Powered By Blogger

Sabtu, 25 Oktober 2014

JONKER WALK WORLD HERITAGE

Kalau datang ke Melaka dan tak jenjalan di Jonker Walk World Heritage ni rasanya tak lengkap. Kebetulan bengkel yang aku hadiri selama 3 hari 2 malam ni di Hotel Bayview Melaka ni terletak di tengah2 bandaraya Melaka yang bersejarah ni. Jadi rasanya rugi sgt kalau aku tak ambil peluang ni untuk berjalan-jalan di Jonker Walk World Heritage yang terkenal ni. So aku dengan kengkawan ambil peluang ni untuk berjalan2 kat sini...

Apa yang menarik di Jonker Walk ni adalah barangan yang dijual di sini. Keadannya hampir sama macam pasar karat di Johor tapi mungkin tak sebesar itu.

Target market di sini aku rasa lebih kepada pelancong so kebanyakam barangan yang dijual di sini adalah berbentuk 'souvenir'. Memang menarik. Unik dan colourful. Antara barangan yang ada fridge magnets, keychains, tshirts, teddy bears, rantai, cincin, aksesori remaja dan lain2... jom kita layan gambar-gambar ni yer...hihi...

Pendek kata, kalau korang nak cari souvenir utk dibawa balik, memang Jonker Walk World Heritage ni adalah tempat yang aku suggest sbb banyak pilihan dan harganya pun berpatutan...
Ada yg jauh lebih murah dari tempat lain dan kualitinya pun setanding.

Lagi satu yang menariknya di sini, perkhidmatan beca turut disediakan kalau tetiba rasa letih sgt nak balik berjalan ke hotel kan...Tapi sbb hotel aku dengan Jonker Walk ni dekat jer, aku jalan ajela....Masa pegi, tak penat sgt...Masa balik tu, faham2 ajerla yer....tapi kugagahkan jua....Apa yang penting, happy!!!!

Jumaat, 24 Oktober 2014

Bayview Hotel Melaka

Yeahhh...lama sudah tidak berkursus...So harini aku datang berbengkel iaitu Bengkel Penulisan Ilmiah..Bengkel ni diadakan di Hotel Bayview Melaka. Bolehlah tahan hotelnya...3 hari 2 malam di hotel ni..Biliknya pada aku ok jugakla...Makanan pun bolehla. Tak berapa menepati citarasa tapi okla...Jom kita layan bilik hotel ni yang aku tidur twin sharing...

Rabu, 22 Oktober 2014

AIR KOSONG DAN KHASIATNYA

Ayuh, kita jadikan dengan meminum air kosong ni sebagai amalan harian....Alhamdulillah..Semoga ia akan bermanfaat buat hidup kita seharian.

SUBHANALLAH

ISTIGHFAR

#THROWBACK KUMPULAN NASYID SHOUTUL IMAN

Ngeri......tak terbayang mata......Aduh...lirik lagu Arjuna Beta nyanyian Finn Jamal ni rasanya amat bersesuaian sekali untuk aku di kala itu...Ngeri mengenangkannya... Pertandingan nasyid peringkat Negeri telah menewaskan kumpulan nasyid kami kerana aku....ya mungkin kerana aku..

Kumpulan Nasyid kami telah memenangi tempat pertama pada Karnival Belia Daerah...kami johan dan dapat hadiah berupa sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM500. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Kerana kemenangan itu, kami telah terpilih mewakili daerah Tg Malim/Slim River ke Peringkat Negeri Perak. Pertandingannya telah diadakan di Teluk Intan...

Tapi bila bertanding di Teluk Intan....suara aku sumbang!!!! Banyak faktor yg menyebabkan kesumbangan ini.. Antaranya sblm mula majlis, hujan sgt lebat...baju kami pun habis basah...minus one lagu kami juga salah pasang.Urusetia pegi pasang lagu lain pulakkk....adoiii....Dari situ aku mula stress dan hilang fokus...aku lost...Lirik lagu yang kami dah hntr pun boleh pulak pengurus nasyid daerah kami tak datang...dan kami tiada lirik utk diserahkan pada juri. Akhirnya kami terpaksa tulis tgn lirik tuh...mmg malang!! Tula antaranya...bukan menyalahkan semuanya cuma apa yg aku blh katakan, aku tertekan dgn semua keadaan tu sampaikan bila nyanyi part tekong, suara aku macam tak boleh nak keluar.. Allahuakbar!! Malu tak terkata....Tulah kisah sedihnya...Bertanding ni bulan Mei kalau tak salah aku...Sudah cukup sudahlah ye mengingatkan kisah sedih tu....

AKU YANG DULU BUKANLAH AKU YANG SEKARANG

Amacam tajuk post aku malam ni? Rasa menarik x? Ahakksss...it's all about me la...aku dulu sebenarnya kurus..bukanlah melidi sgt tp kategorinya kurus...

Kenapa sekarang ni aku dah tak macam dulu? Tu pasallah tajuknya " AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG"....Alkonon mcm lirik lagu Tegar giteeww...Aku pun tak tahulah bila bermulanya aku menjadi seperti sekarang...Tragis...ya, cukup tragis...Tapi tak gunaku bersedih..Apa yang harus aku buat adalah berusaha dengan gigihnya macam mana nak menguruskan badan balik..Itu yang sebaiknya bukan?Rindunya nk jadi kurus cam dlm gambar tu.....hmmm.....