Powered By Blogger

Rabu, 29 Februari 2012

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 3)

Hi guys...sambungan siri ke 3 kisah Percutian di Tasik Kenyir yang sangat best !!


 
Petang lepas sampai tu, kitorang jalan2 je kat bawah dekat tempat letak bot, tengok sangkar2 ikan, dan kitorang berkayak. Memang ni antara aktiviti yang agak best di sini. Seronoknya berkayak. Aku partner dengan suami aku dan abang ipar dengan adik ipar aku. Bayar sewa kayak ni kalau tak salah aku cuma RM10 je untuk 45 minit tapi rasanya kitorang  berkayak ni dekat sejam lebih. Abg tu cam ok je tak panggil kitorang...:) Dia bagi chance la kat kitorang. Bagusla..baik hati..:)



Bersiap sedia sebelum turun berkayak jap lagi. Tak sabarnya rasa hati...:)


Korang taw tak, suami aku ni mmg la takut air2 dalam ni tapi dek kerana keterujaan dia, dia lupa yang dia takut. Punyalah excited gile mendayung sampai ke tengah tasik. Siap kami berlumba lagi. Hehehe....Bila dah habis berkayak, baru la suami aku tersedar yang dia sebenarnya sangat takut. Dan bile membayangkan dia ley berkayak di tengah2 tasik tadi, memang dia sangat ngeri katanya. hhmmm...:)



Peace.....Jom kita berkayak



Kayuh bang...:)



Kayakan baru bermula..



Dah habis dah...:)




Yes!! Sonok sangat dapat naik kayak ni....



Habis basah2 dah baju aku. Memang best la naik kayak ni...:)



Sebelum naik ke banglo kitorang, pegi tengok2 ikan di dalam sangkar ikan kat belakang tu dulu. Takut jugak aku jalan atas plastik apung kuning tu, cam nak terjatuh je... Tapi InsyaAllah, aku boleh berenang...:)


Ni sebahagian sangkar2 ikan yang ada di sini...:)
Ok, tu antara 2 aktiviti yang kitorang buat untuk hari pertama ni...Memang bestla berkayak. Bagi ikan makan dalam sangkar pun, sangat seronok jugak sebab aku dan suami aku memang suka ikan. Kami pun ada bela ikan puyu kat umah. So kit0rang memang sayang sangat2 kat ikan ni...
Sampai sini dulu untuk siri yang ke 3 ni dan aku akan sambung lagi dengan siri ke 4 lepas ni...:)

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 2)

Aku sambung lagi kisah percutian aku ke Tasik Kenyir ni ye....Panjang lagi ni taw...hehehe...:)


Dah sampai kat jeti Tasik Kenyir, kira-kira jam 4 petang gitula, aku kena tunggu bot sampai jap untuk amik kitorang ke Banglo yang disewa. Aku sewa Rumah Peranginan Persekutuan je. Jimat dan murah, serta bestla banglonya. Banglo yang ala-ala kayu cengal ke hape ntah ni, mmg menarik la bagi aku...:) Perjalanan naik bot tu dalam 20 minit je kot. Aku dah lama tak naik bot. So terujala skit kan. hihi...:) Syok...Angin banyak.


Ni kat atas bot dah.Senyum leborrr...suke sangat la tu...:)





Ni dengan adik ipar aku, Pija...:)



Sedey tak sedeynya di Tasik Kenyir ni, payah gile nak cari kedai especially bile dah sampai ke pulau-pulau kecil ni. Kalau nak pegi, kena naik bot. Hmm...rasa nak nangis. . Mana taknya selalu aku dapat makan makanan yang sedap2 tapi kali ni kena makan ala kadar je. Kebetulan di challet yang aku duduk tu adala jual makanan2 dalam tin macam sardin, kari ayam, susu, gula, telur. Dan ada sorang brother yang baik hati skit telah menyumbangkan beras pada kami. Cukuplah untuk 3 hari kami di sana... hehehe... Terima kasih ye abg. Semoga Allah memurahkan lagi rezekimu. Amin...



Aku ngan Pija lagi kat atas bot...:) Dah nak dekat sampai ni.



Sampai jugak aku kat sini. Syukur padaMu Ya Allah yang telah menyelamatkan perjalanan ini



Sesampainya di jeti tu, aku check in dulu di Jeti Rekreasi Air taw dan Encik yang jaga kunci tu pun dah bagi satu kunci banglo pada aku. Nama banglo kami Penarahan. Tak sabar rasanya nak mencari banglo tu. Oh, di mana lokasinya. Aku lupala berapa biji banglo yang ada di sini. Untuk orang yang keje gomen, korang ley tengok dekat laman web BPH di http://www.bph.gov.my/

Ni kat jeti kecil di Pulau Sah Kecil ni. Jeti rekreasi air namanya...:) Masa ni dah amik kunci ye... Tak sabar rasanya.



Borat pulak raso beg den ni bilo angkat sambil naik tangga ni. Lomah den ngangkatnyo..Ni la pasalnya bawak barang banyak bonar...:)




Abg ipar aku Abg Rocky dan adik ipar aku Pija....Jalan lagi...skit je lagi nak sampai...hihi...



Tengok suami aku kat belakang tu. Mesti letih mengangkat beg aku tu. Biasalah orang perempuan. Banyak aksesori...:)Jangan marah ye sayang....Sabarlah melayan kerenah isterimu ini kerana sesungguhnya Allah sedang mengujimu...


Syukur Alhamdulillah, aku berjaya jugak mendaki anak2 tangga tu untuk sampai ke Banglo kami yang namanya Penarahan.

Carilah, di mana banglo yang aku duduk tu? Namanya Penarahan...:)


Sampai kat Challet mmg kebulur rasanya. So apa lagi, melantak mee maggie cepat dimasakla. Makan jugak biskut2, jajan yang dibawak dari umah tadi kan. Okla tu alas perut...:)


Ok, tu je entry untuk kali ni ye. Nanti aku sambung lagi. Citer Tasik Kenyir belum habis lagi taw...Banyak lagi.hihi...

BESTNYA TASIK KENYIR (SIRI 1)

Sape yang pernah pegi Tasik Kenyir. Aku penah pegi dengan abang ipar aku, dengan adik ipar aku dan dengan suami aku la. Kami pegi berempat. Aku bertolak dari rumah mak mertua aku di Kampar. Aku ni pada 17 hingga 19 April 2010.


 
Ni bergambar jap dengan suami aku lepas kami singgah kejap kat toilet. Toiletnya tak tahula aku nak kata...Hmm....terpaksa jela sbb tu je yang kitorang jumpa. Geli aku....Haa...belakang tu keta VIVA aku yang banyak sangat jasanya. Sayang gile kat VIVA ni...:)


 
Nak taw, kitorang ikut Simpang Pulai, Gua Musang. Kiranya aku tak ikut belah Gerik, Kelantan semua tu. Dua perkataan yang aku nak sebut untuk describe ttg Tasik Kenyir ni adalah SANGAT JAUH!!! Memang jauh gile. Dahla kitorang drive je, bukan naik flight or ape kan...Drive ok. Yang drive tu abang ipar aku dan suami aku la...Kesian...Letih gile kot. Hmm...


 
Penatnya hanya Allah sajelah yang tahu. Dan jalan yang kami lalui tu serius sangatla merbahaya. Kalau tak berhati2, mau orang tak jumpa kami dah. Mana taknya, jalan raya boleh tinggal sebelah sebab sebelah lagi RUNTUH. hoho...boleh bayangkan tak kengeriannya.


 
Aku bukan tak suggest untuk orang yang nak pegi. Tapi kalau pegi orang2 dewasa dan sukakan aktiviti yang mencabar gini, ya, aku boleh katakan memang amat sesuai. Tapi kalau pegi nak bawak anak2 kecik, oh NO!!. Sangat bahaya kot. Lagi pulak, nak ke Tasik Kenyir ni banyak lalu kawasan hutan..Menyeramkan...Jalan siang pun rasa seram2 sejuk je. Ni kan pulak kalau malam. Mau aku nangis dalam keta.


 
Sepanjang perjalanan nak sampai ke Tasik Kenyir tu, susah gile kot nak jumpa kedai makan. Kalau ada pun sebuah sebuah je. Tu pun , kedai kecik. Aku tak pastila pulak apa makanan yang ada. Hmmm.....


 

Ni antara laluan yang kami lalu.Ni tak mencabar sangat lagi. Yang lagi mencabar, masuk dalam ladang kelapa sawit dengan jalan yang tak ber'tar'nya.



Perjalanan nak sampai ke Tasik Kenyir ni dari Kampar ambil masa hampir 8 ke 9 jam. Boleh bayangkan betapa jauhnya. Kalau ikut Gerik lagila...hampir 12-13 jam. Gileeeerrr punye jauh kan?


 
Masa aku gi Tasik Kenyir ni, suami aku belumla ada GPS lagi. Tapi kalau ada pun tak tahu, satelit boleh bace ke idak dengan hutan penuh. Line telefon mmg takdela. Tula aku cakap, kami ni kamikaze. Kalaula jadi apa2 kat kami dalam hutan tu, memang kami tak boleh nak hubungi sape2 la. Coverage memangla takde selalu. Sungguh tragis ok..


 
Aku masa dah nak dekat2 sampai ke Tasik Kenyir, boleh lak sesat. Dahla minyak keta cukup2 je ni sebab sepanjang perjalanan tu memang takde petrol station. Ya Allah, memang la aku takut sangat-sangat. Takut sangat ok. Minyak yg ada kami terpaksa berjimat cermat dengan tidak memasang aircond. So mmg hangatla dalam keta tu. Harapkan angin dari luar je. Dan aku jugak mengharapkan agar kami tidak lagi tersesat agar minyak dapat dijimatkan. Nasibla jugak masa tu kami naik kereta yang jimat minyak iaitu kereta VIVA forever aku... Banyak jasa keta tu. Dari utara, ke Selatan, semua dah sampai. Sebab tu aku sayang sangat keta VIVA aku ni.  Sayang gile kot..


 
Akhirnya aku sampai juga ke Tasik Kenyir ni.Sukanya hati aku Ya Allah...Seronok sangat rasanya...Hmmm....tak sangka sampai sini.

Ok, aku stop sini dulu. Nanti ada masa, aku sambung lagi ok. Banyak lagi yang aku nak citer tentang Tasik Kenyir ni. Tunggu.............:)

Selasa, 28 Februari 2012

INDAHNYA TANJONG MALIM, PERAK

Tarikh 22 Jun 2008 adalah hari pertama aku berpindah ke Tanjong Malim. Aku berpindah sebab mengikut suami aku yang bekerja di Proton Tanjong Malim. Tu pun lama jugak aku berjauhan dari suami aku. Aku dok sorang2 je kat Putrajaya dulu. Dari mula kawin 15 Disember 2007 hinggalah 21 Jun 2008 (ni dalam tempoh suami isteri yang aku dok jauh). Sebelum tu bujang takpela lagi sebab aku duduk dengan kawan-kawan kat umah bujangkan.  Hampir 7 bulan dok jauh dan bagi aku, itu pun dah cukup lama bagi aku.



Dulu aku rasa berat sangat nak tinggalkan Putrajaya yang aku sayang, terutama kawan2 di opis lama aku dulu, di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Aku sangat rindukan emak angkatku, Kamisah Binti Lembek....uwaaaa...Mak, rindunya dekat Mak taw. Aku jugak rindukan kawan-kawan yang baik sangat dengan aku, Kak Rafidah Binti Ayob, Datin Zanariah binti Mohd Arif, Kak Rohani binti Bohari, Kak Norshireen Binti Noordin, Masuri Binti Zulkifli, Mama Liza, Asmalinda, Lela, Ilah, Zuwa, Siti,Kak Yan, Kak Wati dan ramai lagi kawan2 aku kat sana... Kak Habsah, kak Ros, Kak Ana, kak Mi.... dan ramai lagi la yang aku tak sebut dalam ni.

Ni aku dengan Suri. Aku dah anggap dia cam adik aku dah...Ni masa sambutan Hari Pekerja di Stadium Nasional Bukit Jalil. Syok sangat masa ni


Yang baju ungu depan tu la mak angkat aku, Kamisah Bt. Lembek, kanan sekali, Datin Zanariah, sebelah Kak Na plak, Kak Rohani dan Kak Fidah. Lagi sorang tu, org baru. Aku tak sempat nak kenal lebih, aku dah pindahkan, so tak ingat namanya dah.


ni aku dengan Kak Yan dan Kak Wati yang banyak tolong aku dan baik sangat2 dengan aku. Rindu sangat diorang


Aku terpaksa jugak tinggalkan Putrajaya kerana mengikut suami. Aku gagahkan diri jugakla walaupun tak rela sangat. Bila dah sampai di Tanjong Malim ni, perkataan pertama yang aku sebut...BESTNYA....!!! Seriously, aku suka sangat Tanjong Malim walaupun Putrajaya masih tetap di hati.

Pada aku, Tanjong Malim ni memang sangat menenangkan. Suasananya aman. Tak sibuk dengan hiruk pikuk macam di kota. Walaupun keratan akhbar ada mengatakan Tanjong Malim ni tercemar, tapi aku tak rasa plak pencemaran di Tanjong Malim ni kalau nak dibandingkan dengan Lembah Klang. Okla Tanjong Malim ni kan?

Macam-macam jugak ada kat sini walaupun mungkin shopping complex tidak segah seperti di Kuala Lumpur mahupun Putrajaya tapi sekurang-kurangnya apa yang aku nak kat sini semuanya ada. 

Tempat aku selalu beli barang2 dapur ni? Dah tentulah Pasaraya TF, Pasaraya Yatt Fong, dan Kedai India dekat2 umah aku tu. hehehehe...Yang lain-lain, aku gi pasar di Tanjong Malim mahupun kat Behrang Stesen. Jalan dah tentulah tak sesak macam KL kan? Even Putrajaya pun tak sesak juga cuma payah nak cari parking tambah2 kalau pegi pasar Presint 8. Tu yang aku tak suka. Alih2 aku beli ikan jam 12.30 tengah hari. Semua ikan dah nak dekat habis dah..huhu...

Apa yang menarik lagi di Tanjong Malim ni? Kat sini juga ada Klinik Kesihatan, ada Pusat Pengajian Tinggi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), alaaaa, yang kes budak nama Adam Adli tu? Yang pernah menggegarkan Malaysia dulu? Mesti korang ingatkan?

Tanjong Malim pun ada Secret Recipe, ada KFC, Tutti Frutti, ada Pizza Hut taw. Cuma McDonalds je yang belum ada. Aku harap semua tu akan ada one day. InsyaAllah.

Aha....ni kek Secret Recipe Favourite aku. Dah tentulah Chocolate Indulgence....:)

Banyak lagila yang menarik di Tanjong Malim dan di antara semua yang paling menarik tu, dah tentulah sebab di Tanjong Malim ni ada suami aku Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin. Tu yang aku suka tu..Syok sangat sbb hari2 boleh tengok dia, boleh tomoi2, bley manja2, bley makan sama2, dan lain2 lagila yang blh buat sama2. Syoknya. Patutla Islam mengatakan tempat seorang isteri tu di sisi suami dan skg ni aku tahu kenapa aku perlu ada di sisi suami aku..:)

Ini suamiku. Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin. Seronok dah duduk dengan suami dan sentiasa di sinya.

Tanjong Malim ni dengan Slim River idakle jauh beno. Aku kalau nak pegi hospital yang ada pakar2 ni aku pegi je Hospital Slim River. Di Slim River jugak ada tempat mandi manda ni iaitu Sungai Bil. Nanti aku upload gambo aku mandi kat Sungai Bil.Ni aku letak satu dua dulu ok..Syok taw Sungai Bil ni.


Ni antara pemandangan di Sungai Bil. Kat sini ada banyak batu2 juga tapi  ada jugak tempat yang dalam ni ye. Kalau nak mandi sini kena hati2. Risau lemas ke kan...:)


Tanjong Malim jugak dekat dengan Behrang. Behrang Ulu, Behrang 2020. Dan kerana Behrang Ulu ni dekat sangat dengan tempat keje aku sekarang iaitu Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), maka aku dan suami pun belilah umah di sini. Sekiah Makmur. Dekat jelah umah aku dengan opis aku ni. Nak taw berapa minit? 3-5 minit je. Jalan kaki pun boleh kalau aku nak gi keje ni tapi faham2 jela aku ni kan...Malas nak jalan kaki...:)


Ni ruang tamu dan ruang makan rumahku di Sekiah Makmur. Rumah ni aku beli dengan harga RM96k sahaja. Rumah ni ada 3 bilik tido dengan 2 bilik air. Keluasannya adalah 20x70 ok...:) Yang penting aku selesa duduk dengan suamiku. Kira rumah pertama kami. Yang lain-lain sebelum tu sewa je. Ni je yang mula2 kami beli...:)


Di opis aku ni pun syok jugak. Nak taw kenapa? Boleh buat aktiviti riadah macam2 such as, aku selalu je cycling dengan suami aku dari rumah sampai INSTUN, sampai ke Diamond Creek (kawasan perumahan elit tapi menyeramkan). Kat sini banyak umah2 VVIP yang tidak diduduki. Kekadang diorang beli mgkn sekadar nak berehat hujung minggu  je tapi rumah kat sini mmgla sangat2 cantik. Sangat cantik ok. Macam kedesaan Inggeris. Nanti ada masa aku amik gambo and aku masukkan kat sini ye...

Ok, sambung pasal cycling tadi. Aku ngan laki aku dua2 ada beskal. Kami suka berbasikal dan aku selalu berbasikal. Bila sampai ke INSTUN, aku dengan hubby aku akan sama2 terjun kat Kolam Renang di INSTUN. Jangan tak tahu, INSTUN ni ada kolam renang taw yang kat opis2 lain belum tentu lagi ada. Dah ala2 hotel 5 bintang kolam renang INSTUN ni. Takpe, nnt aku citer pasal INSTUN ni ok?


Nila kolam renang INSTUN. Paling dalam 1.2m je. Tapi okla kan? Syok mandi sini taw..:)


Banyak lagi aktiviti lain yang aku boleh buat di INSTUN ni dan dah tentulah lebih menjerumus kepada aktiviti sukan yang sangat menyeronokkan. Boleh main tenis, badminton, pingpong, bola sepak,bola jaring, bola tampar dan yang paling aku suka sbb ada gym...syok taw sbb banyak jugak alatan gym yang canggih2 ada kat sini. Alaaa...macam kat Kementerian Belia dan Sukan jugak. Teringat masa di Putrajaya, aku selalu ke sana dulu.Syok...!!!

Sekarang ni aku sambung balik citer tentang Tanjong Malim. Di sini juga ada kilang automotif yang terbesar di Malaysia dan jugak di Asia Tenggara kalau tak silap aku. Nak taw apa? Dah tentulah kilang kereta tempat suami aku bekerja skg ni....Proton Tanjong Malim Sdn Bhd. Sedikit sebanyak aku berbangga jugak sebab suami aku keje kat dalam tu... hehehe....


Kilang Proton Tanjung Malim. Ni kat Bahagian Painting.


Aset Proton ni macam2 sebenarnya tapi salah satu yang selalu menjadi kunjungan aku adalah Proton City. Aku suka datang Proton City kerana 3 sebab. Pertama sebab aku nak datang jalan2 di Tasik Proton City. Kedua sebab aku suka datang pasar malam di Proton City ni yang selalu dibuka pada hari Isnin setiap minggu dan yang ketiga adalah kerana aku memang suka ronda2 naik kereta, tengok kaki gunung Khatulistiwa. Maklumla, di sini mmg hampir sangat dengan Banjaran Titiwangsa. Menarikkan? Selalu nampak awan2, kabus2 yang sangat cantik dan mendamaikan. Sesekali muncul pelangi yang sangat2 indah...:)


 Nila Tasik Proton City. Ada lagi tempat menarik...ada jambatan.Track untuk jogging or jalan2...:)




Ni aku dan suamiku di Tasik Proton City. Son0k sangat jalan kat sini sambil tengok2 ikan..Tapi kekadang airnya keruh. Tengok keadaan

Hmm...kalau korang nak tahu lagi, kat Tanjong Malim ni jugak, banyak kedai makan yang sedap2 ok. Memang banyak, antaranya Restoran Favourite aku Piyoorrrr.....:), Kafe Jarir (sate dia sodap), ada lagi satu kedai makan dekat dengan Stesen Keretapi Tanjong Malim (tak famous sangat sebab ramai tak tahu masakan dia sedap) tapi aku dan suami mmg selalu ke sini....:) Dekat dengan Kampung Ketoyong, bersebelahan kedai runcit india. Selain tu kedai I Love You Corner, best jugak. Tomyam dia sedapla jugak. Lagi satu yang best dan ramai orang kat sane adalah Dusun Bay. Kalau nak makan sedap malam2, memang recommended tapi nak menunggunya, punyalah lama. Sakit jiwa weii.... Ada lagi kedai yang jual maggie celup yang sangat sedap iaitu Restoran Fajar...Memang sedap tak terkata..Superb la!!. Ni semua kedai makan yang aku makan malam ye..

Kalau siang hari lak, dah tentulah ikan bakar pilihanku. Selalunya aku suka sangat makan di Am Best Cafe (aku tak berapa pasti ejaannya). Kedainya ala-ala kafe. Lauk kat kedai ni, fuh, berderet. Yang paling best, sup tulang dia dengan ikan bakar la...macam2 ikan bakar ada. Ayam bakar pun ada...:) Kedai ikan bakar kedua yang best dah tentulah , Kedai Makan Ocu Ami... Ni memang betol2 kedai makan tepi jalan. Dekat2 jugak dengan stesen komuter ye...:) dekat jugak dengan Masjid Tanjong Malim dan dekat jugak dengan Balai Bomba, tapi tersorok skit tempatnya. Payah skit nak cari kalau org luar. Kalau org Tg Malim ni, rata-ratanya dah tahu...:)

Sebelum aku terlupa, Tanjong Malim ni juga ada stesen komuter ye. Kalau nak gi KL naik ETS ke, komuter ke, memang boleh sangat. Kira syok jugakla Tanjong Malim kan semua ada?

Tanjong Malim ni jugak terkenal dengan The Famous Paw in Tanjong Malim iaitu Pau Yik Mun. Memang ramai sangat orang kat kedai pau ni. Memang pau dia sangat sedap. Dengan lembutnya. Dulu aku makan tapi sekarang tak lagi selepas aku dengar citer kawan opis aku yang Yik Mun ni ada beli daging musang dari kawan kepada kawan opis. Sejak tu, geli geleman tekak aku. Dan aku pun perasan sebab logo halal kedai Yik Mun ni dah takde lagi dah macam dulu. Cuma aku mushykil sbb pekerja dia pakai tudung sakan...Tak tahula kan bangsa apa or agama apa...

Selain daripada tu, ada satu kedai Ayam Kampung jugak di Tanjong Malim ni dekat dengan Sekolah SMK Methodist. Gerai dia kalau korang tengok, biasa2 je. Tapi kereta yang menyinggah kat situ, perghhh...memang keta2 mewah. Org mmg sukakan makan ayam kampung ni. Sedap sangat ke ek? Tp mmg sedap pun. Teringat dulu aku selalu makan ayam kampung di Puchong....:)

Okla...tu je serba sedikit tentang Tanjong Malim ni. Memang best kan Tanjong Malim ni. Kepada kawan2 aku yang dok luar dari Tanjong Malim, dan berhajat nak datang jalan2 di Tanjong Malim ni, aku alu-alukan....:) Nak tido umah aku pun boleh, nak aku bawak jalan2 pun boleh. Takde hal punye...:)




JALAN-JALAN MELAKA TAHUN 2007

Saje je..tetiba aku teringat Negeri Melaka yang aku pernah kunjungi masa tahun 2007 dan Melaka yang aku kunjungi baru-baru ni, dah banyak perubahan...Meyh kita layan gambar yang aku amik masa aku gi Melaka tahun 2007...:) Tak banyak sangat gambo masa ni....Banyak dah hilang...huhu


Ni masa kat Zoo Melaka.Aku suka sangat2 pegi Zoo. Sampai sekarang pun aku suke pegi Zoo...:)


Ni aku tak tahula kat mana. Dah ingat2 lupa. Tapi kalau tak salah Taman Mini Malaysia ke yang ada banyak rumah2 setiap negeri tu. Menarik juga datang sini


Kalau pegi Melaka dan tak datang kat sini adalah sesuatu yang sangat rugi. Inilah dia Kota A Famosa. Aku suka sangat datang sini...:)


Ni aku lagi dah turun anak tangga yang tinggi kat Kota A Famosa tu..Penat kot...hmm..

So, itulah dianya Melaka dulu. Ni aku pegi masa aku bujang ye..hehehhee....seronok sangat datang Melaka...Nanti aku citer lagi apa yang menarik kat Melaka ni sebab aku dah lebih 5 kali pegi Melaka. Saje pegi jalan-jalan...:)
 
 


Isnin, 27 Februari 2012

MUTIARA KATA HARI INI (SIRI 4)

  • Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat yang paling setia


  • Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh mengubah anda


  • Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya


  • Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya


  • Masa itu pedang. Jika masa tidak memotong, kita akan dipotong – Petua Arab Lama

PEMILIHAN HURUF PERTAMA PADA NAMA

Hi...just nak share ngan you all guys email yang saya terima dari seorang kawan. Tentang pemilihan huruf pertama pada nama kita. Boleh tengok cane karakter kita. Tiada paksaan untuk mempercayainya...Saje suke-suke je...:)


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.

A        Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
          diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
          Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah
          mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
          marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B        Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
          membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga
          sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
          dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

      Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
          di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam
          bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
          remeh.

      Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan
          kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan
          dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang
          dan sukar mempercayai orang lain.

      Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung
          jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
          berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
          hati orang lain terluka.

F        Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
          kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
          berhati-hati bila berbelanja.

G        Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
          dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan
          dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang
          tekun.

H        Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai
          perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
          pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

      Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah
          merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka
          menangis.

J        Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan
          diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
          keputusan dan tidak tegas.

K        Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun
          perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
          sendiri.

L        Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak
          suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat
          berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati
          masa.

M        Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong,
          mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
          mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N        Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
          menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan
          balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang
          percaya diri.

O        Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
          sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang
          menggapnya sombong dan suka memilih teman.

      Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan
          sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan
          orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q        Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan
          waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan
          mudah emosi.

      Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja
          yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar
          cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika
          marah.

      Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada
          orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah
          tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi
          marahnya meledak-ledak. (i'm a dangerous
          person.....hehehehe he.....)

T        Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
          aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
          Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila
          bersalah.

      Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan
          orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
          menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V        Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
          Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
          dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus
          terang.

      Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
          toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan
          sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
          kesabaran dan kelembutan.

X        Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
          Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
          menyinggungnya.

      Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya
          sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
          Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z        Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka
          disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

 So, huruf pertama nama korang yang mana satu? Hehe.....Aku, dah tentulah huruf E. Hmmm....:) Yang tak bestnya tu boleh buat hati orang lain terluka tula...Ya Allah, janganlah aku lukakan hati sesiapa terutama insan yang sangat aku cintai dan sayangi iaitu suamiku Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin...:)

NO WORDS CAN DESCRIBE HOW MUCH I LOVE YOU!!

Happy 4th anniversary buat aku dan suami. Tak sangka, pejam celik, pejam celik, dah 4 tahun kawin dan tahun 2012 ni dah nak masuk tahun yang ke 5 aku bersuamikan suamiku yang tercinta Abd Aziz Marsyidi bin Haji Zainuddin .

Happy 4th Anniversary Sayang. Kami tiup lilin ni sama-sama..Ada 4 batang tu menandakan 4 tahun. Tapi nampak cam 2 batang je ni?? Hmmm....



Beli kek secret recipe. Beli 2 slices je ye sbb muak la pulak makan kek banyak2 kan?



Ahaaaa...ni la kek kami. Kek chocolate indulgence... Memang favourite aku dan hubby



Kitorang tiup2 lilin ni kat umah je and celebrate kat Pizza Hut Tanjong Malim. Baru nampak cam 4 batang lilin tu.



Eh eh...macam masa kawin pulak. Main suap2 ni. Manja2 gitu...



 Ala bucuk bucuk sayang anje ni....Hmmm...nyam....



Nak rasa kek ni tak? Meyla makan...:) Sape lagi penggemar kek ni? Hmm...boleh jadi teman saye la....


Makan Pizza je..Tinggal ni je...Yang lain dah habis makan. Lupa amik gambar. Dah habis baru teringat nak amik gambo.hihi...:)


Ni kami berdua kat Pizza Hut Tanjong Malim. Masa ni dah nak balik dah...


Ada banyak lagi gambo lain. Tapi seganla pulak nak letak kat sini kan. Gambo kissing2..Hmm..tak payah letakla. hehehe...:)

To My Dearest Hubby.....
Terima kasih sayang kerana sudi melengkapi hidup anje. Sayang abang sangat-sangat. Dan terima kasih yang tak terhingga sebab abang sudi terima isteri abang yang nyata banyak kekurangan dan tidak sesempurna wanita lain ini.


 
~~~Ya Allah, Kau Ampunilah dosa-dosa kami, Kau kekalkanlah kebahagiaan rumah tangga kami Ya Allah, kau senangkanlah hatiku memandang suamiku Ya Allah dan senangkan hatinya memandangku,  Kau jauhkanlah sebarang prasangka, tabah dan sabarkanlah hati2 kami dalam melalui kehidupan berumah tangga ini, Kau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehahah kepada kami Ya Allah. Kabulkanlah permintaan kami ini Ya Rahman, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Amin~~~


Jumaat, 24 Februari 2012

MUTIARA KATA HARI INI (SIRI 3)

  • Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri (Riwayat al-Bukhari)

  • Insan berfikir tinggi gemar berkata tentang ilmu, insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa, insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain

  • Jika anda hanya melakukan tugas yang diarahkan oleh ketua, anda masih belum dikira pekerja yang cemerlang (Jack Welch, CEO General Electric)

  • Mereka yang lokek jawapan adalah mereka yang lokek berkongsi ilmu

  • Usah memilih yang manis sahaja sebab gula penyebab diabetis, sedangkan tongkat ali yang pahit itu adalah penguat tenaga

Khamis, 23 Februari 2012

EKSPO BUKU ISLAM 2 PUTRAJAYA

Jom kawan-kawan, kita beramai-ramai ke sana.... :)

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi EBI 2 Putrajaya di www.EkspoBukuIslam.com

PUSPANITA INSTUN, InsyaAllah akan membuat lawatan ke Pesta Buku ni pada 28 Februari 2012 (Selasa). Masih dalam perancangan. Tapi email akan dikeluarkan dalam masa terdekat ni.....:)