Rabu, 22 Oktober 2014

#THROWBACK KUMPULAN NASYID SHOUTUL IMAN

Ngeri......tak terbayang mata......Aduh...lirik lagu Arjuna Beta nyanyian Finn Jamal ni rasanya amat bersesuaian sekali untuk aku di kala itu...Ngeri mengenangkannya... Pertandingan nasyid peringkat Negeri telah menewaskan kumpulan nasyid kami kerana aku....ya mungkin kerana aku..

Kumpulan Nasyid kami telah memenangi tempat pertama pada Karnival Belia Daerah...kami johan dan dapat hadiah berupa sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM500. Alhamdulillah, syukur tak terkata. Kerana kemenangan itu, kami telah terpilih mewakili daerah Tg Malim/Slim River ke Peringkat Negeri Perak. Pertandingannya telah diadakan di Teluk Intan...

Tapi bila bertanding di Teluk Intan....suara aku sumbang!!!! Banyak faktor yg menyebabkan kesumbangan ini.. Antaranya sblm mula majlis, hujan sgt lebat...baju kami pun habis basah...minus one lagu kami juga salah pasang.Urusetia pegi pasang lagu lain pulakkk....adoiii....Dari situ aku mula stress dan hilang fokus...aku lost...Lirik lagu yang kami dah hntr pun boleh pulak pengurus nasyid daerah kami tak datang...dan kami tiada lirik utk diserahkan pada juri. Akhirnya kami terpaksa tulis tgn lirik tuh...mmg malang!! Tula antaranya...bukan menyalahkan semuanya cuma apa yg aku blh katakan, aku tertekan dgn semua keadaan tu sampaikan bila nyanyi part tekong, suara aku macam tak boleh nak keluar.. Allahuakbar!! Malu tak terkata....Tulah kisah sedihnya...Bertanding ni bulan Mei kalau tak salah aku...Sudah cukup sudahlah ye mengingatkan kisah sedih tu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda semua...:)