Powered By Blogger

Jumaat, 21 September 2012

BERITA GEMBIRA YANG DITUNGGU-TUNGGU SABAN TAHUN...

Dah lama sangat nak buat entry ni tapi masa yang memang takde ataupun sebenarnya memang aku malas. ..:p. Sebenarnya, dilahirkan menjadi aku bukanlah sesuatu yang terlalu banyak kegembiraannya kerana adakala duka juga datang menerjah. Tapi aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana aku dilahirkan menjadi aku...Erni Safura Binti Awang. Satu nama yang jarang sekali kedengaran....

Hidup ini terlalu banyak pancaroba sehingga adakalanya aku terasa seperti tidak kuat untuk melaluinya tapi siapalah aku untuk menidakkan ketentuan yang telah Allah aturkan buatku. Tanpa aku sedari, ketentuan itu sebenarnya memang yang terindah dan terbaik sekali buatku. Maka aku harus terima dengan keikhlasan hati yang tak berbelah bahagi dan aku redha segalanya.

Perkahwinan dengan suamiku yang tersayang, Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin adalah sebuah ikatan pernikahan yang suci dan tulus dan memang dengan kerelaan hatiku kerana aku yang memilih dia... Padaku dia adalah pilihan yang terindah dan terbaik yang pernah aku jumpa. Dia terlalu istimewa. Tak terungkap dengan kata-kata betapa istimewanya dia di mataku sehingga bila terkenangkan segala kesilapanku kepadanya, aku akan menangis kerana terkadang seperti menyesal melukai hatinya. Di mana lagi dapatku cari suami sepertinya yang sangat bersabar dengan kerenahku, yang sangat sayang, kasih dan cintakan aku sepenuh hatinya. Terlalu mulia hatinya sehingga meletakkan aku di sisinya untuk dibelai dan dimanja selayaknya sebagai seorang isteri.  Makan minum, pakai dan tempat tinggalku dijaga sebaiknya. Rajin dia menolong aku membuat kerja rumah dan tidak sedikit pun merungut di kala dia keletihan. Ohhhh............dia terlalu istimewa selayaknya seorang suami yang soleh dan budiman. Jauh di sudut hatiku, rasa kecintaanku padanya bukan sedikit malah memenuhi ruang hati ini.

Perkahwinan kami diuji saban tahun bila mana aku tidak pernah memberikan dia berita gembira. Semua orang tertanya-tanya soalan yang sama. Bagaimana aku harus menjawab persoalan mereka?? Dia tidak sekali menyakitkan hatiku di kala semua orang telah membuatkan hatiku bernanah, berdarah.....Dia terus-terus memujuk dan menenangkan aku. Soalan yang sering diajukan "Bila nak ada anak ni?".  Adakah mereka mengetahui bahawa urusan anak itu bukan urusanku kerana aku hanya mampu berusaha tapi yang menentukan segalanya adalah Allah SWT jua? Terkadang mereka mungkin suka bertanya begitu tanpa sedikit pun memikir perasaanku atau mereka sebenarnya terlalu mengambil berat tentangku? Ntahla...Tapi aku tetap rasa sakit hati bila aku rasa aku dipersenda dengan soalan itu. 

Sehinggalah hampir ke tahun 5 usia perkahwinan kami, akhirnya mungkin doaku dan juga suamiku telah dimakbulkan Allah jua. Aku akhirnya disahkan mengandung!!!!!! Kupanjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah dengan berita gembira ini. Syukur Alhamdulillah. Itulah berita yang kami nanti-nantikan saban tahun. Perit, terlalu perit menantinya tapi hari ini, aku mampu tersenyum dan bersyukur sangat pada Allah.

Berita gembira ini mungkin menjadi kemusyhkilan kawan-kawanku, saudara mara dan lain-lain. Persoalan lain pulak yang timbul............."Macam mana Erni boleh mengandung????"..............Ya Allah, masih belum berhenti rupanya persoalan ini.  Tapi tidak mengapa, aku rela berkongsi. Kalian, aku bukanlah penentu bagi membolehkan aku mengandung zuriat suamiku ini tapi semua ini adalah ketentuan Allah jua. Jika DIA menghendaki terjadinya sesuatu, maka terjadilah. Aku tidak tahu usaha mana satu yang menyebabkan aku berjaya hamil.

Kalau ditanya usaha, sudah pasti, aku berusaha tanpa kenal erti putus asa. Aku berusaha dengan hospital pakar kerajaan daripada tahun 2009 dan usaha memakan clomid untuk membesarkan saiz telurku nyata belum cukup kuat untuk membuatkanku berjaya hamil. Aku usaha lagi.......ke klinik pakar swasta, Dr. Hamid Arshat. Jangan tanya berapa banyak wang yang telah aku belanjakan kerana kedua-dua usaha yang aku buat tu dah tentulah dengan duit yang banyak. Beribu-ribu habisnya, dengan ulang alik ke hospital, duit minyak kereta, bayaran ubat dan sebagainya. Tapi, Allah belum nak bagi rupanya. Aku usaha lagi dan akhirnya doctor mencadangkan agar aku membuat IUI, satu proses untuk memasukkan sperma ke dalam rahimku. Masa tu, aku terlalu sedih sehingga tak tahu  nak cakap macam mana lagi. Susah rupanya untuk memiliki seorang zuriat sekalipun. Aku menangis semahunya dan bertanya kepada Allah, kenapa aku yang diuji begitu? Di mana keimananku ketika itu, aku kurang pasti. Suamiku tenang, dia terus memujukku dan terus menyabarkan aku. Katanya, ini semua ujian Allah untuk kita. Bersabarlah sayang.......aku masih terus menangis...

Kusangkakan proses untuk membuat IUI itu mudah, tapi tidak rupanya...Aku perlu juga makan clomid untuk memastikan saiz telur aku besar dan barulah sperma boleh disuntik bagi membolehkannya bersenyawa dengan telurku. Allah uji aku lagi bila mana , saiz telur tidak ada yang besar. Lagila aku menangis. Aku dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Nyata, ia bukanlah mudah. Sukar, terlalu sukar.

Aku hampir berputus asa tapi masih mencuba dengan pelbagai usaha. Aku layari macam-macam cara di internet untuk mengetahui petua mudah hamil, kubeli e-book petua mudah hamil dan senang hamil juga. Di situ saja, aku menghabiskan hampir RM100. Kubeli produk biodex yang beribu harganya untuk tempoh beberapa bulan. Tanpa putus asa, aku terus mengamalkannya, kubeli susu kambing hi goat, minum setiap pagi dan malam....Aku minum air zam zam, minum air bacaan fatihah dan yaasin (suami aku yang buat) dan aku juga mengamalkan makan buah kurma, kismis dan habbatussauda (13 biji sehari untuk aku dan suami). Aku juga beli krim lumiglow dan sapu di perut, badan dan sebagainya. Aku selalu juga membaca doa Nabi Zakaria...ada 3 doa untuk dapat zuriat yang aku amalkan.Aku amalkan juga makan spirulina dan EPO. Itulah antara usaha yang aku lakukan. Walaupun kekadang mungkin tak konsisten, tapi ia berterusan.

Usaha-usaha di atas dan dengan keizinan Allah jualah yang telah memberikan aku rezeki untuk mengandung. Syukur Alhamdulillah, sehingga entry ini ditulis, kandunganku sudah hampir 7 bulan. Aku dah tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran anak pertama kami ini. 

Oh ya, sebelum terlupa, macam mana aku boleh tahu yang aku mengandung. Aku ni memang irregular menses pada awalnya. Tapi selepas amalkan EPO, alhamdulillah, period dah makin ok. Kemudian, lama jugak aku tak period tetiba je, aku pun pelik. Suami aku suruh aku buat UPT, tapi aku tak nak sebab aku fikir mesti negatif. Lagi pulak, dia pelik tengok muka aku banyak jerawat, so dia suruh jugak buat. Aku tak nak jugak. Sehinggalah satu petang, aku balik keje, siap makan trifle topping nanas yang aku buat sendiri. Sedap sangat melayan trifle tu, sehingga akhirnya aku tersedar. Terdetik persoalan di benakku, macam mana kalau aku mengandung??? Aku boleh keguguran kalau makan nanas ni..... Aku pun terus bergegas ke bilik dan ambil set urine test yang memang ada satu je lagi. Aku masuk toilet dan terus buat urine test. Menggigil aku pegang urine test tu bila keputusannya POSITIF!!!!!!!!. Ya Allah, POSITIF!!!!!!!!! Memang ada 2 line kat situ. Aku sebak sangat dan terus menangis. Tidakku sangka tapi aku masih was-was seperti tak percaya. Aku terus telefon suamiku, dan aku khabarkan berita gembira itu.....Dia sangat happy dan mengucap "Syukur Alhamdulillah". Terus sujud syukur kami kepada Allah. Tak terkata gembiranya hati kami ya Allah....

Nilah keputusan urine test tu. Positif...Ntah kan urine test yang keberapa sepanjang usia perkahwinan yang hampir menjengah 5 tahun ini.

Suami aku tak putus-putus sms aku dan menyatakan kegembiraannya. Terseyum je dia kat tempat kerja. Balik pada kerja tu, kami terus solat Maghrib berjemaah dan terus bersiap keluar. Kami terus ke Klinik Nabila (Klinik panel Proton). Doctor scan dan akhirnya kata Doctor " YES, YOU ARE PREGNANT!!!" Sekali lagi mengalir air mata aku ..Doktor tu pun terharu dan bergenang juga air matanya. Dia pun tahu dah saban tahun kami datang jumpa dia (dok sangka pregnant sebelum ni tapi tak penah pun) sbb tu dia tahu history aku dan suami...

Hasil scan menunjukkan yang aku sememangnya hamil. Masa tu kandungan aku baru nak masuk 5 minggu.

Balik dari scan tu, kami singgah kedai makan. Kerana terlalu gembira, aku sampai tak berselera nak makan....huhu....Nilah berita yang kunanti-nantikan selama ini........Syukur padaMu Ya Allah.............:) Berita yang sangat menggembirakan. Syukur Alhamdulillah............:)


Aku simpan baik-baik kedua-dua keputusan ini sebagai kenangan yang terindah dalam hidupku dan suamiku....:)



Rabu, 19 September 2012

ANAK JIRAN YANG SANGAT COMEL

Rasanya dah lama sangat-sangat tak update blog ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sejak pregnant ni saya agak malas sebenarnya. Ni saje amik mood dan saya update skit tentang anak jiran saya yang sangat-sangat comel. Namanya Nur Sufi Shahirah kalau tak salah sbb we all panggil Sufi je. 

Mey kita layan..comel kan budak kecik ni? Saya suka sangat tengok mukanya yang sangat-sangat comel dengan senyumannya yang manis.... Aunty sayang Sufi sangat taw....:)


With Sufi masa open house kat rumah saya....:)

Isnin, 9 Julai 2012

MUTIARA KATA HARI INI

LAKSA KAK SU KUALA PERLIS

Entry kali ni nak citer pasal laksa Kak Su Kuala Perlis. Aku pegi Perlis baru-baru ni dan pekena laksa Kak Su yang sangat la sedapnya ni. Laksa dia mmg superb la. Yang datang makan kat kedai ni pun memang sangat ramai ye. Aku tak sempat nak amik banyak sangat gambar sbb sedap sangat melayan laksa kak su yang sedap ni. So kalau sape2 ada datang ke Kuala Perlis, jangan lupa pekena laksa ni noh. hehehe...

 Ni pandangan hadapan kedai Kak Su Laksa ni ye....Bolehla try datang sini kalau teringin nak merasa. Dia dah banyak dapat anugerah dan sll masuk paper ye. Tapi gambar aku amik tak berapa clear yang anugerah2 dia dapat tu. huhu...


 Ni laksa yang special. Sedap gile punye..... Ramai sangat orang makan kat kedai dia ni. Orang cina pun ramai makan kat sini. Memang sedap sangat!


Bukti sedap. Licin boliau...hehehe.... aku tak banyak amik gambo sebab tak sabar2 nak makan laksa Kak Su yang sedap ni. hehe....lain kali kalau datang lagi aku amik gambo yang superb punye! hehehe...:)


Mata aku pun dah berair masa ni sebab pedas jugak laksanya ni. Actually suka hati kita nak makan pedas atau tak sebab dia mmg ada bagi cili api potong tu ye. hmm...

So, apa tunggu lagi, kalau ke Kuala Perlis, jangan lupa pekena laksa ni noh...Gerenti tak menyesal punya. hehehe...:)

CUCUR UDANG

Nak tau, ni la cucur favourite saya. Saya paling suka makan cucur ni. Kalau dalam sebulan tu, mesti dua tiga kali saya akan goreng cucur ni. Memang superb la kata Mr. hubby sebab dia pun suka cucur udang yang saya buat ni. hehehe...



Bahan-bahan nak buat cucur udang
Tepung gandum (agak2 je ye)
udang (ikut suka nak banyak mana)
taugeh (sama jugak, ikut suka nak banyak mana)
cili kisar (satu sudu besar. Nak pedas lagi, ikut suka la banyak mana)
kucai (seimbangkan dengan taugeh ye)
bawang besar (sebiji pun dah cukup
tepung baking powder (secubit je atau hujung sudu kecil)
telur sebiji
Air suam/ Air masak
Garam dan gula secukup rasa
Kunyit sedikit (ikutla nak warna terang atau tak)

Cara membuatnya:
Semua bahan2 tu gaul je sekali ye. Saya bukan chef so tak reti nak explain ala2 chef ni. hehehe...:) Janji ada rasa cucur udang tu okla kan? peace...:)

Dah siap digoreng, boleh makan panas2 dengan air teh o di waktu petang. Sure menjilat jari punya. hehehe....



Ok, selamat mencuba...(walaupun senang sangat sebenarnya). Ntah2, cucur udang korang buat lagi sedap kan? huhu....Xpela, bley variasikan cucur udang anda...:p


SAYA JUMPA JUARA USTAZAH PILIHAN MUSIM PERTAMA...USTAZAH FIRUZ AKHTAR!!!

Saya malas sangat masak so ajakla roomate/housemate/husband/bestfriend saya keluar lunch kat luar. So we all pegi makan di Em Best Cafe. Kami mmg sll jugak lunch kat sini sebab makanannya sedap2 jugak. Tambahan pula ada ikan bakar dan sebagainya so harusla layan kan sebab aku penggemar ikan bakar.

Bila dah habis makan, nak gi cuci tangan. Husband aku terpandang sesorang dan dia macam kenal. Katanya ..."anje, tu ustazah pilihan". Aku dengar je ustazah pilihan, aku terus pandang belakang. A'ahla, tu juara ustazah pilihan musim pertama, ustazah Firuz Akhtar. Hmm... mesti amik gambar dengan dia ni tapi sebelum tu, jom kita cuci tangan dulu bersih2 sebab nak salam dan peluk cium dengan ustazah comel ni...hehehe...

Ni Ustazah Firuz Akhtar binti Mohamad Bohari masa jadi juara Ustazah Pilihan musim pertama dulu...:)

So bile dah selesai, aku cepat2 tegur ustazah Firuz. Dan aku minta tolong Mr. Hubby aku untuk tolong ambilkan gambar aku dan ustazah. Dan inilah hasilnya amik gambo dalam kelam kabut tu kan sebab ustazah Firuz bungkus je lauk pauk sbb dia dah nak balik umah. Aku tak sempat nak amik autografnya sebab aku tak bawak pen or kertas sekalipun. huhu....sayang seribu kali sayang.


Saya dan juga Ustazah Firuz Akhtar, juara Ustazah Pilihan musim pertama. Walaupun tanpa make up, ustazah masih maintain manis kan? Sweet sangat mukanya

Tapi Ustazah Firuz ni mmg duduk di Tanjong Malim ye. Dia duduk di Taman Bernam. Tapi yelah, nak jumpa ustazah sll bukan senang, ye tak? Takpelah, at least ada jugak kenangan aku bergambar dengan ustazah ni.

 

Encik suami jelous sbb tak dapat bergambar dengan ustazah. hehehe...mana boleh kan. silap2 ustazah pun tak nak bergambar dengan suami orang ni. Tapi aku tak tanya pun. maleh nak tanya. hoho...biar je suami aku tak payah bergambar dengan ustazah. lagipun aku yang cemburu. hehehe...

TAMAN TASEK TAIPING

Seronok sangat kalau datang ke Taiping ni. Paling penting sekali jangan lupa untuk singgah dan melepak di Taman Tasik Taiping. Sekali sekala dating dengan husband macam orang bercinta seronok jugak ye sebab aku dan suami tak melalui zaman percintaan yang panjang...So sesekali jalan2 cam sepasang kekasih merpati sejoli ni best jugak ye? Enjoy...:)










 
So, itulah serba sedikit hasil dari jalan2 kat Taman Tasek Taiping yang best ni! InsyaAllah, aku akan datang lagi sebab tempat ni mmg cantik sangat. Pemandangannya saujana mata memandang... Sejuk je...dengan kehijauan pokok2nya yang memang best!Aku suka:)


TAK SABARNYA NAK JADI MAMA

Tetiba bila aku dengar adik kepada kawan aku ni kehilangan bayi dalam kandungannya yang almost dah berusia 28 minggu ( tetiba tiada denyutan nadi/jantung), aku jadi cuak...Takutnya aku ya Allah. Walaupun aku tahu semua ni adalah ketentuan Allah jua. Tapi aku tetap rasa cuak.

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan aku dalam mengejar impian untuk bergelar mama, ibu, umi, mummy, mak atau apa jua gelaran seangkatan dengannya. Aku sangat tidak sabar untuk bergelar seorang ibu. Semoga Allah memperkenankan doaku ini...Amin...:)

Bukan mudah rupanya perjalanan untuk bergelar seorang ibu ni. Semoga aku kuat dan tabah dalam melalui perjalanan yang penuh berliku ini...Semoga impian ini akan menjadi kenyataan. InsyaAllah, dengan izinNya jua.

Rabu, 27 Jun 2012

JOM PEGI KE PESTA FLORIA PUTRAJAYA 2012

Lama sangat-sangat dah rasanya tak menaip dekat blog ni. Kurang pasti kenapa tapi mungkin sebab malas kot. Tapi kali ni rasa nak menaip pulak. So, apa lagi, terus buka pc dan buka blog saya yang dah bersarang ni.

Nak cerita pasal Pesta Floria. Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia ni akan mula dibuka dari 30 Jun - 8 Julai 2012. FLORIA 2012 juga akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

 
Bertemakan “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman. Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni !

Aku sudah tentu antara orang yang pasti tidak akan melepaskan peluang ini sebab aku dan suami aku ni memang suka sangat pegi Pesta Floria ni. Setiap tahun memang tak pernah melepaskan peluang ni. Apa  lagi, boleh ambil gambar banyak-banyak...Seronok sangat. Lagi pulak, masuk pun free. Adalah agak rugi kalau tak pegi kan?

Tahun ni tak tahu lagi bila nak pegi tp mungkin hujung minggu tak pun hari kerja la, orang tak ramai skit. hehehe...Tengok keadaan macam mana...Yang penting, kena pegi. Kawan-kawan, jangan lupa ajak keluarga ke sana ye? Best!!



Jemputlah datang beramai-ramai ke Pesta Floria Putrajaya 2012 ni ye....:)



Khamis, 10 Mei 2012

MAJLIS DOA SELAMAT DAN SALAM PERPINDAHAN KE PEJABAT DI BANGUNAN BARU

Entry kali ni nak cerita sikit pasal jamuan yang telah diadakan pada 13 April 2012 (Jumaat) yang lalu. Majlis jamuan makan ni diadakan sempena perpindahan ke pejabat kami di bangunan baru.

So lepas ni dah duduk level lain-lain, maka kami buatla jamuan ni. Sedey jugak rasanya terutama sekali aku la sebab nnt di level 6, aku berdua je dengan bos aku, Dato' Haji Mohd Shafie bin Arifin, pastu adalah beberapa orang pegawai. Kira tak ramai sangatla.

Tragisnya sebab kawan2 aku yang lain semua di level lain. Ada level 5, 4, 3, dan lain-lain. Aku dah takde kawan nak makan sama2 lagi nanti. Sedih sangat dan dah tentulah aku yang paling tak semangat nak pindah. Kalau ikutkan orang lain, dah banyak berkemas. Aku pulak baru masuk fail2 tertutup dalam satu kotak je. Hmm...

Takpela, kite tutup dulu cite sedey, mey kita layan apa pot luck yang kami bawa untuk jamuan tu. Best taw walaupun wasatiah je segalanya tapi aku puas hati sebab semua makanan yang dibawak sodap2. Thanks to kawan-kawan pejabat yang sudi bagi kerjasama. Sayang sangat kat you all taw...:)


 Apam Polka dot ni Puan Ijan yang bawak. Comel kan?



 Ni masalodeh...Kak Raja Suhaila yang bawak. Sedap!



 Keropok Ikan, sotong dan udang ni sape yang bawak? Cube teka? hihi...Sebenarnya akula yang bawak. Ada orang perli aku..."Pandai ye Erni goreng keropok? Sedap!!" Haha...sungguh takley terima dek akal pujian yg memandang sinis kat aku ni...Hampeh tul Akmal!




Ni karipap pusing (daging dan ayam), Kak Sarina yang bawak. sedap karipap ni...Frozen food yang telah digoreng oleh Kak Sarina...:) 



 Kek gula hangus ni Puan Nurul Afizal yang buat. Sedap...:)


 Orang yang bawak kuih ni takde lak masa jamuan. Aisyah yang bawak kuih ni. Kuih apa ye namanya?Aku lupala...Aku suka jugak kuih ni. Sodap...:)


 Dalam banyak-banyak makanan yang ada, aku paling banyak makan kuih ni la...Inilah dia kuih Cara Berlauk. Memanglah aku sangat-sangat suka. Sangat sedap.Ni Kak Suzaliza yang bawak ye...Mak mertuanya buat.



 Pizza ni sedap.Rotinya lembut je...Rugi aku makan satu je...Sbb perut dah kenyang masa tu. Ikutkan aku nak makan banyak lagi. Hmm...Pizza ni Kak Fazlina yang bawak..Dia tempah kat jiran di umahnya kalau tak salah..:)



 Ni pun mak mertua Kak Suza jugak yang buat. Cupcake...ada blueberry dalamnya. Memang mak mertuanya pandai buat kuih2 ni. Even biskut raya pun, sangat sedap dia buat.


 Dadih ni dah tentulah aku yang bawak sebab suami aku pun suka sangat makan dadih. Aku buat lebih untuk suami aku jugak. Ni dadih jagung. Sedap ke tak tu, aku tak tahulah. Kang puji diri sendiri kang, kembang lak...hoho...


 Buah tembikai ni Izan yang bawak. Rasanya manis walaupun warnanya nampak cam kurang menarik kan? Tula orang kata, don't judge a book by it's cover...:p


 Maruku ni masa jamuan, macam tak jalan sangat je sbb orang dok sibuk makan makanan lain, tapi lepas habis jamuan, esok lusa tuh, ni la makanan kudap2 paling sedap sekali. hehehe...:)



"Bolognese Spaghetti" ni dimasak oleh seorang lelaki bujang yang berumur 28 tahun. hihi...Lelaki itu adalah En. Iqbal. Rajin betul En. Iqbal ni masuk dapur ye dan dia memang pandai masak. Kagumla!! Sebab sedap sangat. Semua awas2 yang aku nak dalam kuahnya tu ada. Perfect!!


 
Yang ini memang tiada tandingannya sebab kalau aku yang masak cenggini, memang harus tak sedap. Dah banyak kali try masak mengikut resipi Kak Pah tetap tak terasa seperti yang dia masak. Memang superb! Ni Kak Pah yang masak ye...Makaroni goreng berempah...Nyam nyam...:)


So itulah antara pot luck yang kami bawa. Ada lagi, tp mungkin sebab aku takde ambik gambar. So, ini jelah...:)


 

NAK DIBUANG KESIAN,TAK DIBUANG GERAMMMMM.......

Itulah nasib yang aku alami sekarang ni. Cubala tengok muka burung ni....Kesian tak? kesian kan??? Comel je...

3 ekor anak burung yang masih hidup sehingga ke hari ini.

Kisah 3 ekor anak burung yang telah menjadi anak-anak angkatku secara tidak sengaja. Aku tidak tahu daripada mana datangnya anak2 burung ni. Tapi kerana merasakan mereka selamat di rumah aku agaknya, ibunya telah membuat sarang buat mereka berteduh di atas wayar (atas pintu rumahku)

Aku ceritakan pada jiranku, katanya murah rezeki aku dan suami sebab adanya burung tu. Aku pun tak tahu, tapi boleh jadi jugak. Aku dan suamiku sayang sangat2 burung ni tapi gerammmmm sangat jugak. Boleh bayangkan tak , kami ibarat membela burung ini tanpa bersangkar. Hebat kan? Dan burung2 ni sangat jinak. Masa suami aku nak amik gambo diorang pun, tak lari terbang pun diorang. Malah pandai pulak tengok kamera. Macam manala aku jadi tak sayang kat diorang? dah tentula aku sayang sangat kan?

Yang membuatkan aku gerammmmm dan hampir2 hilang sabar ni, apabila diorang ni "melabur saham" tu. Hangin sangat rasa. Sebab aku dan suami aku dah penat nak cuci lantai kat depan pintu tu. Ikutkan rasa amarah ni, mau aku musnahkan sarang burung ni. Dah lama burung2 ni bersarang kat umah aku sebenarnya dan selama itu la jugak, suami aku la terutamanya yang mencuci najis2 diorang. Hmm...kalau harap aku, rasa nak termuntah amat sebab buat sambil marah jugak kan. Hmm...

Banyak kali aku dah berhajat nak buang sarang burung ni tapi aku kesian sangat. Tula perasaan aku sekarang ni. Berbelah bagi. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Dibuang kesian, tak buang gerammmm.......Adoiii.........Tolongla aku wahai anak2ku sayang, janganla lagi berak kat lantai depan pintu umah aku tu.....aku sakit sangattt....Gerammmmmmm.....


Cuba tenung mata dan pandang muka burung ni, terasa sayu kan? Dengan bulu2 badannya yang halus teksturnya tu...Eiii...entahla....



 

Ni masa anak2 burung ni baru je menetas daripada telur ibunya. Empat ekor kesemuanya. Yang tengah nganga mulut 2 ekor tu sebab tunggu makanan daripada ibu diorang





Taraaaa....dah sampai pun ibunya bawak makanan bagi kat anak2nye yang tengah lapar.Comel je kan nganga mulut gitu...Hmm...:) Mesti ibu dia cakap, nanti dah boleh terbang, carik makanan sendiri taw..Hmm...:p



 
Hmm...macam mana burung tu boleh tinggal 3? Bukan aku yang masak buat burung goreng berempah ye. Hihi....Pada asalnya ada 4 ekor tapi seekor lagi tu mati. Jatuh atas lantai tempat parking kereta rumah aku. Aku sedih plak tengok bila mana tengok bangkai burung dikelilingi oleh semut-semut. Aku dan suami aku rasa mungkin anak burung yang satu tu mati masa maknya nak cuba bawak dia terbang dan terhempas agaknya. Sedih aku tengok. Menitis jugakla air mata.



 
Kini yang tinggal hanya 3 ekor ni sahaja. Mereka berjuang untuk hidup... Sayang kat kalian, tapi aku jugak geram amat sangat ngan kalian.........Hmmm........Sabar jela...Semoga Allah terus cekalkan hatiku untuk sayang kalian walaupun korang dah buat onar kat umah aku. huhu...


Kesimpulannya yang aku boleh buat kat sini, sayangilah burung kerana burung ni pun nak hidup cam kita jugak. Grrr..........:p


PERGINYA SEORANG ISTERI JUGA SEORANG IBU SRIKANDI KELUARGA

Aku sekali lagi menerima berita sedih. Isteri kepada salah seorang sahabat (Tunku Indra) juga masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, telah meninggal dunia. Isterinya telah kembali kerahmatullah setelah kritikal akibat daripada kemalangan yang berlaku di Sepang. Berita ini juga sangat menyedihkan. Dan lebih menyedihkan apabila mengetahui bahawa Arwah Khairina sedang hamil anak kedua. Beliau pergi bersama anak di dalam kandungannya.

Aku memang tidak kenal isteri Tunku Indra, tapi pemergiannya tetap meruntun hatiku. Sedihnya mengenangkan seorang anak kecil, Tunku Karmila yang sudah tidak beribu lagi. Sedih...terlalu sedih namun sebagai seorang Islam, kita harus redha dengan pemergiannya kerana esok lusa, mungkin masa kita pula.

Buat arwah Khairina, semoga tenang di sana. Semoga arwah akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Aku turut dimaklumkan yang ibu Tunku Indra turut berada dalam keadaan kritikal tika ini. Marilah sama-sama kita mendoakan agar ibu Tunku Indra akan pulih seperti sediakala. Amin...

Buat sahabatku Tunku Indra, bersabarlah menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun hidup ini tetap perlu diteruskan demi anak kecil, Tunku Karmila yang sangat memerlukanmu selaku ayahnya. Bersabarlah dan berdoalah agar arwah isteri dan anakmu akan tenang di sana.


Gambar Tunku Indra bersama arwah isterinya, Khairina dan puteri mereka Tunku Karmila (diambil daripada FB Tunku Indra)

Buat teman-temanku, marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Khairina yang telah kembali kerahmatullah pada 5 Mei 2012. Semoga rohnya sentiasa tenang dan akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kelak.

~Al-Fatihah~

Amin........



Rabu, 9 Mei 2012

PERGINYA MEREKA TAKKAN KEMBALI LAGI

Suami isteri maut, bayi selamat nahas

07/05/2012 4:15pm


KUANTAN - Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka yang berusia enam bulan cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 205.31 Lebuhraya Pantai Timur dekat Gambang di sini petang semalam.

Mangsa yang menetap di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dan isterinya, Siti Rohani Abd. Halim, 26, meninggal di tempat kejadian.

Bayi mereka, Ahmad Uzair hanya cedera ringan walaupun tercampak keluar dari kereta dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Pihak hospital memaklumkan bayi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami luka-luka kecil.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kerteh, Terengganu menuju ke Kuala Lumpur.

"Kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu Ahmad Hakimi dipercayai terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa yang sama sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan cuba mengelak kereta mangsa, tetapi ia juga turut terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan, namun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita dipetik daripada Akhbar Kosmo Online:)

Berita dari Akhbar Kosmo, Selasa 8 Mei 2012


Sangat sedih rasanya berita ni sebab sepasang suami isteri yang meninggal tu adalah senior saya masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Arwah Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi merupakan seorang ketua pelajar pada tahun 1998.


Arwah Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi  dan isterinya Siti Rohani Abd. Halim yang telah pergi buat selama-lamanya (gambar dipetik daripada Facebook Arwah)


Arwah Brother Kimi bersama anaknya Ahmad Uzair. Sayu rasanya hati memandang muka anak kecil ini yang telah bergelar yatim piatu.


Salam Takziah buat keluarga Arwah suami isteri ini.  Yang paling sangat menyedihkan adalah anak kecil yang terselamat dalam kemalangan itu dan kini telah menjadi yatim piatu. Itulah dia Ahmad Uzair bin Ahmad Hakimi.

Ayuh, sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk kedua-dua arwah yang telah kembali kerahmatullah pada 6 Mei 2012. Semoga roh mereka berdua akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Amin...


Jumaat, 27 April 2012

AYAT-AYAT CINTA

Novel ayat-ayat cinta ni adalah novel yang paling aku gemar. Hasil tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Aku sangat jatuh cinta dengan novel ni...Memang best jalan ceritanya dan filemnya pun sangat BEST!


PASAR MALAM TANJONG MALIM

Sesekali rasa nak jugak jalan2 ke Pasar Malam kan? Tapi aku ngan hubby ke pasar malam bukanlah nak beli apa sangat pun. Kekadang tu kami cuma cari makanan je. Macam baru-baru ni aku gi pasar malam mencari makanan je semata-mata.. Tapi best sbb aku dapat beli makanan kegemaran aku walaupun tak semua...Tapi adalah juga beberapa. hihi....:)

 
Aku tak pernah beli putu piring ni sebenarnya tapi dek kerana terpukau dengan kegebuannya, maka aku beli. Murah je... 3 ni cuma RM1. Saje nak try rasa. Kalau sedap ni, nanti boleh beli lagi. Tapi serius memang sedap!


Ahaaaa...nila yang aku cari2....Burung puyuh goreng kunyit. Lama dah tak makan sebab jarang ke pasar malam. So dapat jugak aku beli burung puyuh kegemaran aku dan suami ni. Memangla sedap sangat cicah dengan cili sos...:) Nyam nyam.....


Buah mangga epal dan mangga lonjong tu aku tak tahu namanya. Aku memang penggemar buah mangga...:)


Jangan terkejut sebab aku beli mangga lagi. Heheheh...tak abis-abis dengan mangga ye. Tapi mangga ni best sebab isi dalamnya kuning dan rasanya manis...Sedap!


Ni sayur yang aku dan suami aku suka iaitu Kailan. Best kalau buat kailan ikan masin atau masak kailan belacan. Taruk udang skit. Memang superb!!


Buah tembikai susu. Ni pun aku suka tapi yang manisla. Kebetulan murah sangat. Aku beli. RM2 je....Isinya sedap, manis dan menepati citarasa aku...:)


Ni lagi salah satu makanan yang wajib aku beli kalau ke pasar malam. Apa lagi kalau bukan Putu Mayam....Memang sedap hingga menjilat jari. Dulu hubby aku tak minat, skg dia pun sama naik dengan aku, suka melayan putu mayam ni...Sedap...:)

Ada lagi satu makanan yang aku beli iaitu Murtabak. Murtabak yang paling tersedap di Tanjung Malim ni tapi aku lupa amik gambo la...hehehe....Mmg best la sangat dan aku selalunya akan beli murtabak daging. Aku suka tengok suami isteri yang menjual murtabak ni. Muka diorang sentiasa tersenyum je....Pendek kata, pandai mereka melayan pelanggan dan aku selesa membeli dengan mereka.Bagus ye pakcik dan makcik...Teruskan begitu ok?...:p