Powered By Blogger

Isnin, 28 Februari 2011

TAKDIR MANUSIA DITULIS SEJAK DALAM RAHIM

Aku belek-belek akhbar pada 27 Januari 2011. Akhbar Berita Harian. Aku terjumpa satu artikel ni yang sangat menarik perhatianku. Apa yang boleh aku perkatakan...artikel yang berlandaskan Hadith Sahih ini benar-benar memberi aku semangat baru untuk meneruskan kehidupanku yang penuh berliku...Hmm... semoga artikel ni akan memberi kebaikan buat semua...

Diriwayatkan daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal iniakan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

Sumber: e-Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)