Powered By Blogger

Isnin, 28 Februari 2011

KARYAKU...

JANGAN PERNAH LEKA

˜

Digit-digit suara itu
menyakitkan halua telingaku
seluruh jiwa ragaku tersula
dek cercaan tajam menghiris
agamaku dipersenda
bangsaku diperkotak-katik.

Penjajah itu bangsat durjana
aku tak rela bertuankan mereka
ini tanah airku
tempat tumpah darahku
aku mesti bangkit
aku tidak akan alpa
cukuplah tanahku dijajah dahulu kala.

31 Ogos 1957
itu tarikh keramat
Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka
tujuh sedut nafas dengan semangat membara
bumiku sudah merdeka
bangsaku tidak lagi bermandi darah
tidak lagi bertumpah air mata
tidak lagi koyak rabak pakaiannya
tidak lagi tersungkur dipijak bangsat tercela.

Wahai anak bangsaku
musibah itu telah lama berakhir
tapi kita jangan pernah leka
pertahankan maruah bangsa
hentikan omong-omong kosong
dendam kesumat penjajah tak pernah reda
kita harus sentiasa waspada.


Nukilan : Dira Salju
                Tanjung Malim, Perak
                12 Jun 2009

~          Dihantar untuk dimuatkan dalam Antologi Puisi Kursi Tun Abdul Ghafar     
            Baba, UPSI pada Disember 2009

~          Terpilih untuk dimuatkan dalam Antologi Cerpen dan Puisi yang bertemakan “ Semangat Patriotik dan Kepimpinan Guru” terbitan Pejabat Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertajuk “Tanduk Sumbing”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)