Powered By Blogger

Selasa, 12 April 2011

BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT ALLAH

Aku terpanggil untuk menulis kali ni tentang syukur. Kenapa terlalu sukar untuk kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita. Bersyukurla kerana terkadang apa yang Allah berikan pada kita melebihi daripada apa yang kita mahukan di dunia ini.

Kita seringkali melihat orang lain lebih hebat daripada kita kerana mereka memiliki itu dan ini tapi kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita kena sedar dan tahu , terkadang apa yang kita miliki adakalanya tidak dimiliki oleh orang lain.Maka, bersyukurlah. Nikmat Allah itu tidak terhingga banyaknya.

Kita marahkan Allah kerana diturunkan ujian yang terkadang tak mampu digalas oleh kita tapi sebenarnya kita tidak sedar bahawa ujian yang Allah turunkan pada kita itu adalah ujian yang paling mampu kita menggalasnya. Adakala ujian yang ditempuh oleh orang lain lebih hebat daripada kita. Maka, bersabarlah dengan ujian itu. Kerana di sebalik ujian itu, pasti ada hikmahnya yang kadang kala kita tak nampak sekarang. Mungkin di kemudian hari.

Islam sangat menitikberatkan agar umatnya sentiasa bersyukur. Bersyukur bererti berterima kasih kepada Allah.......Tidak susah mengungkapkan perkataan Syukur Alhamdulillah. Semoga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian kita. Amin....