Suami isteri maut, bayi selamat nahas
07/05/2012 4:15pm
KUANTAN - Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka yang berusia enam bulan cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 205.31 Lebuhraya Pantai Timur dekat Gambang di sini petang semalam.
Mangsa yang menetap di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dan isterinya, Siti Rohani Abd. Halim, 26, meninggal di tempat kejadian.
Bayi mereka, Ahmad Uzair hanya cedera ringan walaupun tercampak keluar dari kereta dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Pihak hospital memaklumkan bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami luka-luka kecil.
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kerteh, Terengganu menuju ke Kuala Lumpur.
"Kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu Ahmad Hakimi dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.
"Pada masa yang sama sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan cuba mengelak kereta mangsa, tetapi ia juga turut terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan, namun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Berita dipetik daripada Akhbar Kosmo Online:)
Berita dari Akhbar Kosmo, Selasa 8 Mei 2012
Sangat sedih rasanya berita ni sebab sepasang suami isteri yang meninggal tu adalah senior saya masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Arwah Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi merupakan seorang ketua pelajar pada tahun 1998.
Arwah Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi dan isterinya Siti Rohani Abd. Halim yang telah pergi buat selama-lamanya (gambar dipetik daripada Facebook Arwah)
Arwah Brother Kimi bersama anaknya Ahmad Uzair. Sayu rasanya hati memandang muka anak kecil ini yang telah bergelar yatim piatu.
Salam Takziah buat keluarga Arwah suami isteri ini. Yang paling sangat menyedihkan adalah anak kecil yang terselamat dalam kemalangan itu dan kini telah menjadi yatim piatu. Itulah dia Ahmad Uzair bin Ahmad Hakimi.
Ayuh, sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua-dua arwah yang telah kembali kerahmatullah pada 6 Mei 2012. Semoga roh mereka berdua akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Amin...
alfatihah
BalasPadamsedihnya...al fatihah...yang pergi takkan kembali..
BalasPadamal-fatihah.....sian baby..
BalasPadamkesian baby tue..alfatihah
BalasPadamTerima kasih semua. Sama-samala kita banyakkan bersedekah Al-Fatihah untuk kedua arwah suami isteri ni. Buat anak kecil tu, semoga menjadi anak yang soleh satu hari nanti. amin.
BalasPadam