Tarikh 22 Jun 2008 adalah hari pertama aku berpindah ke Tanjong Malim. Aku berpindah sebab mengikut suami aku yang bekerja di Proton Tanjong Malim. Tu pun lama jugak aku berjauhan dari suami aku. Aku dok sorang2 je kat Putrajaya dulu. Dari mula kawin 15 Disember 2007 hinggalah 21 Jun 2008 (ni dalam tempoh suami isteri yang aku dok jauh). Sebelum tu bujang takpela lagi sebab aku duduk dengan kawan-kawan kat umah bujangkan. Hampir 7 bulan dok jauh dan bagi aku, itu pun dah cukup lama bagi aku.
Dulu aku rasa berat sangat nak tinggalkan Putrajaya yang aku sayang, terutama kawan2 di opis lama aku dulu, di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Aku sangat rindukan emak angkatku, Kamisah Binti Lembek....uwaaaa...Mak, rindunya dekat Mak taw. Aku jugak rindukan kawan-kawan yang baik sangat dengan aku, Kak Rafidah Binti Ayob, Datin Zanariah binti Mohd Arif, Kak Rohani binti Bohari, Kak Norshireen Binti Noordin, Masuri Binti Zulkifli, Mama Liza, Asmalinda, Lela, Ilah, Zuwa, Siti,Kak Yan, Kak Wati dan ramai lagi kawan2 aku kat sana... Kak Habsah, kak Ros, Kak Ana, kak Mi.... dan ramai lagi la yang aku tak sebut dalam ni.
Ni aku dengan Suri. Aku dah anggap dia cam adik aku dah...Ni masa sambutan Hari Pekerja di Stadium Nasional Bukit Jalil. Syok sangat masa ni
Yang baju ungu depan tu la mak angkat aku, Kamisah Bt. Lembek, kanan sekali, Datin Zanariah, sebelah Kak Na plak, Kak Rohani dan Kak Fidah. Lagi sorang tu, org baru. Aku tak sempat nak kenal lebih, aku dah pindahkan, so tak ingat namanya dah.
ni aku dengan Kak Yan dan Kak Wati yang banyak tolong aku dan baik sangat2 dengan aku. Rindu sangat diorang
Aku terpaksa jugak tinggalkan Putrajaya kerana mengikut suami. Aku gagahkan diri jugakla walaupun tak rela sangat. Bila dah sampai di Tanjong Malim ni, perkataan pertama yang aku sebut...BESTNYA....!!! Seriously, aku suka sangat Tanjong Malim walaupun Putrajaya masih tetap di hati.
Pada aku, Tanjong Malim ni memang sangat menenangkan. Suasananya aman. Tak sibuk dengan hiruk pikuk macam di kota. Walaupun keratan akhbar ada mengatakan Tanjong Malim ni tercemar, tapi aku tak rasa plak pencemaran di Tanjong Malim ni kalau nak dibandingkan dengan Lembah Klang. Okla Tanjong Malim ni kan?
Macam-macam jugak ada kat sini walaupun mungkin shopping complex tidak segah seperti di Kuala Lumpur mahupun Putrajaya tapi sekurang-kurangnya apa yang aku nak kat sini semuanya ada.
Tempat aku selalu beli barang2 dapur ni? Dah tentulah Pasaraya TF, Pasaraya Yatt Fong, dan Kedai India dekat2 umah aku tu. hehehehe...Yang lain-lain, aku gi pasar di Tanjong Malim mahupun kat Behrang Stesen. Jalan dah tentulah tak sesak macam KL kan? Even Putrajaya pun tak sesak juga cuma payah nak cari parking tambah2 kalau pegi pasar Presint 8. Tu yang aku tak suka. Alih2 aku beli ikan jam 12.30 tengah hari. Semua ikan dah nak dekat habis dah..huhu...
Apa yang menarik lagi di Tanjong Malim ni? Kat sini juga ada Klinik Kesihatan, ada Pusat Pengajian Tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), alaaaa, yang kes budak nama Adam Adli tu? Yang pernah menggegarkan Malaysia dulu? Mesti korang ingatkan?
Tanjong Malim pun ada Secret Recipe, ada KFC, Tutti Frutti, ada Pizza Hut taw. Cuma McDonalds je yang belum ada. Aku harap semua tu akan ada one day. InsyaAllah.
Aha....ni kek Secret Recipe Favourite aku. Dah tentulah Chocolate Indulgence....:)
Banyak lagila yang menarik di Tanjong Malim dan di antara semua yang paling menarik tu, dah tentulah sebab di Tanjong Malim ni ada suami aku Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin. Tu yang aku suka tu..Syok sangat sbb hari2 boleh tengok dia, boleh tomoi2, bley manja2, bley makan sama2, dan lain2 lagila yang blh buat sama2. Syoknya. Patutla Islam mengatakan tempat seorang isteri tu di sisi suami dan skg ni aku tahu kenapa aku perlu ada di sisi suami aku..:)
Ini suamiku. Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin. Seronok dah duduk dengan suami dan sentiasa di sinya.
Tanjong Malim ni dengan Slim River idakle jauh beno. Aku kalau nak pegi hospital yang ada pakar2 ni aku pegi je Hospital Slim River. Di Slim River jugak ada tempat mandi manda ni iaitu Sungai Bil. Nanti aku upload gambo aku mandi kat Sungai Bil.Ni aku letak satu dua dulu ok..Syok taw Sungai Bil ni.
Ni antara pemandangan di Sungai Bil. Kat sini ada banyak batu2 juga tapi ada jugak tempat yang dalam ni ye. Kalau nak mandi sini kena hati2. Risau lemas ke kan...:)
Tanjong Malim jugak dekat dengan Behrang. Behrang Ulu, Behrang 2020. Dan kerana Behrang Ulu ni dekat sangat dengan tempat keje aku sekarang iaitu Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), maka aku dan suami pun belilah umah di sini. Sekiah Makmur. Dekat jelah umah aku dengan opis aku ni. Nak taw berapa minit? 3-5 minit je. Jalan kaki pun boleh kalau aku nak gi keje ni tapi faham2 jela aku ni kan...Malas nak jalan kaki...:)
Ni ruang tamu dan ruang makan rumahku di Sekiah Makmur. Rumah ni aku beli dengan harga RM96k sahaja. Rumah ni ada 3 bilik tido dengan 2 bilik air. Keluasannya adalah 20x70 ok...:) Yang penting aku selesa duduk dengan suamiku. Kira rumah pertama kami. Yang lain-lain sebelum tu sewa je. Ni je yang mula2 kami beli...:)
Di opis aku ni pun syok jugak. Nak taw kenapa? Boleh buat aktiviti riadah macam2 such as, aku selalu je cycling dengan suami aku dari rumah sampai INSTUN, sampai ke Diamond Creek (kawasan perumahan elit tapi menyeramkan). Kat sini banyak umah2 VVIP yang tidak diduduki. Kekadang diorang beli mgkn sekadar nak berehat hujung minggu je tapi rumah kat sini mmgla sangat2 cantik. Sangat cantik ok. Macam kedesaan Inggeris. Nanti ada masa aku amik gambo and aku masukkan kat sini ye...
Ok, sambung pasal cycling tadi. Aku ngan laki aku dua2 ada beskal. Kami suka berbasikal dan aku selalu berbasikal. Bila sampai ke INSTUN, aku dengan hubby aku akan sama2 terjun kat Kolam Renang di INSTUN. Jangan tak tahu, INSTUN ni ada kolam renang taw yang kat opis2 lain belum tentu lagi ada. Dah ala2 hotel 5 bintang kolam renang INSTUN ni. Takpe, nnt aku citer pasal INSTUN ni ok?
Nila kolam renang INSTUN. Paling dalam 1.2m je. Tapi okla kan? Syok mandi sini taw..:)
Banyak lagi aktiviti lain yang aku boleh buat di INSTUN ni dan dah tentulah lebih menjerumus kepada aktiviti sukan yang sangat menyeronokkan. Boleh main tenis, badminton, pingpong, bola sepak,bola jaring, bola tampar dan yang paling aku suka sbb ada gym...syok taw sbb banyak jugak alatan gym yang canggih2 ada kat sini. Alaaa...macam kat Kementerian Belia dan Sukan jugak. Teringat masa di Putrajaya, aku selalu ke sana dulu.Syok...!!!
Sekarang ni aku sambung balik citer tentang Tanjong Malim. Di sini juga ada kilang automotif yang terbesar di Malaysia dan jugak di Asia Tenggara kalau tak silap aku. Nak taw apa? Dah tentulah kilang kereta tempat suami aku bekerja skg ni....Proton Tanjong Malim Sdn Bhd. Sedikit sebanyak aku berbangga jugak sebab suami aku keje kat dalam tu... hehehe....
Kilang Proton Tanjung Malim. Ni kat Bahagian Painting.
Aset Proton ni macam2 sebenarnya tapi salah satu yang selalu menjadi kunjungan aku adalah Proton City. Aku suka datang Proton City kerana 3 sebab. Pertama sebab aku nak datang jalan2 di Tasik Proton City. Kedua sebab aku suka datang pasar malam di Proton City ni yang selalu dibuka pada hari Isnin setiap minggu dan yang ketiga adalah kerana aku memang suka ronda2 naik kereta, tengok kaki gunung Khatulistiwa. Maklumla, di sini mmg hampir sangat dengan Banjaran Titiwangsa. Menarikkan? Selalu nampak awan2, kabus2 yang sangat cantik dan mendamaikan. Sesekali muncul pelangi yang sangat2 indah...:)
Nila Tasik Proton City. Ada lagi tempat menarik...ada jambatan.Track untuk jogging or jalan2...:)
Ni aku dan suamiku di Tasik Proton City. Son0k sangat jalan kat sini sambil tengok2 ikan..Tapi kekadang airnya keruh. Tengok keadaan
Hmm...kalau korang nak tahu lagi, kat Tanjong Malim ni jugak, banyak kedai makan yang sedap2 ok. Memang banyak, antaranya Restoran Favourite aku Piyoorrrr.....:), Kafe Jarir (sate dia sodap), ada lagi satu kedai makan dekat dengan Stesen Keretapi Tanjong Malim (tak famous sangat sebab ramai tak tahu masakan dia sedap) tapi aku dan suami mmg selalu ke sini....:) Dekat dengan Kampung Ketoyong, bersebelahan kedai runcit india. Selain tu kedai I Love You Corner, best jugak. Tomyam dia sedapla jugak. Lagi satu yang best dan ramai orang kat sane adalah Dusun Bay. Kalau nak makan sedap malam2, memang recommended tapi nak menunggunya, punyalah lama. Sakit jiwa weii.... Ada lagi kedai yang jual maggie celup yang sangat sedap iaitu Restoran Fajar...Memang sedap tak terkata..Superb la!!. Ni semua kedai makan yang aku makan malam ye..
Kalau siang hari lak, dah tentulah ikan bakar pilihanku. Selalunya aku suka sangat makan di Am Best Cafe (aku tak berapa pasti ejaannya). Kedainya ala-ala kafe. Lauk kat kedai ni, fuh, berderet. Yang paling best, sup tulang dia dengan ikan bakar la...macam2 ikan bakar ada. Ayam bakar pun ada...:) Kedai ikan bakar kedua yang best dah tentulah , Kedai Makan Ocu Ami... Ni memang betol2 kedai makan tepi jalan. Dekat2 jugak dengan stesen komuter ye...:) dekat jugak dengan Masjid Tanjong Malim dan dekat jugak dengan Balai Bomba, tapi tersorok skit tempatnya. Payah skit nak cari kalau org luar. Kalau org Tg Malim ni, rata-ratanya dah tahu...:)
Sebelum aku terlupa, Tanjong Malim ni juga ada stesen komuter ye. Kalau nak gi KL naik ETS ke, komuter ke, memang boleh sangat. Kira syok jugakla Tanjong Malim kan semua ada?
Tanjong Malim ni jugak terkenal dengan The Famous Paw in Tanjong Malim iaitu Pau Yik Mun. Memang ramai sangat orang kat kedai pau ni. Memang pau dia sangat sedap. Dengan lembutnya. Dulu aku makan tapi sekarang tak lagi selepas aku dengar citer kawan opis aku yang Yik Mun ni ada beli daging musang dari kawan kepada kawan opis. Sejak tu, geli geleman tekak aku. Dan aku pun perasan sebab logo halal kedai Yik Mun ni dah takde lagi dah macam dulu. Cuma aku mushykil sbb pekerja dia pakai tudung sakan...Tak tahula kan bangsa apa or agama apa...
Selain daripada tu, ada satu kedai Ayam Kampung jugak di Tanjong Malim ni dekat dengan Sekolah SMK Methodist. Gerai dia kalau korang tengok, biasa2 je. Tapi kereta yang menyinggah kat situ, perghhh...memang keta2 mewah. Org mmg sukakan makan ayam kampung ni. Sedap sangat ke ek? Tp mmg sedap pun. Teringat dulu aku selalu makan ayam kampung di Puchong....:)
Okla...tu je serba sedikit tentang Tanjong Malim ni. Memang best kan Tanjong Malim ni. Kepada kawan2 aku yang dok luar dari Tanjong Malim, dan berhajat nak datang jalan2 di Tanjong Malim ni, aku alu-alukan....:) Nak tido umah aku pun boleh, nak aku bawak jalan2 pun boleh. Takde hal punye...:)
erni, klu bunga raye kt perak leh la gi rumah erni.. behrang tu mmg lalu sokmo
BalasPadampau yik mun tak sedap cam dulu dah...
sg bil, tak penah pegi.. kena bgtau hb ni gi kelah hihihi
lastly, suke tgk korang.. loving je bergambo tau.. hb bunga payah nk bergambo romantik, dia malu huhuhu..
Bunga, haaa...singgah taw Bunga. Memang erni alu-alukan sangat Bunga singgah sini...Suke erni kalau bunga nak datang umah erni...:)
PadamSungai Bil tu best jugak kalau mandi-mandi, berkelah bawak bekal or buat BBQ. Bolehla ajak hubby gi sane nnt...:)
Thank you. Bunga pun loving couple jgk. hubby erni pun pemalu jugak orgnya. Pendiam...:)
salam cik puan.
PadamSaya saja google pasal tg malim, padahalnya saya dari kecik sampai besar ulang alik tg malim. saya asal trolak. pernah kot cik puan lalu?
Saya rasa tersentak baca blog cik puan tentang tg malim. saya yang dari kecik ulang alik tg malim, tak pernah pun menghargai keindahan tg malim. saya rasa macam tak best langsung. Saya paling suka teluk intan.
Tapi bila baca blog cik puan, saya rasa macam, kenapalah aku xmenghargai pekan yang aku duk ulang alik dari kecik ni.. hihi.. terima kasih cik puan.
Kini, saya sangat menghargai Tg Malim..
Sekian,
Azlin,
Australia.
Wsalam Azlin...Wa...jauh ek dari Australia. Terima kasih sudi baca tentang entry Tanjong Malim ni.. Memang tak ramai tahu betapa indahnya Tanjong Malim ni.. Even saya pun sehinggalah saya sendiri terpaksa tinggal di sini, barulah saya tahu betapa istimewanya Tanjong Malim...:)
PadamTerima kasih juga kerana skg dah menghargai Tanjong Malim. Mari kita sama2 menyayangi Tanjong Malim...:)
Salam kakak kakak comel saya khairul pekerja tv3 baru berpindah di taman university banyak lagi tak tahu kedai nasi campur dan restoran yg masak nya hebat 2.. klau kakak2 baik sms saya kedai yang hebat tu di 0192678186 terima kasih #admin# # kakak kakak comel #
PadamWsalam...Hafiz MY...akak ni jarang makan kat luar dik..idakle taw sangat kedai makan mana yang best...tapi kalau makan malam, kat tg malim ni banyak...kena cuba satu persatu....kat stesen ketapi best juga....Kalau lunch, al jazeera, em best cafe, ocu ami ke namanya...best jugakla sbb ada ikan bakar kan...:)
Padamsalam.. tertarik betul baca blog tentang tg malim ni.. Tahniah pd blogger yg create blog ni. betul.. kadang2 kita ni tak pernah hargai apa yang ada depan mata.. tak sedar keindahan yg ada.. utk kedai makan tgh hari.. kedai "Ocu Ami" ni mmg best..ramai pengunjung. dekat Tmn Hijau, Jalan ketoyong. Cuma kedai ayam kampung tu kalau tak silap bersebelahan SMK khir johari, tg malim. :)
Padameja
tg malim
Eja, wsalam....thanks sudi baca blog saya....itulah, kekadang kita selalu nampak tempat lain yang indah2 tanpa kita menghargai tempat kita yang jauh lebih indah..thanks betulkan...a'ah, restoran ayam kampung tu bersebelahan dengan SMK Khir Johari.....
PadamBetul tu Kedai Ocu Ami ni memang best....ikan bakarnya tu yang sedap sekali... :)
pau yik mun dulu2 saya pon penah makan...beberapa thn lepas..tp skang tak mkn lg dah..selalu lalu jer sbb umah mak metua kat ipoh..huhu
BalasPadamsalam knal..folo sni..
hi mama tim..Salam perkenalan. Thanks jadi follower.. Tula, saya pun dulu je makan. Skg dah tak makan...:)
Padamwah.. syok dok sana rumah murah2.. klu harga umah kay skang leh dapat 2 bijik dah.. hehehe
BalasPadamTula kay..kat sini umah memang murah. Mahal umah kay ye.. Biasalah belah2 sana mmg mahal ek. Kalau kay beli umah kat sini, dapat 2 biji, ley buat sewa dah..Kat sini banyak org cari umah sewa especially student dan org Proton...:) memang mashyuukkk kalau beli umah...:)
Padamcantik rumah erni.. nnt erni wat entry khas rumahku syurgaku ye.. nak tgk view dalam umah erni.. dr depan sampai ke belakang. leh jadikan inspirasi :)
BalasPadamzue ada promote blog erni kat blog kerdil zue tu ;)
http://deeliraz.blogspot.com/2012/03/bestnya-kalau-dapat-jalan2-kat-tg-malim.html
terima kasih zue...rumah zue pun mesti lagi cantik kan? InsyaAllah, ada masa nanti erni akan buat entry khas rumahku syurgaku.. zue pun buatla jugak. boleh erni tengok rumah zue...dari jauh jela...nak sampai, ntahkan bile lagi..:)
Padamthanks promote..erni tak ramai kawan lagi kat blog erni..maklumla masih baru.tak promote kat sape2 pun laie..hihi...:)
Salam.hi,sye tertarik ngm entry awk psl tmn sekiah makmur 2.sye pon bru decide nk bli umh kt c2 coz husb pon kje proton.nk tnye awk proses bli umh 2 brape lme ek.
BalasPadamWsalam... hi. Terima kasih. Best duduk kat Sekiah Makmur ni. Awak nak beli yang fasa berapa ni? Fasa 3 ni ke? Saya beli tahun 2008. Dah tak ingat berapa lama prosesnya sebab saya buat government loan, so kira cepat jugakla. awak nak buat loan bank mana? dia depends on bank tu jugak.
Padamuntuk dapatkan produk uneQuein stokis Tanjung Malim boleh hubungi saya 019-2961554 atau facebook.com/unequeintanjungmalim tq
BalasPadamTerima kasih.. in sya Allah
Padammacamna kalau saya nk datang melawat proton city tanjung malim?ada ape2 prosedur ke?or boleh datang je?
BalasPadamNak melawat Proton Citu? Bila2 masa pun boleh pegi.. Sebab kat sana open je...macam kawasan perumahan, taman rekreasi dan kilang proton serta UPSI yang dekat situ. Tapi kalau nak masuk dalam kilang proton, mungkin kena hubungi eksekutif dalam kilang protonla kot. Tapi selalunya jadual penuh dengan lawatan2 dari luar....Mungkin boleh search kat Ptoton Tanjung Malim...:)
PadamSalam sis, Best baca pasal tg. Malim.. If kalau sis nak tau dekat tg. Malim ad taman rekriasi juga .. Nama tempat tu Teratak river view kalau sis pernah dengar... Behampiran dengan upsi.. Jalan lama belah kiri nak menghala ke kl.
BalasPadamWsalam ....a'ah, saya penah dengar tentang teratak River View tu tapi tula, belum penah masuk ke dalam. Mesti menarik tempatnya kan? Insya Allah, nak try pegi la one day...:) thanks for sharing
Padamsalam,
BalasPadamsaya br pindh tg malim..nk tnye swimming pool kt INSTUN tue, org luar boley masok ker?
atau staff shj?
Wsalam.. selamat berpindah ke Tanjong Malim. Swimming Pool INSTUN memang untuk staff INSTUN sahaja dan untuk peserta kursus yang berkursus di INSTUN. Swimming pool ni boleh digunakan oleh orang luar andai mendapat kebenaran Ketua Jabatan dan kalau ada agensi luar yang ingin menyewa kemudahan INSTUN. Kalau saudara mara staff yang nak masuk memang boleh tapi dengan syarat ada staff INSTUN sekali.
PadamAssalamualaikum Dira Salju, sy Anis...dah nak msuk 3 thn kje di psas tp xtau instun ada swimming pool..bl nk swim g la cr pool jauh2, adeh. Tp jg soklan sy ngn faizah617...org luar boleh msuk x or staff only?
BalasPadamWaalaikumussalam.. Anies, kalau teringin nak guna swimming pool INSTUN, bolehla try apply kursus di INSTUN. Boleh layari laman web kami www.instun.gov.my
Padamsaya dah booking homestay diproton city..ok tak kawasan perumahan nya? sunyi ke?
BalasPadamAlhamdulillah puan Aziah Mohd Said...Tanjung Malim ni memang terkenal dengan kesunyiannya namun mendamaikan.... Homestay di Proton City tu rasanya ok..Puan pun mesti dah duduk kan? Sorryla saya lambat reply...:)
PadamSalam wbt..cantiknye swimming pool di instun
BalasPadamWsalam Syafiq Roslan.....ye, memang cantik swimming pool di INSTUN ni...saya pun selalu bawa keluarga mandi manda kat sini...:)
PadamAssalam...saya baru first day di instun...so bole cadangkan tpt mkn...or lepak yg berdekatan dgn instun?
BalasPadamWsalam....saya pun kat INSTUN...siapa awak ye? hehehe...mesti saya kenal jugak nanti ni..tempat makan kat tanjung malim ni banyak yang best. cuma saya belum ada kesempatan nak buat entry pasal tempat makan ni..Nanti ada masa, saya buat entry pasal tempat makan ni k...:)
Padamassalamualaikum,Hutaru Tomoe....nk tanya,Saya menghadiri kursus di INSTUN,Bolehkah saya membawa isteri dan anak saya pergi sana??dan ambik bilik asing??
BalasPadamwsalam.... maaf saya lambat balas. boleh request rumah untuk 1 mtc sebab kalau asrama memang telah dikhaskan utk lelaki dan wanita. asing. tak boleh bersekali. kalau bawa keluarga, mungkin ada rumah sewa yang encik boleh sewa.. dalam kawasan INSTUN jugak.
PadamNi.. phuii syok sendrii!!!
Padamassalamualaikum.. kolam renang INSTUN tu dibuka utk public x..? kalau ada nk belajar berenang area tg. malim.. tq..
BalasPadamAssalam,nk tanya..sy akan berkursus di INSTUN pd bulan Januari 2016.Keluarga sy jg akan pergi bersama-sama ke sana. Ada x asrama atau rumah yg boleh disewa utk 3 hr sahaja.Ada x no. fon utk sy hubungi
BalasPadamsalam, maaf mengganggu. tapi tadi akak ada mention pasal maggie celup dekat restoran fajar. saya dah lama nak cari bihun celup dekat tanjung malim ni. tapi tak jumpaaaaa. boleh akak bagitahu lokasi restoran fajar tersebut??
BalasPadamKlau nak makan mee celup2 ni di hulu bernam pun ada. Sebelah masjid baru di kg baru a. Sedap jgk. Blh tambah perut semua.
PadamSeronok baca tulisan Dira dari pengalaman sendiri.
BalasPadamDewan Kompleks Sukan Proton dengan Stesen Komuter jauh tak ye. Sebab ada kenduri kawin malas nak drive
Walaupun entry dah lama,tp baru je sis baca. Hihi
BalasPadamGoogle sbb akan berpindah ke sana ikut suami..sis pun tinggal di sekiah makmur..hihi
Sis berminat dgn kolam renang di instun tu,open to public ke...haha
Kedai mkn mmg byk di tanjong malim..dulu pun sis suka pyorrr tp skang da xbpe best da..huhu
Kedai ikan bakar che omi mmg sdp..air asam mengancam..
Tenkiu promote tmalim..hopefully sis enjoy di sana nanti..haha
Saya akan bertukar dari Alor Setar ke Slim River.suami bertugas di Tanjung Malim.saya harap saya dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru.
BalasPadam