Info yang saya dapat daripada seorang kawan...:)
Memula tengok laut merah ni, rasa seram je..Rasa macam laut ni berdarah. Tapi bila baca, barulah faham kenapa begini...:)
Masa berlakunya Red Tied/Laut Merah ni, ada satu surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah mengenai fenomena ini.
Surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah
Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.
Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.
walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.
Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.
- Nak tahu lebih lanjut berkenaan Fenomena Air Laut Merah ni, boleh baca di Wikipedia - Red tide
Credit to Sumber Rujukan: Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah | Anastasyea Blog
owh, tak penah tgk lg laut merah camni.. tp mmg menakutkan erk erni warna cam tumpah darah
BalasPadamYe Bunga...erni pun sama. tak penah tengok dan tak penah tahu ttg ni. ni baru taw..memang menakutkan tengok air yang macam darah tu...
Padam