Powered By Blogger

Rabu, 20 Mac 2013

KELAHIRAN YANG DINANTI

Syukur padamu Ya Allah...Tak tahu ungkapan apa lagi yang paling sesuai untuk menunjukkan rasa syukurku padaMu Ya Allah atas kurniaan yang tak ternilai harganya ni. 

Catatan diari yang menggamit rasa dan menyulam kata seindah bahasa buat puteriku satu-satunya di dunia tatkala ini. Terlalu istimewa...

11 DISEMBER 2012

 
Durr Awatif anakku...Seronok dan gembira tak terkata hati bonda bila hari ni bonda telah selamat melahirkan Awatif walaupun secara pembedahan yang amat menyakitkan. Pembedahan yang memakan masa selama 2 jam. Dalam keadaan separuh sedar, bonda merasa apa saja yang dilakukan oleh doktor dan petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada perut bonda. Sesekali nyilu tetap terasa. Bonda berpeluh seluruh badan dalam bilik pembedahan yang sejuk beku tu dan semua petugas hospital pun pelik.Tak tahu kenapa...

Bila Awatif ditunjukkan pada bonda, menitis air mata bonda. Sebak tak terkata kerana zuriat yang walid dan bonda nantikan telah berada betul² depan mata bonda. Subhanallah.....indahnya ciptaanMu Ya Rabb. Awatif sangat cantik dengan kulit putih gebu (Bonda bukan bangga diri memuji anak bonda tapi bonda memuji kehebatan Allah menciptakan Durr Awatif buat bonda).

Terima kasih Allah kerana menganugerahkan Durr Awatif pada bonda dan walid. Hati walid dan bonda berbunga riang, tergambar jelas di wajah kami. Durr Awatif anakku.... Ketahuilah, sayangnya bonda dan walid pada Awatif tak ternilai dengan wang ringgit malah bonda sanggup gadaikan nyawa bonda andai itu galang gantinya.

Sehingga saat² terakhir scan, bonda sebenarnya masih belum tahu jantina Awatif cuma naluri bonda merasakan anak bonda ni adalah baby girl. Tepat rupanya naluri bonda...:)
Sebelum melahirkan Awatif secara pembedahan, walid dan bonda terlebih dahulu berbincang, bila mana sebelum itu, doktor telah scan perut bonda kali terakhir dan mengatakan Awatif seorang baby yang agak besar. Anggaran doktor berat Awatif 3.6kg. Walaupun belum tentu tepat, tapi dengan seberat itu, doktor mengatakan bonda dan baby berisiko seperti boleh berlaku tumpah darah, bahu baby boleh tersangkut dan kemungkinan patah bahu, bahu akan lemah dan lain-lain lagi. Penerangan doktor yang sebegitu sudah cukup mencuakkan hati bonda. Mana mungkin bonda akan membiarkan Awatif berisiko sebegitu. Tidak...

Kata doktor lagi, andai pembedahan, risiko hanya pada bonda. Dan kerana itu, bonda buat keputusan untuk melahirkan Durr Awatif secara pembedahan. Biar bonda saja berisiko, tapi jangan Awatif. Walid sedih dan teramat risau sepanjang bonda dibedah. Walid terlalu sayangkan bonda dan Awatif. Walid tak nak terjadi apa-apa pada kita. Kasihnya walid pada kita kan sayang?

Sebelum masuk ke bilik bedah, nurse ada panggil walid untuk datang ke sisi katil bonda. Walid mengiringi katil bonda sehingga ke pintu masuk. Walid cium bonda dengan penuh kasih. Bergenang air mata bonda, begitu juga walid. Bonda salam dan cium tangan walid, minta ampun dan maaf andai ada salah silap bonda yang belum walid maafkan. Manalah tahu, itu kali terakhir bonda menatap wajah walid. Walid minta bonda kuatkan semangat.Walid cakap "Abang sayang Anje". Ada getaran dalam nada suara walid. Mungkin sebak tapi walid still control macho walaupun akhirnya air mata walid tumpah jua..hehehe...

Durr Awatif anakku...Sebenarnya kata-kata walid tu sudah cukup memberikan bonda semangat untuk melahirkan Awatif. Ye...bonda mesti kuat semangat untuk walid dan demi melihat Awatif. Menangis? Usah ditanya. Sepanjang perjalanan ke bilik bedah tu, bonda menangis. Bukan kerana takut sakit atau mati, tapi khuatir andai bonda tak sempat menatap wajah Awatif. Bonda risau, teramat risau. 

Jam 2 petang masuk ke bilik pembedahan dan pembedahan selesai kira-kira jam 4 petang. Bonda selamat melahirkan Awatif pada 11 Disember 2012 jam 2.49 petang dengan seberat 3.3kg. Alhamdulillah, bonda dan Awatif, dua-dua selamat dan dalam keadaan yang sihat. Walaupun dapat melihat Awatif dalam keadaan yang samar-samar sebab cermin mata dan contact lense tak boleh pakai (bonda kan rabun), tapi bonda tetap bersyukur pada Allah, kerana Allah anugerahkan bonda Durr Awatif. Sayang sangat kat anak dara bonda ni. Bonda tak tahu nak ungkapkan perasaan bonda ketika tu. Gembira, sedih, terharu, semuanya bercampur baur. 
Lepas dah selesai semua, bonda dihantar kembali ke wad bersalin tapi Awatif tak bersama bonda. Bonda sorang je. Walid cakap doktor nak tengok Awatif dulu. Mana tahu kalau Awatif ada apa² masalah. Awatif dihantar ke katil bonda pada jam 6.30 petang. Masa tu mak tok pun dah balik. Walid je dapat tengok Awatif. Even bonda pun tak dapat nak tatap wajah Awatif sebab bonda tak boleh bangun dari katil. Kesan luka di perut bonda memerlukan bonda untuk baring sekurang-kurangnya 6 jam. 

Walaupun meronta2 hati bonda ni nak tengok Awatif, tapi bonda tetap tak dapat tengok Awatif live. Walid je dapat tengok, kemudian walid ambil gambar, dan tunjukkan pada bonda.Comelnya Awatif. Bonda tengok wajah walid happy sangat masa tengok Awatif. Masa tu bonda dapat rasakan yang walid adalah orang yang paling gembira hari tu. Walid azan dan iqamatkan Awatif. Tapi walid tak berani dukung Awatif. Walid masih risau sebab Awatif baru je lahir ditamtambah pula, walid sendiri belum pernah ada pengalaman. Walid cuma dekatkan mulut walid pada telinga Awatif. Bonda sebak sangat tengok situasi tu. Sayup kedengaran suara walid mengazan dan mengiqamatkan Awatif.

Bonda doakan semoga Durr Awatif binti Abd Aziz Marsyidi akan menjadi seorang anak yang solehah. Amin....Lebih kurang 10 minit macam tu, walid dah kena hantar Awatif pada nurse sebab masa melawat dah habis dan bonda sendiri tak dapat nak jaga Awatif dengan keadaan bonda yang masih belum stabil kerana kesan luka pembedahan. So untuk hari tu, nurse la yang jaga Awatif....:)

Awatif anakku, terima kasih kerana lahir ke dunia ini dan membuatkan walid serta bonda menjadi manusia yang paling gembira di muka bumi ini...:) Bonda sayang sangat² kat Durr Awatif!!!


 Durr Awatif selepas beberapa jam dilahirkan



 Awatif renung walid ye sayang??


 Bonda doakan Durr Awatif akan menjadi seorang anak yang solehah...Amin...:)

 
 Durr Awatif - Mutiara Pengikat Pengasih
Permata hati yang walid dan bonda nantikan selama 5 tahun...:) 

 

8 ulasan:

  1. Penantian yang sgt menggembirakan. Zue tumpang gembira dengan kehadiran awatif. Nnt ada masa, ada jodoh.. kita jumpa ye sayang

    be a good girl durr awatif.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Zue...betul sangat. Penantian yang sangat menggembirakan. In sya Allah..Awatif pun teringin nak jumpa Rafeeq yang handsome tu...Nanti datang jalan ke Tanjong Malim ye...:)

    BalasPadam
  3. Tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung yang dinanti2.

    Semoga menjadi permata agama, bangsa dan negara kelak. In sha Allah :)

    BalasPadam
  4. Congrats kak..awatif sangat comel..

    Saya harap agar saya pun setabah akak..saya baru setahun lebih kawen but still takde rezeki lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih FY.... Insya Allah, akak doakan awak tabah. Setahun lebih tu baru lagi dik. Allah akan bagi nanti. Mungkin DIA bagi masa untuk honeymoon dulu sekarang ni...:)Apa yang penting, banyakkan usaha dan rajin berdoa pada Allah..Yakin dengan Allah sbb Allah suka orang yang merayu padaNya...:)

      Padam
  5. mentik air mata saya bca n3 ni.
    tahniah
    sedap nama dan maknanya..

    alhamdulillah.alhamdulillah. alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab sudi baca entry ni. Memberi nama yang indah dan baik maksudnya adalah hak anak kepada bapanya.

      Daripada Ibn Abbas Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

      "Antara hak seorang kanak-kanak ke atas bapanya ialah mengelokkan pekertinya dan juga namanya. Riwayat al-Baihaqi"

      Padam

Terima kasih atas komen anda semua...:)