairina, semoga tenang di sana. Semoga arwah akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Aku turut dimaklumkan yang ibu Tunku Indra turut berada dalam keadaan kritikal tika ini. Marilah sama-sama kita mendoakan agar ibu Tunku Indra akan pulih seperti sediakala. Amin...

Buat sahabatku Tunku Indra, bersabarlah menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun hidup ini tetap perlu diteruskan demi anak kecil, Tunku Karmila yang sangat memerlukanmu selaku ayahnya. Bersabarlah dan berdoalah agar arwah isteri dan anakmu akan tenang di sana.


Gambar Tunku Indra bersama arwah isterinya, Khairina dan puteri mereka Tunku Karmila (diambil daripada FB Tunku Indra)

Buat teman-temanku, marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Khairina yang telah kembali kerahmatullah pada 5 Mei 2012. Semoga rohnya sentiasa tenang dan akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kelak.

~Al-Fatihah~

Amin........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)