Dah lama sangat nak buat entry ni tapi masa yang memang takde ataupun sebenarnya memang aku malas. ..:p. Sebenarnya, dilahirkan menjadi aku bukanlah sesuatu yang terlalu banyak kegembiraannya kerana adakala duka juga datang menerjah. Tapi aku tetap bersyukur kepada Allah SWT kerana aku dilahirkan menjadi aku...Erni Safura Binti Awang. Satu nama yang jarang sekali kedengaran....
Hidup ini terlalu banyak pancaroba sehingga adakalanya aku terasa seperti tidak kuat untuk melaluinya tapi siapalah aku untuk menidakkan ketentuan yang telah Allah aturkan buatku. Tanpa aku sedari, ketentuan itu sebenarnya memang yang terindah dan terbaik sekali buatku. Maka aku harus terima dengan keikhlasan hati yang tak berbelah bahagi dan aku redha segalanya.
Perkahwinan dengan suamiku yang tersayang, Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin adalah sebuah ikatan pernikahan yang suci dan tulus dan memang dengan kerelaan hatiku kerana aku yang memilih dia... Padaku dia adalah pilihan yang terindah dan terbaik yang pernah aku jumpa. Dia terlalu istimewa. Tak terungkap dengan kata-kata betapa istimewanya dia di mataku sehingga bila terkenangkan segala kesilapanku kepadanya, aku akan menangis kerana terkadang seperti menyesal melukai hatinya. Di mana lagi dapatku cari suami sepertinya yang sangat bersabar dengan kerenahku, yang sangat sayang, kasih dan cintakan aku sepenuh hatinya. Terlalu mulia hatinya sehingga meletakkan aku di sisinya untuk dibelai dan dimanja selayaknya sebagai seorang isteri. Makan minum, pakai dan tempat tinggalku dijaga sebaiknya. Rajin dia menolong aku membuat kerja rumah dan tidak sedikit pun merungut di kala dia keletihan. Ohhhh............dia terlalu istimewa selayaknya seorang suami yang soleh dan budiman. Jauh di sudut hatiku, rasa kecintaanku padanya bukan sedikit malah memenuhi ruang hati ini.
Perkahwinan kami diuji saban tahun bila mana aku tidak pernah memberikan dia berita gembira. Semua orang tertanya-tanya soalan yang sama. Bagaimana aku harus menjawab persoalan mereka?? Dia tidak sekali menyakitkan hatiku di kala semua orang telah membuatkan hatiku bernanah, berdarah.....Dia terus-terus memujuk dan menenangkan aku. Soalan yang sering diajukan "Bila nak ada anak ni?". Adakah mereka mengetahui bahawa urusan anak itu bukan urusanku kerana aku hanya mampu berusaha tapi yang menentukan segalanya adalah Allah SWT jua? Terkadang mereka mungkin suka bertanya begitu tanpa sedikit pun memikir perasaanku atau mereka sebenarnya terlalu mengambil berat tentangku? Ntahla...Tapi aku tetap rasa sakit hati bila aku rasa aku dipersenda dengan soalan itu.
Sehinggalah hampir ke tahun 5 usia perkahwinan kami, akhirnya mungkin
doaku dan juga suamiku telah dimakbulkan Allah jua. Aku akhirnya
disahkan mengandung!!!!!! Kupanjatkan rasa syukur yang tak terhingga
kepada Allah dengan berita gembira ini. Syukur Alhamdulillah. Itulah
berita yang kami nanti-nantikan saban tahun. Perit, terlalu perit
menantinya tapi hari ini, aku mampu tersenyum dan bersyukur sangat pada
Allah.
Berita gembira ini mungkin menjadi kemusyhkilan
kawan-kawanku, saudara mara dan lain-lain. Persoalan lain pulak yang
timbul............."Macam mana Erni boleh
mengandung????"..............Ya Allah, masih belum berhenti rupanya
persoalan ini. Tapi tidak mengapa, aku rela berkongsi. Kalian, aku
bukanlah penentu bagi membolehkan aku mengandung zuriat suamiku ini tapi
semua ini adalah ketentuan Allah jua. Jika DIA menghendaki terjadinya
sesuatu, maka terjadilah. Aku tidak tahu usaha mana satu yang
menyebabkan aku berjaya hamil.
Kalau ditanya usaha, sudah pasti, aku berusaha tanpa kenal erti putus asa. Aku berusaha dengan hospital pakar kerajaan daripada tahun 2009 dan usaha memakan clomid untuk membesarkan saiz telurku nyata belum cukup kuat untuk membuatkanku berjaya hamil. Aku usaha lagi.......ke klinik pakar swasta, Dr. Hamid Arshat. Jangan tanya berapa banyak wang yang telah aku belanjakan kerana kedua-dua usaha yang aku buat tu dah tentulah dengan duit yang banyak. Beribu-ribu habisnya, dengan ulang alik ke hospital, duit minyak kereta, bayaran ubat dan sebagainya. Tapi, Allah belum nak bagi rupanya. Aku usaha lagi dan akhirnya doctor mencadangkan agar aku membuat IUI, satu proses untuk memasukkan sperma ke dalam rahimku. Masa tu, aku terlalu sedih sehingga tak tahu nak cakap macam mana lagi. Susah rupanya untuk memiliki seorang zuriat sekalipun. Aku menangis semahunya dan bertanya kepada Allah, kenapa aku yang diuji begitu? Di mana keimananku ketika itu, aku kurang pasti. Suamiku tenang, dia terus memujukku dan terus menyabarkan aku. Katanya, ini semua ujian Allah untuk kita. Bersabarlah sayang.......aku masih terus menangis...
Kusangkakan proses untuk membuat IUI itu mudah, tapi tidak rupanya...Aku perlu juga makan clomid untuk memastikan saiz telur aku besar dan barulah sperma boleh disuntik bagi membolehkannya bersenyawa dengan telurku. Allah uji aku lagi bila mana , saiz telur tidak ada yang besar. Lagila aku menangis. Aku dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan. Nyata, ia bukanlah mudah. Sukar, terlalu sukar.
Aku hampir berputus asa tapi masih mencuba dengan pelbagai usaha. Aku layari macam-macam cara di internet untuk mengetahui petua mudah hamil, kubeli e-book petua mudah hamil dan senang hamil juga. Di situ saja, aku menghabiskan hampir RM100. Kubeli produk biodex yang beribu harganya untuk tempoh beberapa bulan. Tanpa putus asa, aku terus mengamalkannya, kubeli susu kambing hi goat, minum setiap pagi dan malam....Aku minum air zam zam, minum air bacaan fatihah dan yaasin (suami aku yang buat) dan aku juga mengamalkan makan buah kurma, kismis dan habbatussauda (13 biji sehari untuk aku dan suami). Aku juga beli krim lumiglow dan sapu di perut, badan dan sebagainya. Aku selalu juga membaca doa Nabi Zakaria...ada 3 doa untuk dapat zuriat yang aku amalkan.Aku amalkan juga makan spirulina dan EPO. Itulah antara usaha yang aku lakukan. Walaupun kekadang mungkin tak konsisten, tapi ia berterusan.
Usaha-usaha di atas dan dengan keizinan Allah jualah yang telah memberikan aku rezeki untuk mengandung. Syukur Alhamdulillah, sehingga entry ini ditulis, kandunganku sudah hampir 7 bulan. Aku dah tak sabar rasanya nak tunggu kehadiran anak pertama kami ini.
Oh ya, sebelum terlupa, macam mana aku boleh tahu yang aku mengandung. Aku ni memang irregular menses pada awalnya. Tapi selepas amalkan EPO, alhamdulillah, period dah makin ok. Kemudian, lama jugak aku tak period tetiba je, aku pun pelik. Suami aku suruh aku buat UPT, tapi aku tak nak sebab aku fikir mesti negatif. Lagi pulak, dia pelik tengok muka aku banyak jerawat, so dia suruh jugak buat. Aku tak nak jugak. Sehinggalah satu petang, aku balik keje, siap makan trifle topping nanas yang aku buat sendiri. Sedap sangat melayan trifle tu, sehingga akhirnya aku tersedar. Terdetik persoalan di benakku, macam mana kalau aku mengandung??? Aku boleh keguguran kalau makan nanas ni..... Aku pun terus bergegas ke bilik dan ambil set urine test yang memang ada satu je lagi. Aku masuk toilet dan terus buat urine test. Menggigil aku pegang urine test tu bila keputusannya POSITIF!!!!!!!!. Ya Allah, POSITIF!!!!!!!!! Memang ada 2 line kat situ. Aku sebak sangat dan terus menangis. Tidakku sangka tapi aku masih was-was seperti tak percaya. Aku terus telefon suamiku, dan aku khabarkan berita gembira itu.....Dia sangat happy dan mengucap "Syukur Alhamdulillah". Terus sujud syukur kami kepada Allah. Tak terkata gembiranya hati kami ya Allah....
Nilah keputusan urine test tu. Positif...Ntah kan urine test yang keberapa sepanjang usia perkahwinan yang hampir menjengah 5 tahun ini.
Suami aku tak putus-putus sms aku dan menyatakan kegembiraannya. Terseyum je dia kat tempat kerja. Balik pada kerja tu, kami terus solat Maghrib berjemaah dan terus bersiap keluar. Kami terus ke Klinik Nabila (Klinik panel Proton). Doctor scan dan akhirnya kata Doctor " YES, YOU ARE PREGNANT!!!" Sekali lagi mengalir air mata aku ..Doktor tu pun terharu dan bergenang juga air matanya. Dia pun tahu dah saban tahun kami datang jumpa dia (dok sangka pregnant sebelum ni tapi tak penah pun) sbb tu dia tahu history aku dan suami...
Hasil scan menunjukkan yang aku sememangnya hamil. Masa tu kandungan aku baru nak masuk 5 minggu.
Balik dari scan tu, kami singgah kedai makan. Kerana terlalu gembira, aku sampai tak berselera nak makan....huhu....Nilah berita yang kunanti-nantikan selama ini........Syukur padaMu Ya Allah.............:) Berita yang sangat menggembirakan. Syukur Alhamdulillah............:)
Aku simpan baik-baik kedua-dua keputusan ini sebagai kenangan yang terindah dalam hidupku dan suamiku....:)