Powered By Blogger

Rabu, 20 November 2013

PERKONGSIAN ILMU YANG BERMANFAAT


Kepada semua sahabat saya,

Syukur Alhamdulillah kerana saya telah berpeluang menghadiri Mini Konvensyen Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang telah diadakan di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 13-14 November bau-baru ni. Telah banyak ilmu yang saya perolehi semasa konvensyen ini dan antaranya adalah ini yang ingin saya kongsikan dengan semua sahabat saya. Semoga bermanfaat.

1)  Kita tidak boleh merubah sesuatu kecuali jika kita menerimanya ~ Carl Jung (1875-1961)

2)  Semua benda mesti berubah kepada sesuatu yang baru, sesuatu yang luar biasa ~ Henry 
      Wardsworth Longfellow (1807-1882)

3)  4 tanda orang akan masuk ke syurga adalah :
-          Yang suka bagi salam
-          Bila bercakap, menyenangkan hati pendengar(Cakap yang baik-baik dan tidak 
            menyakiti hati pendengar), ada sifat keibubapaan, sifat kepimpinan
-          Suka bersedekah (suka bagi orang makan) dll.
-          Suka solat malam (tahajud, hajat, taubat, witir dan sebagainya)

4)  Dikongsikan lagi oleh penceramah tersebut iaitu bermulanya permulaan kasih sayang adalah dengan menyediakan sarapan pagi (bererti bersarapan bersama pasangan di rumah adalah permulaan kasih sayang yang indah walaupun dengan hanya sekeping roti). Mungkin kita boleh amalkan selepas ni.

5)  Kalau kita memasak (kacau gulai dalam periuk), atau bancuh minuman (dalam teko or jug), kacaulah dengan senduk ikut pusingan tawaf (lawan arah jam dan sambil itu, banyakkan berzikir. Hikmahnya dengan melakukan seperti itu, Insya Allah, makanan akan lambat basi, kurangnya bakteria dan makanan atau minuman akan lebih sedap.

6)  Untuk pasangan yang inginkan zuriat lelaki, sebelum bersama pasangan, suami hendaklah meletakkan tapak tangan di pusat isteri dan membaca surah “Inna anzalna……sehingga habis. Wallahu’alam…boleh mencubanya.

7)  Sebagai umat Islam khususnya, kita seharusnya mengelakkan 3 perkara :
-          Berburuk sangka  dan mengumpat
-          Suka mengintai (macam intai jiran beli perabot baru dan lain-lain. Adalah lebih  
            molek, jika kita pergi menyapa dan bertegur secara baik)
-          Hasad dengki yang kebanyakannya ada dalam hati ramai manusia. Jauhkanlah 
           perasaan hasad dengki kerana dikhuatiri akan merosak jiwa.

8)  Antara anugerah Allah yang sangat paling berharga adalah:
-          Pendengaran
-          Penglihatan
-          Hati

9)  Antara orang terawal yang akan masuk ke syurga adalah orang yang 300 tahun wujud selepas wafatnya Rasulullah SAW.
  
10)  Ramai perempuan yang masuk ke neraka.

11)  Orang Malaysia adalah orang kedua yang paling kuat mengumpat (Melayu). Ini fakta . Nombor satu orang yang paling kuat mengumpat adalah wanita Warga Afrika.
  
12)  Jangan makan sorang-sorang sebab makan sorang2 ni adalah makan bersama syaitan.

13) Menyanyi koir tak boleh. Haram. Menyerupai nyanyian di dalam gereja. Kita jangan buat apa yang ramai orang lain buat kerana hukum tetap hukum. Hukum tidak pernah menghalalkan cara. (Lepas ni, saya sendiri selaku konduktor koir akan menarik diri daripada pasukan koir.)
  
14)  Senamrobik boleh buat tapi biarlah bebas dan sopan dengan alunan zikir yang indah kerana menggunakan tarian poco-poco misalnya dengan lagunya itu tak boleh kerana senamrobik itu menyerupai bentuk salib. Wallahu’alam.

15)  Mengikut kajian yang dibuat, 60% rakyat Malaysia adalah gemuk dan lembap disebabkan makan banyak. Kesan yang paling ketara adalah penyakit yang menyerang di usia muda. Kawan-kawan, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita agar makan dengan sedikit dan senyum dengan banyak dalam kehidupan. Senyum merupakan satu sedekah yang paling murah yang kita tak perlu keluarkan belanja walau sedikitpun. Hanya maniskan muka.

16)  Kita hanya boleh makan di luar jika kita :
-          Musafir
-          Kursus / belajar
-          Uzur
-          Hajat (Seperti menunaikan hajat seseorang yang ingin belanja kita misalnya)

17)  Masakan di rumah adalah lebih baik kerana:
-          Bersih
-          Jimat belanja (terutama untuk keluarga yang ramai)
-          Mengeratkan kasih sayang (terutama bila kita makan bersama keluarga)

18)  Makanan laut dan darat memang tak boleh bercampur kerana ion positif dan negatif yang berbeza dalam makanan tersebut akan mengaktifkan sel-sel kanser.

19)  Kalau hendak menghafaz Al-Quran, otak kita mesti bersih kerana otak yang kotor takkan bolehkan kita untuk menghafaz al-Quran

20)  Kita yang bekerja, utamakan family walau apa cara pun. Kalau kerja, tak perlu balik lambat, tak perlu overtime. Family is always come first.

21)  Tukarkan paradigma dengan rajin bangun malam untuk menunaikan solat hajat dan membaca al-Quran kerana punca berlakunya rompakan sebab kurangnya bangun malam.

22)  Orang yang ingin menuntut ilmu perlu duduk di depan sekali kerana pahalanya yang hebat:
-          Duduk di depan sekali, pahalanya seperti bersedekah seekor unta
-          Duduk di barisan kedua, pahalanya seperti bersedekah seekor kambing
-          Duduk di barisan ketiga, pahalanya seperti bersedekah seekor ayam

23)  Kerja orang-orang yang hebat dan cemerlang adalah :
-          Suka menolong orang lain
-          Menyenangkan orang lain

24)  Tanggungjawab seorang suami adalah memberi anak dan isteri makan makanan yang halal dan berkhasiat

25)  Jangan sesekali makan atau minum makanan di bawah kerana punca penyakit :
-          Kentang yang dah keluar tunas
-          Bawang yang dah keluar pucuk
-          Ayam tua
-          Teh/kopi/milo/horlicks yang ditambah susu. (Teh/kopi/milo/nescafe/horlicks dan lain-lain yang seangkatan dengannya memang tak boleh bercampur dengan susu. Ini kerana kandungan antioksidan yang terkandung dalam the/kopi…. akan dimusnahkan oleh satu kandungan yang ada dalam susu (Lupa namanya, maafkan saya). Penceramah tu minta kita amalkan yang betul kerana Rasulullah sendiri kalau minum susu, hanya susu semata dan tidak dicampur dengan teh, kopi dll.

26)  7 golongan manusia yang perlu dihormati
-          Ibu bapa /ibu bapa mertua – Kalau bersalam dengan mereka, ciumlah tangan, dahi, pipi, dagu dan hidung
-          Guru
-          Jiran
-          Orang lain
-          Orang tua
-          Tetamu
-          Pemimpin  - Lambat 500 tahun masuk ke syurga

27)  Orang yang sombong dan kedekut – kekal dalam api neraka

28)  Rajinlah membaca Suratul Mulk (Surah Al-Mulk) – Terlepas daripada seksa kubur

29)  Merokok itu HARAM kerana membunuh diri secara perlahan-lahan. Untuk satu batang rokok yang tidak diisap, sekurang-kurangnya 5 saat  nyawa dapat diselamatkan.

30)  Solat Suna Dhuha merupakan magnet rezeki . Marilah sama-sama kita mengamalkannya. Semoga rezeki kita bertambah-tambah.