Selasa, 24 September 2013

KENAPA SAYA INGIN ZURIAT?

Lama ye tak masuk blog saya ni...berkarat dah. Saya malas sangat-sangat nak menulis lately ni. Kurang pasti kenapa. Mungkin busy dengan keje agaknya. Ni tetiba je rasa nak update pasal zuriat kerana terlalu ramai yang mempersoalkannya.
 
Syukur padaMu Ya Allah yang mengurniakan saya si anak kecil ini. Sekurang-kurangnya penantian selama 5 tahun ini sangat berbaloi-baloi dengan kehadiran buah hati pengarang jantung. 

Terus terang, untuk memiliki anak kecil ini  yang bernama Durr Awatif, bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi keyakinan yang tinggi pada Allah, akhirnya doa saya dimakbulkan.  Saya minta pada Allah dengan sesungguh-sungguhnya dan Allah mendengar doa hambaNya ....Tidak pernah saya lupa sekali pun untuk berdoa pada Allah kerana saya sangat yakin Allah mendengar doa saya. Saya selalu mendengar ceramah Ustaz yang Allah suka pada rayuan hambanya. Adakalanya saya merayu sampai menangis kerana inginkan cahaya mata. 

Pernah satu ceramah agama yang saya dengar, ustazah ke ustaz yang bagi ceramah tu, saya lupa. Tapi dalam ceramahnya ada mengatakan, pernah tak kita bertanya kepada diri kita sendiri KENAPA SAYA INGIN ZURIAT.....??

Macam-macam jawapan yang diterima. Antaranya : 

Anak itu rezeki, kehadirannya akan menambahkan rezeki dalam keluarga.............
Anak itu akan melengkapkan kehidupan sesebuah rumah tangga.............
Saya dah lama kawin, mestilah saya nak anak!
Saya sukakan baby....(habis tu bila baby dah besar nanti? tak suka)
Saya kesunyian...saya perlukan at least seorang baby, jadilah......
Saya rasa rendah diri sebab orang lain kawin, semua dah ada anak...kenapa saya belum?
Orang kata saya mandul dan tak subur, saya nak buktikan pada orang yang saya jugak mampu ada anak
Parents dan keluarga saya asyik bertanya tentang anak.....Saya stress sangat...
Saya rasa kalau ada anak, hidup saya akan lebih bahagia....(kau yakin ke akan lebih bahagia bila ada anak?)
Saya dah ada segalanya, tapi anak je belum ada.....hidup saya jadi tak sempurna 
Sape nak jaga saya kalau saya tua nanti? (kau yakin anak kau akan jaga kau bila kau tua nanti, belum pasti lagi)

dan macam-macam lagi jawapan.....................bla...bla....*%>/;'!~~**

kenapa tak ramai yang jawab, 

Saya inginkan anak kerana Allah.....
Saya ingin meramaikan umat Nabi Muhammad
Saya ingin mendidik anak saya menjadi seorang anak yang soleh/solehah, seorang anak yang menghafaz al-Quran dan anak yang boleh membawa saya ke syurga ....

Tapi tak ramai yang menjaga amanah Allah ini dengan sebaiknya bila dah dapat.  Justeru, memiliki zuriat itu belum tentu yang terbaik dalam hidup kita. Sekurang-kurangnya kita tidak akan ditanya oleh Allah tentang amanah Allah yang satu ini. Tapi saya pasti orang akan marah pada saya sebab mereka akan kata, saya bolehla kata begitu sebab saya dah ada anak. tapi percayalah, ada sebab kenapa Allah belum kurniakan kita anak kerana sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbaik buat kita....

Kita kena bersabar dan saya menyeru kepada semua yang pernah menjadi seperti saya (tidak memiliki anak selama 5 tahun), banyakkan berusaha dan berdoa...jangan tanya usaha yang bagaimana kerana Allah melihat apa sahaja yang kita lakukan. Selagi ia tidak bertentangan dengan agama, tidak ada salahnya kita berusaha kerana saya juga begitu. Berdoa jangan pernah putus asa dan jangan pernah berhenti berdoa. Seorang kakak angkat saya pernah cakap, berputus asa itu akan menghilangkan rahmat Allah.... Selepas mendengar kata-katanya, erti putus asa tidak pernah lagi ada dalam kamus hidup saya.....Saya terus berusaha walaupun terkadang tidak percaya dengan hasilnya..Tapi rupanya Allah melihat usaha saya yang sekecil itu.

Terkadang, kita berusaha tak banyak mana, tapi mengaku dah usaha macam2 dan tanpa malu meminta pada Allah sebanyak-banyaknya.. Tapi Allah tetap bagi kerana betapa Maha Pemurahnya Allah Azzawajalla.. Jadi apa kata bermula dari hari ini, kita berusaha dengan banyak dan berdoa dengan banyak...Insya Allah, Allah akan makbulkan........

Saya tak pasti banyak mana usaha saya tapi rasanya terlalu sedikit barangkali...Yang pasti saya banyak meminta pada Allah. Terkadang saya rasa malu tetapi kerana keinginan saya, saya ketepikan segalanya. Dan akhirnya Allah kurniakan saya si anak kecil ini yang telah menghiasi villa saya... Terima kasih Ya Allah...Aku sangat bersyukur padaMu dengan kurniaan zuriat yang satu ini.. Amin Ya Rabb....:)


Jarang nak dapat tengok Durr Awatif senyum cenggini....:) Sayang anak bonda!



Anak dara ni yang suka sangat main kunci...





6 ulasan:

  1. Assalamualaikum...rasanya 1st time saya baca blog ni..cemna bole tak terjumpa yer b4 this. Dan sy tak tahu knpa..tetiba sy sebak baca entry ni. Sy pun bulan 12 nih Insyaallah menganjak 5 thn usia perkahwinan. Nak kata bermacam usaha sy buat tu takde la sgt..tp skrg sy tgh on treatment dgn Dr Hamid Arshad. Sy baru lps buat laparoskopi dgn dr hamid bulan Mei tu ari. Then Doc ada suggest utk IUI. Tp sy hold dulu sbb masih nak cuba natural (sbnr nak travel bln 1 nati. hihi).
    Tapi jauh di sudut hati saya..saya harap sgt saya boleh conceive natural.
    Moga Awatif jadi penguat saya dan semua kami yg sedang TTC.
    by the way..tggl di Ipoh yea.. kampung sy pun Perak.. dkt juga tu Ipoh tu.. hihi.. oh lupa..salam kenal :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Puan Stoberi.. Salam perkenalana..

      Saya pun salah seorang yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Dr. Hamid Arshat. Masa tu tahun 2010 kalau tak salah saya. Saya sempat makan clomid tapi saya sendiri tak konsisten agaknya dan saya gagal hamil. saya tak teruskan ke klinik Dr. Hamid Arshat sbb jauh nak ke sana walaupun sebenarnya saya di Tanjong malim je. Suami saya tak berapa suka pegi ke KL tu. Sbb tu saya tak teruskan rawatan tu.

      Awak jangan pernah putus asa k. Saya yakin ada rezeki untuk awak nanti. Berusaha dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh pada Allah. Allah pasti bagi sbb Allah suka pada rayuan hambaNya...

      Padam
  2. salam.. 1st time bca ur entry psl usaha dapatkan zuriat, saya hampir nak menangis..sbb saya pun alami nasib yg sama dgn awak. tapi awak sekurangnya dah tercapai hajat. saya tahun ni dah genap 6 tahun perkahwinan.. mungkin belum sampai rezeki kami. mungkin usaha saya belum ckup banyak walau pun saya pernah p KL (sy dduk sabah) semata-mata untuk mendapatkan pemeriksaan jer.. apa2 pun doakan untuk kami juga yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam nizie.. terima kasih kerana sudi membaca blog saya. saya pun jarang² menulis. sekali sekala kalau rajin, saya buatla entry apa²..kalau tak, berhabukla blog saya ni....:)

      saya sedih juga bila tengok ramai yang masih belum ada anak. tapi yakinlah ada sebab kenapa kekadang Allah melambatkan rezeki kita, mungkin dia nak kita puas nikmati hidup berdua dulu, atau mungkin kita sendiri sebenarnya yang belum bersedia jadi ibu.

      Apa-apa pun, kita jangan berhenti berusaha dan berdoa pada Allah. Saya doakan awak akan dikurniakan zuriat jugak satu hari nanti. Berdoa dengan berusaha, jangan pernah putus asa ye. Allah mendengar doa awak. Yakinlah...:)

      Padam
  3. betul tu. doa usaha ikhtiar tawakal kan.
    sya pon tak buat iui. x brani. ntah tiba tiba sy jadik x da smngt bila tgk segala jarum msa sesi kaunseling kt hkl. saya yakin nak usaha cara natural.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat tu...DUIT...DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL....
      Tryla usaha cara natural dulu sbb saya dah cuba, alhamdulillah, berjaya hamil... Kalau dah memang rezeki kita,Allah pasti bagi...:)

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)